Selasa, 26 Mei 2009

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Assalamualaikum wr wbt.


Renungan untuk minggu ini, untuk saya terutamanya dan untuk anda semua...( kiriman seorang rakan)


Kepada saudara/i yang ingin membuat atau mempertimbangkan satu keputusan alangkah baiknya didahului dgn Solat Sunat Istikharah. Saya sentiasa merasa kagum dan semakin2 kagum dgn Islam yang saya dilahirkan dengannya, dan yang saya pilih sepenuh hati, Islam sentiasa ada jalan penyelesaian kepada setiap masalah manusia...cuma kita yang kurang mencari...termasuklah saya.


Adakalanya kita menyangka sesuatu perkara itu baik buat kita, hakikatnya ia buruk buat kita.


Adakalanya kita menyangka sesuatu perkara itu buruk buat kita, hakikatnya ia baik buat kita.


Allah MAHA mengetahui apa yang baik dan buruk buat kita, MAKA mohonlah bantuan Allah untuk setiap perkara yang ingin kita putuskan... semoga beroleh kebaikan ....insyaAllah.


PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini banyak dikaitkan dengan soal memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.


Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.


Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya."


Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.


Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya.

Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana ke mari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Showroom untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya.

Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.


Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.


Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.


Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.


Kisah -5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga.

Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.


Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa "Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna".

Selang dua minggu Pengetua di sekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya.

Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba' seperti dari system konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Walaupun ada pendapat mengatakan tiada sistem yang benar2 mengikut Islam di Malaysia, namun ikutlah sistem pilihan yang terbaik yang disediakan.. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan meredhai dan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

v Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

v Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

v Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

v Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

v Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


Terjemahan Doa' :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (...sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (...sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.


Wallah hu 'alam

Isnin, 25 Mei 2009

HADIAH HARI GURU





Salam... Hmmm... Seronok rasanyer dpt spend sikit masa ngan famili weekend baru ni... Sempatlah bwk diorg gi main kat taman, kuar pusing2 sambil beli2 brg keperluan... xlah terperap kat rumah sambil tgk tv jek...

Bukan apa... biasa weekend pun hubby xder kat umah... Bz memanjang... Ngan keja dia, ngan bz mengecat umah kakak dia (nak kenduri x lama lagi... gitulahkan...) Sampaikan nak prepare hadiah hari guru Beeha pun tergendala... Tapi, alhamdulillah... Mak Long dia sponsor hadiahnyer... pasal abah dia bz x sempat nak gi pilih hadiah... x kisahlah tu... dah rezeki...

So, on Saturday siaplah sessi membungkus hadiah... bukanlah grand pun... Yg penting tanda penghargaan... lambat pun xpelah, yg penting ada... Kad dia dah ada buat aritu... So, this time bg hadiah ngan letak kad kechik jek la...


Inilah hadiah utk dua org guru kelas Beeha
Kelas Pra Sekolah jer... hehehe


Selasa, 19 Mei 2009

Selasa, 12 Mei 2009

Kata Dr. Fadilah Kamsah...

Petikan daripada blog seorang rakan... untuk renungan kita bersama...

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


~
Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

BIRTHDAY APPRECIATION

4 Mei, 2009 di pagi Isnin yg hening... chewah!! Sambutan hari lahir insan2 istimewa 'bak kata Br. Joey pagi tu'... yg lahir pd bulan April. Agak lewat, pasal semuanyer bz masa bulan April tu... Dah tiba bulan Mei... br dpt buat... alhamdulillah...

Macam biasa, majlis dimulakan dengan sedikit ucapan drp wakil/ bos OCD... pagi tu, Br. Joey lah mewakili rakyat jelata OCD membuat ucapan besday kat semua yg di raikan... kikiki.. pasal Hj. Azmi nak attend Ba'iah final year student Medic kalau x silap... Di ikuti bacaan doa oleh 'Ustaz yg diimport khas' ... Br. Najib hehehehe... Amin...

Wajah2 ceria menunggu masa untuk... nyam2... hihihi



Menu utama kami pagi Isnin tuh... Nasi kerabu... RnR...



Diserikan dengan... Carrot cake... (sponsor ker??? hehehe)


Ini makanan aku... (kek kat sebelah tu, bukan tau)


Sorilah, wajah insan2 istimewa x dpt di abadikan... cukuplah ngan nama2 mereka yer.. hahahah.. bz nak makan... lupa lak nak snap gamba insan2 bertuah pagi tu...

Apa2 pon... alhamdulillah... cuma yg x best sikit... lepas mkn birthday breakfast pagi tu... dengarnya ramai yg 'sakit perut'... x taulah apa penyebabnyer... hihihihi

Jgn serik ye kengkawan... biasalah tu... u all mkn lbh drp limit kot... muahaha... jgn mare...

------------------------------------

Majlis potong kek besday aku ngan Asraf (IP)

9 April, 2009 di Opis Mahallah Maimunah... kami bwk kek n air kotak jek... Jemput 2/3 org kengkawan IP mcm Zai, Wani, sorang Br IP (sori lupa namanyer) dan Kak Dayahlah... yg lain kami htrkan aje kek utk diaorg (x dpt dtg)... simple jek... yg x dpt kami ajak tu, jgnlah terasa hati plak yer... insyaallah lain2 tahun lak yer...

Asraf dulu... dia budak kecik


Turn aku lak... hehehe

Isnin, 11 Mei 2009

Sambutan Hari Ibu... 2009





Ahad, 10 Mei 2009... Sambutan Hari Ibu utk tahun 2009 di seluruh dunia... Kami mmg x buat sambutan yg happening pun... Sederhana jek... (ye ker, naik senak perut aku makan spjg hujung minggu ni...) Wakakaka... 9 Mei, besday adik aku... agenda makan kami dah start drp Jumaat mlm... beli sate. Sabtu tu, kakak aku buat kek oren... ptg kami buat pulak mee kari... Arghhh!!! Kenyang giler dah tu...

Ahad sempena Hari Ibu... kami buat mee goreng basah. Kakak buat kek coklat... Mlm beli sate sikit dan aku buat kek biasa yg colourful... (kalau sempat, aku amik gambar kek yg sungguh menyerlah kalernyer tu... sampai kena sound ngan mak aku... kikiki)


preparation nak buat kek... hehehehe

Mmg kebiasaan kami, buat makan2 jek la sikit... Hadiah2 ni, x menjadi trend pulak... Tgk apa anak sulung aku bagi... dia ada btau nak soh abah belikan jam utk aku... tapi, aku dah ada aku kata...


surat... siap masuk dlm sampul surat tu... huhuhu

Aku pun x der nak komen byklah bab hari ibu nih... cuma, mmg bukan mudah menjadi seorang ibu... nak kena byk bsabar dan kuat semangat... Apa yg kita rasa, itu jugaklah susah payah 'ibu' kita dulu... silap2 lagi susah drp kita... bukan apa, mcm aku anak br umur 6 tahun... rasanyer byk lagi perkara2 yg bakal aku lalui... so, harapnyer aku dpt menjadi ibu yg baik dan dpt membesarkan anak2 aku menjadi anak2 yg soleh dan solehah... amin...

Kepada ibu2 semua... selamat hari ibu... dan buat ibu tersayang... susah payah mak membesar dan mendidik ida selama ni, mmg x terbalas... TERIMA KASIH byk2. dan hanya ALLAH yg mampu membalasnya.. Moga2 mak sentiasa di Lindungi dan di Rahmati ALLAH... Aminn...

Rabu, 6 Mei 2009

BALIK KAMPUNG...


Hmmmm.... citer kali ni pasal balik kampung... Kampung hubby... dia dan athirah selalulah balik. Aku dan imran yg paling jarang balik kampung... Beeha kekadang ada jugak join diorg balik kampung kalau ada cuti... budak sekolah kan... Jumaat 1hb Mei, 2009 (sempena cuti hari buruh)... kami balik kampung... actually x plan pon nak balik. Cuma aku ajak hubby balik gak pasal dah lama sgt x balik ada dekat 2 bulan kot... hehehehe... Sampai mak mertua aku dtg rumah last month nak jumpa cucu2 dia... rindu katanyer...

Aku kalau balik kampung nih... memang letih... kejar anak2 aku main pasirlah, main panaslah... ada aje... kalau kat rumah mak aku... mmg x der peluanglah... kalau dpt main kat luar pon, mmg kami ada temankan... x berani biar jek... kechik2 semua bukan tau apa sgt... Lagipun, depa selalunyer tgk tv citer kartun... ini x der channel kartun susah sikitlah nak menjinakkan diorg... Hehehehe...Tgklah gamba2 yg sempat aku snap...



posing atas katil anak teruna aku ni...



siap berjemur cam minah saleh di tepi pantai lak dibuatnyer


aktiviti utama balik kampung kali ni



Tolong susun batu bata, nak berkenduri x lama lagi


Tengok jiran sebelah main badminton tu...


Beeha mmg x melekat kat rumah, dok main ngan sepupu2 dia... main basikallah, most of the time mmg dok rumah mak sedara dia... malam pon nak tido sana... Dah besar, nak cari geng lah dia... Yang berdua ni ... athirah dan imran.. sat2 hilang dari rumah... main buai, main pasir, kejar kambing, etc... Pening betullah aku... Kelakarnya... Imran tgk kambing mesti dia panggil 'mooo'... Hehehehe... Mana org x ketawa... Sampai dlm semak dia kejar kambing... risau betul aku... Semua x tau takut...

Malamnyer Beeha ikut mak2 sedara dia gi kenduri... Athirah pun nak ikut jugak...
susah budak sayang kakak sorang tu... x leh x nampak kakak dia... Nasiblah dpt puju
k tgk citer 'Ceplos'...


3 Hari 2 Malam... itulah keja aku... Ahad tengahari kami balik ke Kuantan... Relaks sikit... depa bole kembali ngan rutin biasa... Hehehehe... x lah letih berkejaran lagi... Lega... Alhamdulillah...