Selasa, 23 Jun 2009

KEDATANGAN REJAB...

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia

mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara


Sumber: Kiriman E-mail

Jumaat, 19 Jun 2009

KK Sabah...

Itulah destinasi ku tanggal 15 Jun - 18 Jun baru ni... Ini kali ketiga aku sampai ke Negeri Dibawah Bayu nih... 1st time masa aku transit on the way ke Brunei masa zaman belajar2 dulu nak ke Sukan Antara Uni. ASEAN, 2nd time tahun 2002 masa aku gi Sukan Malaysia (SUKMA) dan kali ni utk Benchmarking Visit di UiTM dan UMS. Tiga pengalaman berbeza : as a player, as a staff and for benchmarking visit...

Alhamdulillah... tiada byk 'kekangan' hampir kesemua plan berjalan lancar... Masalah2 teknikal yg kecil... biasalahkan... asam garam kehidupan pun... Kesihatan pun, semuanyer ok ku rasa... x der lah yg x selera mkn, wpun tergezut tgk harga mknn2 sana bah...

X banyak gamba yang di snap pasal 'kedapatan' cameraman professional dlm rombongan... hehehe... kira semua pakat posing ajelah...


LCCT

KKIA 2

JAM 5.00 PM DAH NAK SENJA

JAM 9.00 AM

NAK BERANGKAT BALIK KE SEMENANJUNG

NAK NAIK FLIGHT BALIK SAT LAGI




Isnin, 8 Jun 2009

10 Mayat Istimewa di Akhirat


NILAIKAN ANDA DI MANA???

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu
ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu i tu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan
berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

" Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..


Sumber : Kiriman e-mail seorang rakan

Rabu, 3 Jun 2009

BERMULALAH CERITA KENDURI KENDARA

Cuti sekolah dah bermula... maka bermula jugalah kisah kenduri kendara... Last Sunday (31st May, 2009)... berlangsunglah kenduri kahwin anak sedara hubby di Felda Cini...

Antara gambar2 yg sempat di snap...


Mak dan Mak Mertua ku....

Beeha, Athirah bersama sepupu sepapatnyer

Nyam2... makanan wajib time kenduri

Hantaran bagi kedua2 belah pihak

Tunggu turn ambil kek, jgn risau ada 4 kotak... gerenti cukup

Makan jangan x makan... byk lagi

Wah!!! Karaoke pulak... Pandai ker???


Itu majlis di Cini... this weekend, adik hubby lak kahwin di susuli on Sunday Majlis Menyambut Menantu anak sedara ni...

Next weekend, kenduri di rumah Mak Mertua lak... Peh!!! Jenuhlah makan daging n ayam nih... Anak2 lak... seronok la makan gula2 aje...