Khamis, 19 November 2009

Teambuilding, Cuti, Raya dan Musim Hujan...

Esok 20 November, 2009 aku akan ke Melaka... Teambuilding utk Mahallah staff. Program Gombak, so x semua akan involve... bbrp org aje... Annual program ni, last year di Kuala Lumpur.

Balik drp teambuilding ni... aku keja sehari... pastu cuti sempena cuti sekolah dan raya Aidil-Adha. Plan nak balik kg hubby lama sket... jarang2 sgt balik, x best pulak.

La ni dah start musim hujan disebelah Pantai Timur... hai, kesejukan melanda dimerata2 tempat plus... kelaparanlah bila dah musim ni... hehehe... pekena ubi rebus ngan kopi panas sure meletoppss...

Oklah, pas cuti panjang nntlah kot2 ada citer yg nak dikongsi dlm blog ni... So, kesempatan ni... ucapan selamat cuti sekolah pd ibubapa yg ada anak bersekolah... biasalah, masa ni ramai mak ayah yg bcuti meraikan anak2 yg bercuti... plus kenduri kendara.

Lastly, Selamat Hari Raya Qorban buat semua yg membaca dan mengunjungi blog ni... Marilah kita sama2 melakukan 'korban' dan moga mendapat ganjaran drpNya... Amin...

* Musim tengkujuh ni, so hati2lah semua yer... dan kena bsedia pd semua yg selalu atau berpotensi dilanda 'bah'...

Rabu, 4 November 2009

Staff Inter Dept. Games - November

Uihh.... lama x mengupdate blog rupanyer... xder bahan 'special' pun nak diceritakan... Rutin hidup cam biasa...

Lepas raya... semua kembali seperti biasa... Aktiviti2 berjalan seperti di rancang... Terbaru pun pasal second phase 'Staff Interdept.' kot...

Volleyball team.... x langsung terjangka dalam fikiran... aku akan join sukan ni... Bukan apa, mmg aku x der basic n knowledge langsung psl sukan yg satu ni... Kira 'bidan terjun' jek la.... Nak di jadikan cerita, pada date pertandingan tu... 2/3 org player volleyball terpaksa mengikuti program lain yg memang dah di atur oleh kulliyyah dll. Atas dasar 'sahabat dan cintakan sukan' aku menerima pelawaan utk mgantikan tempat2 kosong yg ada... walaupun 'half hearted' sebenarnya... Yelah, aku mmg x tau undang2 dan teknik bermain volleyball yg betul... Serba salah sebenarnya... Nak menolong, cuma takut aku langsung merosakkan preparation team tu... yg mmg aku tau dah agak lama start training...

Tapi, aku cubalah jugak... Jgn sampai x cukup player pulak... Mmg dahsyat jugaklah main volleyball nih... Kalau tgkkan apa jadi ngan tangan aku... hihihihi... mmg x mo main dah la jawabnyer... Lebam sana sini, dah serupa kena dera plak... Kekekeke... Kira mmg hebatlah depa2 yg terer main tu... Tabiklah kat depa...

Alhamdulillah, gabungan players 'pandai' dan 'x pandai' kami berjaya jugaklah dapat 2nd place... Hihihi... Tentu aku la yg byk buat 'slack' dlm team tu... Sorilah ye, kengkawan... Nak wat camner, dpt pganti yg memang 'zero' gitulah jadinyer...

Apa2 pun... alhamdulillah... moga2 team volleyball akan mencapai kejayaan gemilang di masa2 akan datang... Teruskan usaha anda semua... Go! Go! Chayok!!!

Pada team olahraga dan kayak... Tahniahlah kerana berjaya membawa pulang berkarung2 emas ke Kuantan... U all memang 'BEST' laaaaa... Hehehehe...