Jumaat, 2 Julai 2010

TERKINI...

Hai..... apa yang terkini ni??? Aku dok pikir semula title post yg nak ditulis ni... Apa yang nak dikongsi ye???

Agak lama aku bersenang lenang di rumah slps buat sedikit pembedahan aritu... so, nak start semula kerja2 opis tu... hmmm, bercinta rasanya...

Yg terkini, bz dgn preparation utk kami menerima pelajar2 baru di kampus next week. This time, agak pening dgn arrangement bilik2... psl ramai student yg extent stay... so, agak lambat cleaning process bole dijalankan... masih struggle sebenarnya... kesian ngan my opismate... keupayaan aku yg agak kurang la ni, membataskan pergerakan aku nak mbantu keja2 diorg... sorilah teman2 yek... tanpa kalian semua... x mampulah aku nak setelkan semua arrangement opis kita... he he he...

Lbh kurang 3 bulan lepas, aku terlibat dlm 'kemalanganlah' aku kategorikan... tapi, semasa bersukan... dah nama nasibkan... itulah yg berlaku....

Slps kecedaraan tu, aku dok bercuti lbh kurang sebulan sambil mencari alternatif utk menyembuhkan kecederaan lutut aku... ikutkan dignosis doktor... ACL injury dan torn meniscus... gitulah bunyinya lbh kurang.. % kerosakan ligamen aku mmg agak besar... tapi, xpelah... sesuatu harus dibuat.

Mulanya aku warded di KMC dan mmg doktor dah advice supaya aku buat 'arthroskopi'. Bolelah dikatakan sbg prosedur utk membuang ligamen2 yg dah rosak... Dr situ, aku start search from internet berkenaan apa yg berlaku pd aku... bserta dgn alternatif yg ada utk penyembuhannya... x lupa, cuba dptkan nasihat dan pdgn kengkawan especially yg pernah mengalami keadaan yg sama atau hampir sama...

Slps itu, berdasarkan nasihat kengkawan dan doktor yg aku kenal, aku dptkan nasihat drp doktor/ pakar2 lain... sehinggalah aku bersetuju utk buat prosedur tu pd akhir april.

Pengalaman pertama sepanjang hidup aku. Menjalani kehidupan di hospital dan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar drp mula sehingga selesai prosedur. Peringkat yg agak sukar aku lalui especially utk minggu yg pertama... bertongkat ke mana saja aku nak pegi (walau x gerak mana sgt pun... sambil gunakan kneebrace). Mmg menduga kesabaran... yelah, drp keadaan normal kpd keadaan yg penuh kesukaran... Sabar jeklah... dgn anak2 lagi... He he he...

Anak2 datang melawat...

Masuk hari kesembilan, kali pertama aku attend treatment fisioterapi... He he he... Bila physioteraphist kata bole bukak kneebrace tu dan mula berjalan... Ish... aku mcm x percaya, betul ke nih... tapi, gagahkan jugaklah buat apa yg disuruh... Alhamdulillah, berjaya... Dan, hari tu dah start guna satu tongkat aje... Tapi, hanya Allah yg tahu, bagaimana rasanya... itu kaki aku baru cuti 9 hari, kalau lbh lagi teruklah aku nak menguatkan otot2 aku semula... mmg kena kuatkan semangat sungguh. Ikutkan kesakitan, mmg xnak buat rasanya...

Dari sehari ke sehari, alhamdulillah... ada perkembangan. Dan aku masih meneruskan perjuangan... Perjuangan utk memulihkan lutut aku ni... Mudah2an segalanya berjalan lancar. Sehingga hari ni, 2 bulan 6 hari tempoh yg dah aku lalui... belum mampu utk berlari... Insyaallah, x berapa lama lagi... moga2 Allah permudahkan segalanya...

Dalam serba sukar ni, aku perlu teruskan juga tugasan aku... kkdg mmg terasa jugak sakit... tapi semua tu dugaan Allah pada aku, moga2 aku bersabar dan tabah dgn dugaan yg x seberapa ini... Minggu ni, mmg agak bz dan mungkin lbh pd minggu depan... Harapnya segalanya baik dan x bermasalah...

Itulah kot yg terkini yg bole dikongsi... Penghargaan buat keluarga dan teman2 yg sememangnya byk memberi nasihat dan sokongan. Tanpa kalian semua... x taulah aku cukup kuat atau x utk hadapi semua ni... Dan, aku percaya ini adalah dugaan Allah dan sesungguhnya Allah menduga setiap umatnya mengikut keupayaan seseorang utk menghadapi dugaan itu, insyaallah.

Mungkin bila dah ada perkembangan terbaru, aku akan berkongsi cerita lagi dlm blog ni... Daaaa...