Bukan sejarah apa pun... X la sampai kena buat buku teks sejarah Malaysia yg baru pon...
Tanggal 11hb Disember, 2010 lalu... kami (ngan husband) join la bowling tournament cum family day utk opis... Saje sebenarnya, melepas rindu dendam nak beriadah yg dah terpendam selama lebih kurang lapan bulan selepas menjalani sikit pembedahan lutut dulu. Ini kira sukan yg agak santai buat bekas2 pesakit slps menjalani pembedahan kecil... kikiki...
Nak dijadikan cerita... yg x disangka2 bebenor... pair kami ni... termenang la pulok... ish2... lawak pon ada... yelah... kita mmg x bole nak kata apa la kan... jodoh, maut, rezeki tu semua Allah yg tentukan... tapi, terasa segan la pulok... bole menang... x ke ajaib rasanya... apa2 pon syukur ke hadrat Illahi yg berikan kemenangan pd kami berdua... sekali seumur hidup gamaknya... hi hi hi...
Buat teman2 jgn jeles la... x tau la macam mana permainan kami bole 'menjadi' plak... agaknya pasal pair ngan 'boyfriend' la katakan... hu hu hu... Alhamdulillah la, percaturan pair kami ni menjadi. Chewah!!! mcm la ada strategi apa plak...
Layan la gamba2 yg sempat di snap aritu...
kami 'team sukahati'
Sam ceria dpt rezeki utk famili...
Gandingan Abg Mat and anak
Along n partner... pesaing di lane kami ni
sukanya dia... Nizam and hamper kemenangan
Apa2pun, rasanya semua bersaing dalam suasana ceria dan muhibah. Ditambah dgn kerenah anak2... membuatkan suasana di Megalanes hingar bingar. Tahniah buat pihak penganjur... Mudah2an sambutan dlm edisi seterusnya akan bertambah dan mungkin melibatkan games lain yg sesuai utk semua peringkat umur. Insha allah... ada rezeki jumpa lagi tahun2 mendatang...
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian: " Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan pelbagai SOGOKAN yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. Wallahua'lam.
Nampaknya tahun baru muncul lagi... dah pun menginjak ke tahun 1432 Hijrah.
Apa pulak agenda tahun baru kali ni ye??? He he he... itulah kita yg x sudah2 ngan agenda tahun baru... tapi, kesudahannya... entahlah...
Brp % agaknya kejayaan kita semua utk tahun 1431 Hijrah yg lepas...
Bak kata pepatah "yang lepas, biarkanlah berlalu" moga2 menjadi iktibar utk kita perbaiki di tahun baru ni... Rasanya payah nak kita kejar KPI yg dah kita tetapkan sendiri tu... Cukup mungkin dgn kejayaan utk capai sebahagian drp yg dah ditetapkan tu... Tentu kita sentiasa nak yg terbaik... namun, semua tu ketentuan Allah s.w.t. Mudah2an yg dah kita buat tahun lepas... mendapat keredhaan Allah.
Yg lebih penting, pada tahun ni dan tahun2 yg mendatang... masih byk rasanya yg nak diperbaiki... namun, syukur alhamdulillah dgn segala pemberian mu Ya Allah... tanpa sedar byk yg dah engkau kurniakan... x terhingga rasa syukur ku...
Bukan mudah nak yg terbaik dlm segala hal... tapi, usaha dan tawakal... mudah2an dipermudahkan Allah selalu...
Pada rakan2 semua... selamat menyambut tahun baru... selamat buka lembaran baru hidup kita dan moga kita semua sentiasa dlm redha dan rahmat Allah...
Alhamdulillah, dapat juga bawa anak2 jalan sempena cuti sekolah ni walau x jauh mana.
Sabtu malam ke I-City Shah Alam yg jammed bukan main lagi. Ingat nak pusing balik aje mula tu. Tapi, kami try entrance kedua... alhamdulillah smooth aje flownya. Tapi, manusia mmg ramai betul... 1 Malaysia, semua kaum ada... Anak2 seronok memilih pokok yg dihias lampu bermacam warna... untuk ambil gambar kenangan...
Ahad pagi bermandi manda di kolam renang pulak. Sampai dah gigil pun masing2 belum nak balik... Tapi, nak buat macam mana... Nak mula perjalanan ke venue lain pulak. Nak x nak, kena keluar jugak... Selesai di kolam, sambung pulak di taman permainan. Lepas tu, semua mcm org kebuluran... dapat mknn, kejap aje dah selamat semuanya...
Petang gerak ke JB dan bermalam di sana sebelum gerak balik ke Kuantan Isnin pagi.
Kejap aje jalan2 kali ni. Plan kalau ada rezeki, nak bwk anak2 ke Terengganu pulak, insha allah. Harapnya berkesempatan la sebelum cuti akhir tahun ni berakhir....