Isnin, 31 Januari 2011

29 Januari 2011

Happy Birthday to my lovely mom... Terima kasih x terhingga atas segala yg dah diberikan pd saya... kasih sayang, tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan...  Hanya Allah dapat membalas segala JASA dan BUDI seorang ibu... Sambutannya x la seberapa... lebih kepada menghargai hari kelahiran ibu dgn sedikit majlis kecil2an dan hadiah yg kami kongsi adik beradik... Alhamdulillah...



Siangnya kami menghabiskan separuh hari di ECM kerana janji dgn anakanda untuk menyertai pertandingan mewarna.  Hubby yg outstation di Segamat bergegas balik sesudah subuh demi utk memenuhi janji yg dah kami buat... Alhamdulillah semuanya lancar, walaupun hari mmg hujan lebat diluar ECM tu...  Menang mmg x la... yg penting memenuhi janji pd anak2.... itu pun mereka dah puashati... LEGA walaupun nak balik tu agak syahdu dgn tangisan anak kedua dan ketiga yg masih x puashati... berlinangan airmata memasing...

Yang sorang x puashati pasal x dpt naik pentas menari dgn Mr. Bear, yg sorang lagi mcm biasa la x puashati pasal x dpt kereta idaman dia... huhuhu... anak2 gitu la kan... xpelah... dalam kereta... lama2 nnt diam la tu... sabarla hati ye...

 mendengar arahan dr penganjur 

perasaan seronok walaupun malu2 

 khusyukkan... tapi impian x kesampaian... keciwa!!!!

Rabu, 26 Januari 2011

~ Bersederhana ~

25 Januari 2011, genap 8 tahun umur anak sulung ku...

Alhamdulillah, moga2 dia akan menjadi anak solehah dan sentiasa berpegang teguh pd segala ajaran Islam hendaknya.  Juga harapan kami agar dia akan menjadi contoh yg baik bg adik2nya dlm segala hal. Insha Allah.

Kami cuma menyediakan sikit cenderahati buat rakan2 kelas fardhu Ain nya.  Selain sebiji kek sempena meraikan hari kelahiran yg ke 8. Nenek dgn caranya tersendiri... menggunakan kepakarannya memasak nasi minyak dgn bermcm lauk pauk...  Mmg kenyang la hari tu... Syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat yg dikurniakan kpd kami sekeluarga...


10 Januari, 2011
Adalah hari kelahiran suamiku... yg ke......................... hehehehe (x la byk sgt lagi nombor nya...)
Juga lbh kurang sama style nya... menyediakan sedikit cenderahati buat teman2 di pejabat ku (yg dekat2 ajelah..)  Sebelah malam, belikan kek... perasa pandan kegemarannya... tapi... anak2 yg memotongnya... wakil pd suamiku yg agak bz... x sempat balik awal... Hihihi... Itulah pengorbanan seorang ayah buat anak2 n keluarga...  Moga2 segala usahanya akan diberkati Allah dan anak2 akan hargai penat lelahnya.  Ameen...







Selasa, 25 Januari 2011

LeGa....

Alhamdulillah... Lega, selepas bbrp ketika agak bz ngan preparation for internal audit... hari ni dah pun selesai...  Tapi, esok masih ada agenda agak besar... dialogue with our students... hmmmm... letih jugak nak memikirnya... xpelah... slowly, insha allah semua akan smooth semula...

Ditambah dgn kehilangan staff ni, lebih sikit workload seharian...  Apa2 pun syukur lah...  Mudah2an, Allah permudahkan segala urusan...

Family matters pun... x ketinggalan... gitulah manusia ni... x abis2 tugas n tanggungjawabnya... bolelah harapnya aku laksanakan segalanya sebaik mungkin... walaupun berat, akan ku cuba sedaya upaya ku... ameeennn...

I.L.m.U

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.


TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.


TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.


TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

 


SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH.....


Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam...

Bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia mel ain kan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'



* Kalau rajin....Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu
Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Sumber : Kiriman e-mail... wallahua'lam 

Jumaat, 21 Januari 2011

H.i.L.a.N.g

Adoyai!!! Macam2 yg hilang... Nape nih!!! Dah tersengguk2 siang - malam aku ni... Jangan le x sempat siapkan pd masa yg diperlukan...

Pertama - kehilangan staff yg dah dpt offer keja yg lebih baik... yg tu x ralat pasal demi masa depan dia jugak... insha allah itu yg terbaik buat masa ni... kami di sini macam biasa... mencari2 pengganti yg sedia memikul tanggungjawab dan cabaran besar di sini...  x caya??? marilah cuba... huhuhuhu...

Kedua -  kehilangan segala data dalam sistem... itu yg membuatkan tido malam ku x berapa nak lena... jadi pulak bila dekat ngan tarikh auditor nak dtg... tragis sungguh rasa aku...  rutin harian perlu diteruskan mcm biasa... so, kenalah overtime walaupun di rumah... alhamdulillah, anak2 masuk tido agak awal... dpt la aku berjuang menekan papan kekunci laptop sambil melawan mata yg mengantuk.... moga2 pengorbanan ni x sia2... mungkin ada hikmah di sebaliknya tu... hihihihi... pandai2 la nak pujuk hati sendiri...

Oklah, perjuangan ku perlu diteruskan....  Moga ketemu lagi...

Selasa, 18 Januari 2011

C.E.R.I.A

Alhamdulillah...
Hari yang sungguh ceria hari ni.

Segalanya berjalan lancar...  Hati pun terasa senang, segar dan ceria... Alhamdulillah.
Tapi, macam biasa, tanggungjawab masih byk yg menanti untuk diselesaikan...

Pagi ni terasa sangat ceria dgn keceriaan anak2 sebenarnya... Tiada bunyi tangisan nak kena ke sekolah pepagi ni...  Yang ada gelak tawa, nyanyian indah mereka di pagi hari... So, terasa sungguh indah... pasal anak ibu dah ceria semula...  Yang lain2 pun semua baik2 aje...

Moga keceriaan ini akan berterusan...  Terima kasih anak2 ibu... Sayang kamu semua...

Selasa, 11 Januari 2011

Buat kita semua....

10 Januari, 2011

Tugasan menyampaikan tazkirah, actually 2nd time dah masuk kali ni.  During our Monday Discussion, we will start with some sharing knowledge session.  Appointment dah almost 3 weeks, tapi asyik tertunda pasal akhir n awal tahun... mmmggg ramai ahli yg bercuti....  Till yesterday...  Dah mmg pilih utk sampaikan satu kisah yg ringkas dgn tajuk... lbh kurang bunyinya.... " Bahagian terbaik dan terburuk"... sesedap rasa ku memberi tajuk tazkirah tu... hehehehe...

So, sama2lah kita berkongsi di ruangan ini pulak ye... Salah satu drp himpunan kisah Luqman Al-Hakim.  Teruskan membaca, moga2 perkongsian ilmu ini memberi kita motivasi dan sedikit peringatan.

Seorang ibu yg dermawan telah mendermakan seekor kambing utk disembelih dan diuruskan oleh Luqman Al-Hakim.  Beliau berpesan agar diberikan bahagian yg terburuk dr kambing tersebut kepadanya.  Selesai diuruskan penyembelihan, diberikan oleh Luqman Al-Hakim bahagian hati dan lidah kepada ibu dermawan tersebut.

Beberapa hari kemudian, ibu tersebut sekali lagi mendermakan seekor kambing kepada Luqman Al-Hakim untuk disembelih dan kali ini pesanannya agar di berikan bahagian yang terbaik daripada kambing tersebut kepadanya.  Sama seperti yg lepas, setelah selesai disembelih Luqman Al-Hakim memberikan bahagian hati dan lidah juga kepada ibu yg menderma kambing tadi. 

Oleh yg demikian, terasa hairanlah ibu tadi.  Kenapa bahagian hati dan lidah yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim walaupun berlainan permintaan yang dibuatnya.

Maka, Luqman Al-Hakim pun menerangkan bahawa ' hati dan lidah amat baik ketika ianya baik, namun boleh menjadi buruk apabila buruk kedua-dua bahagian tadi'.

Fahamlah si ibu dermawan itu, bahawa sesungguhnya hati dan lidah sangat besar fungsinya kerana ia merupakan tunjang segala kebaikan namun jika buruk hati dan lidah itu ia boleh menjadi ibu segala kejahatan dan keburukan.

*  Drp sini, dapat kita lihat peranan hati dan lidah pada kita kerana walaupun saiz organ ini kecil tapi kesan daripadanya sangatlah besar.  Mudah2an kita menggunakan hati dan lidah kita ke arah kebaikan dan sekali2 kita tidak menyalahgunakannya.  Ameen!!!!

Khamis, 6 Januari 2011

Memori Tercipta

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Penyanyi: Shila OIAM

Rabu, 5 Januari 2011

Pertama kali

Salam Tahun 2011 buat semua yg singgah di blog ni...

Selepas 5 hari cuti2 M'sia.... hari ni kembali ke pejabat untuk meneruskan perjuangan di tempat mencari rezeki ni... Alhamdulillah atas segala nikmat dan pemberian Allah selama ni...

Actually, apply cuti for new year utk htr anak ke sekolah... tapi, rezeki pulak dapat cuti lebih atas kejayaan pasukan Bolasepak negara...  Semua tu ketentuan Allah kan...

Kali ni, nak share sikit pengalaman menghantar anak kedua masuk TABIKA... baru mencecah usia 5 tahun... Sebelum tiba harinya, memang agak risau... pasal x latih pon dia utk tido awal n bangun awal utk ke sekolah... mcmana agaknya ye... Hehehehe...

2hb Januari, 2011 malam... puas memujuk Athirah masuk tidur... X di endahkannnya, sibuk nak join adiknya tengok tv dan main... Adoyai!!! Payahla lagu ni... Esok pulak tah mcmana nak bangun ke sekolah.Around 11.00 lebih baru dia tido...  Tapi, yang x disangka2... pagi punyalah senang bangun bila kakak dia kejutkan... Mandi pun berdua kakak dia aje uruskan... Lega...

Selepas kakak dah ke sekolah, kami berdua (ngan hubby) gerak ke sekolah dia dgn adik lelakinya... (yg lagi semangat nak bersekolah, siap bawak beg dia... huhuhu).  Masuk ke kelas, memang hingar bingar dgn tangisan kanak2 yg x mo kena tinggal... hehehe... Dlm hati dah cuak ni, mcmana ngan Athirah ni... ok ke idak agaknya... jumpa dgn cikgu dan bila semua dah ok ibu pun pesan ngan Athirah.... " nnt pukul 12.00 ibu n abah dtg ambil... x nangiskan... hehehehe"... dia nampak ala2 blur tapi steady aje...So, kami jenguk2 kejap dr luar... Ok aje nampak. Alhamdulillah... Syukur...

Tapi yg lagi best... si adik yg iya2 pulak nak sekolah jgk... dah tanggal kasut crocs dia n pilih kasut sekolah yg teratur atas rak kasut... ahhhh!!! sudah la... buat tuah pulak sorang ni...  Bila janji belikan utk dia... ok ibu, tima kasih ibu jawabnya... mmg gitulah dia...

Dia menunggu depan pintu... sambil dgr cikgu panggil nama murid2... sampai giliran nama kakak dia... bukan kakak yg menyahut.... si kakak cuma senyum simpul aje, si adik yg depan pintu ni yg tunjuk... "itu thirah, itu thirah... hahahaha... kami berdua gelak aje tgk insiden tu... mcm2 la anak aku ni punya keletah...

Lbh kurang 11.45 pagi kami sampai ke kelas TABIKA utk ambil Athirah balik jam 12.00.  Saje pegi awal, bole tgk kerenah kanak2 semua... first day bersekolah la katakan... Hihihihi... sampai depan pintu, kami tgk ada dua org budak tertidur dgn lenanya... dan yg best tu, salah sorangnya Athirah la... sape lagi... Ya Allah!! Bertuah betul...  Padan la masa kat kelas asyik dok sangap aje... Disuruh tido awal x mo... gitulah jadinya... Pengalaman betul dgn anak2 aku ni...  Belum biasalah katakan...

Beza dgn kakak dia dulu, sekolah masa umur dah 6 tahun.  So, dah pandai sikit.  Ini umur baru 5 tahun plus batang tubuhnya pun kecil aje...  Tgk dia sebaya aje dgn adik lelaki dia...  Hihihi... Tomen abah tu...

Pertama kali buat Athirah, gitulah kisahnya.  Mudah2an menjadi anak yg pintar dan solehah.  Mmg nampak agak berbeza lepas bersekolah 2 hari ni..  Tunggulah kalau2 ada kisah yg best lagi mengenai mereka semua ni...

Akhir kata buat kali ni... Moga2 kehidupan kita semua bertambah ceria dan bahagia dari hari ke hari. Anak2 adalah permata hati, sayangilah mereka selalu.  Mudah2an kita berjaya memberi segala yg terbaik buat mereka.  Ameen!!!