Isnin, 25 April 2011

Cerita 'KUTU'

Eh!!! Kutu??? Eeeeeeeeeeeeee....... Takutnya...
Tapi, kisah kutu yg nak ku kongsi ceritanya ni... x membahayakan orang insya allah... membahagiakan adalah... hehehehe...

Kutu spesies mana la yg membahagiakan agaknya... Ngeeeeeeee.... Sure semua dah tau 'kutu' yg mana ni kan? kan? kan?

Nak dijadikan cerita... kutu yg membawa kebahagiaan ni... lain plak ceritanya pd aku... Agak kurang membahagiakan hidup... Sudah lama, mungkin dah di lupakan dek sebahagian atau kesemua ahli gabungan kot... Tapi, nampaknya aku x boleh lupa...

Pasal masih ada yg tertunggak, yg belum ku terima... Adoyai!!! Payah nak cerita bila kes cengginikan????

Sape yg salah? Aku atau org yg menangguh itu??? Apala nasibku ini... pada sape la aku nak mengadu nasib??? Ada mana2 pihak berkuasa ke sudi menerima rungutan ku ini?? Hihihi...

Nampaknya... seperti biasa... kembalilah kita pd Yang Maha Berkuasa... Moga2 Allah lembutkan hati pada si dia utk selesaikan segala yg masih tertunggak... kasihanilah aku ni...

KUTU... OOOO... KUTU...

itulah nasib ku...

Rabu, 20 April 2011

~~ Sudah mari

HuHu... Dia sudah mari kawan2...

Apalagi, utk April dan Mei ni... kawan2 sure dah tau... ketibaan 'mood bersukan' utk semua warga IIUM Kuantan'...

Masa ni, lbh ramai rakan2 sekerja yg kita x pernah/ dah lama x nampak... muncul di venue2 pertandingan... x kiralah berbakat/ atau bakat terpendam... yg penting semangat utk bersama2 berjuang yg kita harapkan... sambil tu, bolehlah kita rapatkan persahabatan sesama kita... itulah rahsia disebaliknya...

Masa ni mmg masa utk bertepuk tampar, bersorak gembira menyokong pasukan masing2... suasana yg sungguh har-moni... klu tidak sebaliknyalah... har-u biru... wakaka... pasal terlalu bersemangat hinggakan ter.... psiko pasukan lawan... biasalah tu... abis game, bermaaf2an lah... habis situ ajekan... kita kawan2, x mo lawan... tapi dah nama pun bertanding... mmg la adat ada pengalah dan ada pemenang...

Apa2 pun... moga2 Kontinjen 'The Blue Warriors' akan berjaya... Juara keseluruhan atau tidak... nantikanlah semua ye... Kita tgk sape yg MENANG!!!

Selamat Bersukan buat semua, berjuanglah dgn penuh semangat Kesukanan...



Selasa, 19 April 2011

SESSI NGETEH

Huhuhu... Plan terkejut yg paling berjaya...

Itulah kezutan geng2 KL buat kami geng Exsas'93 yg berada di Kuantan ni...
Malam 16hb April, 2011... 7 ghodong Kuantan di satukan oleh AA and Azlin from KL di Coffee Street, Kuantan... tahniah buat mereka berdua...

Datang jauh2 dan berjaya mengumpulkan kami2 di sini... Yang best, kami2 yg di Kuantan ni x pernah pulak bertembung sama sendiri... Kuasa Allah...

TQ to both of you... Great moments after almost 18 years kami x bersua muka... masing2 dah berkeluarga... berkerjaya... hihihi... kalau lagi ramai, tentu lebih 'havoc'...

Kelakar, sedih dan seronok.... bersua muka semula... kami menanti utk reunion yg lbh menyeronokkan...

TQ guys...

Khamis, 14 April 2011

Skim Perlindungan Perkeso Bhgn 2

Sumber dipetik drp : http://www.perkeso.gov.my

FAEDAH PERUBATAN

*
Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
* Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih.
* Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja.
*
Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

Cara Tuntutan

Untuk memohon dan seterusnya mendapat rawatan perubatan buat pertama kali, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada klinik panel PERKESO:-
• Borang 21 (Laporan Kemalangan)
• Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan Penyakit Khidmat) atau
• Surat Pengenalan daripada majikan


Bayaran Ganti Belanja (BGB)

Bagi rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan Bayaran Ganti Belanja kepada pejabat PERKESO berkenaan dan untuk mendapat kelulusan tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO.


Cara Tuntutan

Untuk memohon dan seterusnya mendapat tuntutan Bayaran Ganti Belanja, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada pejabat PERKESO:-

• Borang PKS (P) 24 (Borang Tuntutan Perjalanan Bayaran Balik)
• Borang PKS (P) 26 (Laporan Tuntutan BGB Am)
• Resit asal
• Salinan Kad Rawatan (Appointment Card)
• Salinan Laporan Perubatan (jika ada)


FAEDAH HILANGUPAYA SEMENTARA

Pembayaran Faedah

* Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk mendapat pembayaran,jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
* Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:

* Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
* Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan)


Cara Tuntutan

Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

• Borang 21 (Laporan Kemalangan)
• Borang 10 (Borang Tuntutan)
• Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
• Salinan Kad Pengenalan
• Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)

Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:-

• Laporan Polis
• Peta lakar tempat kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:-

• Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
• Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
• Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
• Borang 10 (jika ada cuti sakit)

Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan. Tempoh Lapor Kemalangan Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.


FAEDAH HILANGUPAYA KEKAL

Hilangupaya kekal ertinya hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu. Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.


Tempoh Tuntutan

Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.


Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan Orang Berinsurans dan tertakluk kepada kadar minimum RM10.00 sehari manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.

Cara Tuntutan

Orang Berinsurans harus membuat permohonan bertulis kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan dan untuk dirujuk kepada Jemaah Doktor sila lampirkan sekali dokumen-dokumen berikut:-

* Borang Permohonan
* Salinan Kad Pengenalan
* Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
* Borang 10 (Borang Tuntutan)
* Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
* Nombor dan salinan buku akaun bank untuk pembayaran terus ke akaun simpanan.


Cara Pembayaran Faedah

Kes akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilangupaya. Orang Berinsurans akan diberitahu taksiran tersebut. Sekiranya hilangupaya kekal itu ditaksirkan tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara berkala walaubagaimanapun, pekerja boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal atau sekaligus. Sekiranya taksiran hilangupaya kekal itu melebihi 20%, bayaran dibuat secara berkala walaubagaimanapun pekerja boleh memohon supaya bayaran 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan baki kadar harian faedah tersebut dibayar secara berkala dan secara pencen bulanan sepanjang hayat. Orang Berinsurans yang sedang menerima faedah hilangupaya kekal masih boleh meneruskan pekerjaannya. Sekiranya Orang Berinsurans atau PERKESO tidak berpuas hati ke atas taksiran tersebut, permohonan rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan Jemaah Doktor disampaikan kepada Orang Berinsurans.


ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)

Orang Berinsurans yang menerima taksiran Hilangupaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.

.... bersambung....

Selasa, 12 April 2011

Skim Perlindungan Perkeso Bhgn 1

Sumber dipetik drp : http://www.perkeso.gov.my

Moga2 artikel drp PERKESO ini, dpt memberi panduan sekiranya berlaku sbrg kemalangan kepada diri anda masing2..

SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.


PERLINDUNGAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

1) Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya.

* Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

2) Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

* Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.
* Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
* Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya (dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu).

3) Kemalangan Semasa Kecemasan

* Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana. Contohnya kebakaran.

4) Penyakit Khidmat

* Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Contoh:

• Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.
• Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.

• Faedah Perubatan
• Faedah Hilangupaya Sementara
• Faedah Hilangupaya Kekal
• Elaun Layanan Sentiasa
• Faedah Pemulihan
• Faedah Orang Tanggungan
• Faedah Pengurusan Mayat
• Faedah Pendidikan

Jumaat, 8 April 2011

Cantik!!!

Jika kita merenung sejenak.... segala apa yg telah kita lalui sepanjang hidup ini... kita pasti akan menyedari.... betapa CANTIKnya segala yang telah Allah s.w.t aturkan dalam perjalanan hidup setiap manusia dimukabumi ini...

Mungkin kita ada melihat yang tak semua orang beroleh nasib yang baik...  namun pasti....  betapa susah pun hidup kita, sentiasa ada peluang2 atau orang2 yg Allah kirimkan pada kita... sebagai penyelamat dalam satu2 situasi... betapa hebatnya kuasa Allah... 

Cubalah kalian semua renung2 dan fikir2kan... benar atau tidak apa yg saya tuliskan kali ini...

Saya secara jujurnya memang tak boleh menidakkan aturan perjalanan hidup yg semamangnya cantik yang telah tersedia buat kita semua...  Kalau kita fikirkan, sudah tentu BUNTU di buatnya...tiada sebarang penjelasan... terlalu banyak kebetulan yang muncul yang menyelamatkan keadaan...  kalau kita orang yg biasa2 ini akan fikir bahawa semua itu adalah kebetulan.... tapi, sebenarnya itulah takdir Allah buat kita... 

Jadi... bersyukurlah kita semua... kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...  biarpun bermacam2 ujian yg menimpa... percayalah... setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

Thank You Allah.

Khamis, 7 April 2011

Tingkatkan usaha~~

Assalamualaikum w.b.t. pemula bicara kita kali ini...
Minggu lepas, dalam kesibukan tetap ku gagahkan jari jemari menekan 'keyboard' komputer utk berkongsi cerita/ rasa/ petua di dalam blog ini hingga ke hari Jumaat...

Tapi, minggu ini... mmg x dpt berkongsi cerita... dek kerana kerja yg perlukan lebih fokus dan keputusan yg tersangat s.e.g.e.r.a...  Alhamdulillah, walaupun bukan 100% dpt diselesaikan... agak lega dgn perjalanan dan perkembangan kerjasama yg diterima...  Syukur yg tak terhingga...

Nampaknya perjuangan belum selesai...  byk yg masih perlukan perhatian dan penelitian... dan ada juga muncul kes2 yg perlu diselesaikan dgn kadar segera sebelum merebak menjadi lebih teruk...  Bukan merungut atau menyesali diri... tapi, itu adalah tanggungjawab yg di amanahkan pd aku... sebaiknya perlulah aku langsaikan namun hasilnya perlulah juga hasil yg baik dan bagus utk semua yg terlibat... secara langsung ataupun tak langsung...

Alhamdulillah, projek yg dirancang pun berjalan dgn jayanya buat kali pertama...  Insya Allah selepas ini bakal menyusul kali kedua, ketiga dan seterusnya moga2 berkekalanlah kelancarannya...

Segalanya adalah ketentuan Allah, namun kita perlulah berusaha dan berdoa... moga2 hasil kerja kita adalah yg terbaik dan mendatangkan kebaikan pd semua...  Insya Allah..  Bukanlah kehadiran kita di sini, pada masa ini bertujuan utk keburukan atau utk menyusahkan sesiapa...  Mudah2an aku tak terlalai atau terlupa tugasan aku sebagai seorang khalifah di mukabumi ini...  Ameen!!!

Moga2 sentiasalah kita semua beroleh REDHA Illahi...







Jumaat, 1 April 2011

Tips Kesihatan

Alhamdulillah... Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan kita.

Jadi kesempatan ini, saya nak berkongsi sedikit tips kesihatan = bbrp tips utk menguruskan badan...chewah!!! Saya sendiri belum mencuba a.k.a tak taulah berupaya atau tidak mengikut saranan yg diberikan ni... Mudah2an, kita sama2 mencuba dan moga2 usaha kita akan berjaya... Pada sesiapa yg rasa bermasalah dgn tubuh badan tentu terasa ingin mencubakan.... GUD LUCK!!!

3 saranan penting:

1. Lakukan senaman
Melalui senaman akan dpt membantu mengeluarkan segala lemak2 yg terkumpul di dalam badan. Secara tak langsung, senaman juga dpt membantu menguatkan jantung kesayangan kita insya allah..
Antara senaman yg mampu membantu usaha kita spt: aerobik, berjogging & berbasikal.

Tapi, jgn memandang mudah dgn aktiviti senaman kerana kita perlu memulakannya dgn aktiviti memanaskan badan selama lebih kurang 10-15 minit. Slps itu, barulah kita boleh meneruskan aktiviti yg telah kita pilih selama lebih kurang 45-60 minit. Jgn tergesa2 untuk mengakhiri aktiviti senaman kita kerana spt majlis2 lain kenalah ada penutupnya. Jadi kita boleh mengakhiri senaman kita dengan menyejukkan badan juga selama lbh kurang 10-15 minit.

2. Diet
Diet yang dimaksudkan ialah mengambil makanan mengikut jumlah kalori yg diperlukan oleh badan seseorang dgn secukupnya. Jgn berlebih atau berkurang.Dan jgn sesekali berdiet sehingga tak langsung menjamah makanan...

3. Tidur
Sama seperti diet, tidur utk seseorang juga perlulah cukup. Jgn sesekali tidur berlebihan kerana ia merupakan salah satu punca yg menyebabkan seseorang boleh menjadi gemuk.

Okay, rasanya cukuplah perkongsian ilmu kita utk kali ini. Mudah2an tips ini mungkin dpt membantu sesiapa yg memerlukannya. Pada yg tidak bermasalah... berbahagialah mereka, tapi ingat. Apa2 pun, kesihatan perlu di jaga..

S E L A M A T B E R J A Y A