Rabu, 29 Jun 2011

Anjakan Paradigma ~~

Dah biasa dengar kan???

Dah buat pun kan???

Dah berjaya???

Huhuhu...

Tak kisah apa pun jawapan korang...

Walau dah pernah buat, masih juga kena check...

Dah berjaya ke mengikut spesifikasi yg kita tetapkan...

Mengikut nasihat Prof. Dr. Muhaya...
Kita memang perlu mempunyai akal yang positif...
Bukan itu saja, segala2 dalam kehidupan kita ni mmg perlu positif...
Makanan, percakapan, bacaan, hati.... dan paling penting solat...

Ini semua penting utk mengelakkan 'virus minda'... Bila minda dah rosak atau terganggu... segala yg wujud dlm pemikiran kita pun bukanlah perkara yg baik2...

Segala yg kita lakukan kena jujur kerana Allah yg beri balasan pd kita... bukannya manusia... insya allah..

Mendengarkan slot Dr. Muhaya mmg sentiasa menaikkan semangat dan keyakinan...
Penuh bertenaga namun tetap merendah diri serta menggalakkan kita mensyukuri apa yg di miliki...

Pesanan beliau juga, agar kita semua jujur dgn ilmu yg kita ada... gunakanlah pd perkara2 yg baik dan mendatangkan faedah...

Jadi... pada yg masih terfikir2 nak melakukan perubahan atau tidak... cubalah pertimbangkan sebaik2nya...

Semua terletak pd 'akal' kita... dan sudah tentulah 'nafsu' akan sentiasa menggoda ke arah yg merugikan...

Fikir2lah... insya allah... kita cuba yg terbaik bukan semata2 utk diri sendiri... tapi, juga buat semua permata hati dan org2 yg kita sayangi...

Masa depan kita, kita sendiri yg menentukannya...

Huhuhu...

Rabu, 22 Jun 2011

WoW!!!

Entry apa plak ni... cam title lagu Zahid AF la plak nih... ye ker? lagu ke album tah... ingat2 lupa, almaklum la.... umuq dah bertambah....

Biasalah... entry personal... cerita ceriti ttg hidup sendiri...

Kehidupan kita ni.... ada pasang surut. Tak jauh la beza ngan keadaan ombak di laut... Ada cerita yg indah, ada cerita suka... dan ada juga cerita2 sedih... dah nama pun kehidupan...

Gaya kita mengendalikan kehidupan kita memang berbeza2... Manusiakan tak serupa, rambut yg sama hitam... hati dan tingkahlaku kita semuanya berbeza...

Ditambah dgn perencah2 lain... menjadikan kehidupan kita penuh dgn asam garam, dan tak ketinggalan kemanisannya... Syukur pada Allah...

Walau banyak mana yg telah diberi ataupun di pinjamkan... Allah tak meminta bayaran balik bukan? Cukup dgn memerintahkan kita patuh pd segala suruhannya dan tak lupa dgn tanggungjawab sebagai khalifah di mukabumi ni...

Kembara kita insan nan kerdil dan lemah di mukabumi Allah ini... rasanya tak berpenghujung... tengok aje ilmu pengetahuan... Rasanya, setinggi mana pun pendidikan seseorang.... takde sesiapa yg berani mendabik dada mengatakan ilmu dah penuh di dadanya, betul tak?

kalau seseorang tu mahir atau pakar dlm satu2 bidang... dah tentu2.... dia x berapa pakar dlm bidang2 lain pulak. Payah benar rasanya, kita nak menemui seseorang yg mampu memiliki kepakaran dalam byk bidang... tak perlulah kita susah payah mencari pulak org yg mengatakan dia pakar dlm semua bidang.... agaknya wujudkan manusia sedemikian rupa??? hehehehe... Allah Yang Maha Kuasa...

Entry kali ni, mmg takde perkara spesifik yg nak disentuh.... tapi... jari jemari dan otak.... terus nak berkongsi rasa...

Rasa apa???? Rasa syukur kerana kita dilahirkan dalam agama Islam... namun, terasa jahil dan dangkalnya diri ini... Byk sungguh perkara yg perlu di ceduk dan disenduk... demi terus menelusuri hari2 mendatang. Tanpa ilmu, siapalah kita...

Tapi... bercakap memang mudah... nak menggapai impian... oh!!! byk dugaan, cabaran dan perancangan yg diperlukan...

Tanyalah hati... apa persediaan kita... dalam meneruskan pengembaraan di mukabumi Allah ni...

Hidup umpama roda... sekejap di atas dan adakala kita berpusing ke bawah... Moga2 kita semua sentiasa beringat.... walau dlm apa hal sekali pun...

Dan, mcm biasa... hidup kita hanya sekali.... jadi buatlah yg terbaik... fikir2kan... yg mana pilihan kita... bahagia atau.... berduka...

Pilihan ada pd kita, kerana dlm sebuah kehidupan... mmg kita sentiasa perlu membuat pilihan...

Jumaat, 17 Jun 2011

H.I.D.U.P

Hidup hanya sekali...
Jadi, buatlah yang TERBAIK untuk DUNIA dan AKHIRAT...

Insya Allah...

Moga2 kata2 ini... menjadi motivasi kepada kita semua utk menjadi yg terbaik setiap hari dan detik yang kita lalui...

Ameen...

Rabu, 15 Jun 2011

Terindah~~

Tiada kata seindah bahasa untuk ku nyatakan betapa gembira, dapat berkumpul dan bergumbira dgn seluruh ahli keluarga...

Setelah sekian lama x dpt menghabiskan masa bersama... alhamdulillah dpt kami berkumpul sempena majlis khatam dan majlis perkahwinan...

Yang penting, nak menjenguk Hero baru kami... Muhammad Adam... welcome to our family... Love u all...





Khamis, 2 Jun 2011

Tahniah... TBW!!!

Alhamdulillah...

Walaupun ceritanya dah agak 'basi'... tapi tetap seronok utk diceritakan...

Meraikan kejayaan TBW (The Blue Warriors Team @ka To Be the Winner Team - as mentioned by our Campus Director)
Terasa kehangatan dan kelainan pd kejohanan kali ni... persaingan sangat sengit dlm menentukan 'Overall Champion". Barulah seronok dan meriah... Dan, pertandingan secara sihat... Xde gaduh, xde masam muka...

Memang tujuan kejohanan utk mengeratkan silaturrahim... berkenalan dan bermesra di kalangan para kakitangan UIAM... Inilah masa kita jumpa kawan2 baru... dan mungkin lbh mengenali kawan2 lain... Insya Allah...

Apa2 pun tahniah pd semua yg berjaya... Dan seperti biasa, pesanan penaja... Pada yg belum berjaya selamat berusaha... moga2 tahun depan kita beroleh kejayaan yg lebih cemerlang dan gemilang... (ucapan ditujukan khas buat diri sendiri la sebenarnya... hahahaha!!!)

Pada kengkawan yg turut sama menjayakan kejohanan ni... tahniah juga pd anda... kerana tanpa anda semua... x mungkin kejohanan ini berlangsung dgn jayanya... tahniah atas usaha dan komitmen yg diberikan... Insya Allah, jumpa lagi tahun depan...

Insya Allah, venue kejohanan juga pasti berlainan... So, apalagi... Jangan lupa temujanji kita di tahun hadapan ye...

JUMPA LAGI.... (Nada Lim mengejek Kak Rose dlm Siri Upin dan IPIN... hehehe...)