Isnin, 27 Februari 2012

Minggu kejutan!!!

Assalamualaikum semua...

Seminggu lepas mmg satu minggu yg penuh... dgn kejutan...

Bila kami menerima khabar yg kakak sulung dimasukkan ke ICU angkara nyamuk aedes... perasaan bercampur2.... sedih, risau dan mcm2 ada... Tak tau apa nak kata... hanya menunggu2 berita terkini...

Sebelah malam, kejutan kedua... bila perkhabaran anak rakan sekerja meninggal angkara gigitan serangga bernama 'tebuan' pula... Ya Allah.... Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 soleh...

Ahad, bonda dan kakak kedua sekeluarga akan ke Kuala Lumpur... Bonda akan tinggal di sana menengok2 cucu2nya... Jadi, aku dipertanggungjawabkan menguruskan apa yg patut utk ayah dan adik2 yg tinggal di rumah. Insya allah aku tak risau... Moga2 semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah, semua ok... terurus rasanya... Setiap pagi, makan pagi dan tengahari dah aku siapkan sebelum ke tempat kerja... Sekali-sekala bukan apa pun... Cuma, kekadang dlm keadaan aku sekarang mmglah agak letih... Awal pagi dah bangun, nak uruskan yg bersekolah dan segala mcm agenda harian...

Alhamdulillah syukur dan lega bila kakak dah discharged... Weekend nnt, baru bonda akan balik semula kerumah. Takpelah tu... Sekali-sekala pun dia spend masa dgn cucu2 di sanakan... Kasi chance lah nenek makan angin lama sikit...

Pagi rabu, kami dikhabarkan yg bapa mertua kakak sulungku pula dimasukkan ke wad... Ya Allah, macam2 dugaan ye... Moga2 kami semua tabah dan sabar dgn dugaanmu...

Itulah kejutan2 utk kami sepanjang minggu lepas. Mmg minggu yg penuh dan agak meletihkan, namun aku tetap seronok dpt mnguruskan semua keperluan mereka... Apalah sgt, kalau nak dibandingkan dgn apa yg dah mereka korbankan buat kami selama ni..

Akhir kata, aku sayang mereka semua...

Begitu juga anda semuakan???

Moga kasih-sayang kita berpanjangan dan berkekalan... Ameen!!!

Isnin, 20 Februari 2012

Puding Tiba-tiba

Hehehe....

Ini mmg projek tiba-tiba ni...

Takde angin, takde ribut.... tiba-tiba lancar aje tangan mengadun adunan puding roti ni...

Buat satu adunan yg rasanya cukuplah buat kami seisi keluarga berebut-rebut...

Hihihi... Seronok bila tengok makanan yg di masak habis di makan.

Last, anakanda kedua mengosongkan bekas adunan hingga licin...

Senang kerja ibu...



Alhamdulillah, projek tiba-tiba ni menjadi dan kena dgn rasa semua org...

Next project... tengoklah... apa yg terlintas nak di masak dan bahan-bahannya ada... insya allah... jadi aje...

Jumaat, 10 Februari 2012

Kesan istighfar

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Sumber : JAKIM and Teratak Wihdah