Khamis, 31 Januari 2013

Majlis Hari Lahir

Alhamdulillah...  syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya sekali lagi tahun ni kami dapat membuat majlis kecil-kecilan di kalangan keluarga sempena meraikan hari lahir puteri sulungku...

Sekejap aje dah pun 10 tahun umurnya...  Selain dia, kami turut meraikan hari lahir bapanya tanggal 10hb, dia sendiri pada 25hb serta nenek pada 29hb...  Ada tiga orang yang diraikan..

Majlis kecil kami mulakan dengan bacaan doa daripada aki panggilan untuk datuknya...  Kami-kami semua tukang mengaminkan doa di selang seli dengan kekecohan anak-anak kecil yang tak sabar nak memotong kek ada, nak berbahagi coklat pun ada...  Dah ramai-ramai memang macam itu lah...




puding roti pelangi yang dah habis sebelum majlis bermula...

 
kek coklat kukus buatan ibu, kerana tak sempat menempah yang lebih comel dan menarik... 
yang penting rasanya... yang memang sedap... huhuhu...

 

hadiah daripada abah, ibu dan adik-adik... walaupun lewat yang penting ada... alhamdulillah!!!


Walaupun ringkas dengan menu santai... chewah!!! santai apa kalau dah banyak minyak, coklat dan gula kan...   santailah sangat... dengan sate, nasi goreng cina, kek coklat, coklat (untuk kanak-kanak aje) juga pengat pisang buah tangan nenek...  Rasanya takde yang berbaki... senang nak mencuci... memang pandai diorang semua ni...

Apa-apa pun, biar pun kecil dan ringkas... harapnya memuaskan hati empunya badan...  bukan majlis yang penting, tapi ingatan dan doa yang dibaca moga membawa keberkatan dalam mendepani kehidupannya...

Moga anak ibu menjadi anak solehah dan contoh buat adik-adik...  Moga menjadi anak yang taat, menyenangkan hati ibu-bapa serta berjaya di dunia dan akhirat... Ameen!!!

Kami sayang kamu.... selamanya....



Rabu, 30 Januari 2013

Dulu lain, sekarang lain..


Salam hari Rabu semua...

Lama juga tak meninggalkan cerita di blog ni...  Banyak yang berlaku, tapi ntah la macam tak sempat nak merapu lama-lama...  



Rutin hidup memang 'bz' la cam biasa...  4 orang yang nak diuruskan tu membuatkan rasa masa 24 jam yang Allah beri tu asyik tak cukup nak buat semua benda...  Baru 4, dah rasa huru hara...  Camner lah pengalaman ibu-ibu kita membesarkan kita yang rata-rata bilangan anaknya 5 dan ke ataskan...

Mana nak urus yang sekolah dengan tidak, tengok kerja rumah, makan-minum, uruskan pakaian... ini bab yang rasanya menuntut sangat byk waktu... bermula drp mencuci, menyidai, mengangkat, melipat, menggosok... hingga dipakai..., kasut sekolah, dan segala macam lagi...  Belum tentang diri sendiri dan anak kecil...  lain pulak ceritanya...

Namun, apa yang penting dapatlah aku cuba uruskan sebaik mungkin... kerana aku pasti ada ganjaran atau hikmah atas segala yang kita lakukan...  Anak-anakkan tanggungjawab atau amanah pada kita...  Sudah tentu kita nak yang terbaik...

Ibu... pastilah sanggup berkorban apa saja...  sedangkan membawa dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari pun kita sanggup... apatah lagi membesarkan mereka... tentulah kita sanggup berkorban apa saja kan...

Bukan ibu saja, malahan ayah pun pastilah berperasaan yang sama... sanggup bekerja keras membanting tulang 4 kerat demi memastikan segala tersedia untuk anak-anak. Apa yang kita rasakan hari ini sebagai ibu-bapa telahpun dilalui oleh orang tua kita sebelum-sebelum ni...  Penat lelah, jerih payah mereka...  bagaimanalah nak kita balas...  harta, wang ringgit memang tak dapat menggantikan pengorbanan mereka...

Peluang menjadi ibu-bapa sepatutnya menyedarkan kita untuk mengenang jasa orang tua kita.  Zaman dahulu jauh berbeza drp zaman kita sekarang... namun hakikatnya apa yang dilalui oleh para ibu-bapa pasti sama... berkorban demi keluarga...  Pengorbanan yang bagaimana, mungkin itu aje yang membezakan kita dan mereka...

Bila berbicara tentang masa silam... masih aku teringat zaman kanak-kanak yang pernah aku lalui...  Ternyata berbeza...  Kerana dulu kemana pun kita ibu-bapa takkan risau... kerana anak-anak akan sentiasa dipantau dan dijaga oleh jiran tetangga serta rakan taulan...  bermainlah hingga ke lubuk mana, keluar pagi pulang petang...  tentu tak terdetik perasaan risau dihati ibu-bapa dulu-dulu.  Lain zaman sekarang, kemana nak bergerak semua dihantar ibu atau bapa...  Tiada siapa yang boleh dipercayai walaupun orang disekeliling sendiri...  itulah beza dunia sekarang...  Jika anak-anak zaman dulu boleh lepas bebas bermain, bergaul... anak-anak sekarang lebih selamat bermain di rumah masing-masing aje...  Keseronokan yang berbeza pastinya...

Apapun keadaannya, yang pasti kita harus bersyukur atas segala kurniaan Allah.  Selain berusaha menjadi yang terbaik, mudah-mudahan kita juga berjaya membekalkan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.  itulah aset yang pasti dapat membantu kita di dunia dan akhirat kelak...

Akhir kata, in shaa allah bertemu lagi dalam perkongsian lain...  Moga-moga kita dan seluruh keluarga kita sentiasa dalam Lindungan Allah... Ameen!!!!

Jumaat, 18 Januari 2013

Perihal Ekzema

Ekzema...  satu nama yang tak pernah aku dengar sebelum-sebelum ni...

Tapi, sejak melahirkan anak ketiga dulu...  Aku mula diperkenalkan sedikit sebanyak dgn penyakit ini... kalau boleh diklasifikasikan sbg penyakit.  Ia lebih kepada masalah alahan sebenarnya.

Mula-mula dulu, risau bila melihat keadaan Imran... habis muka dan badannya dinaiki ruam (kelihatan spt ruam buat orang-orang yg pertama kali jumpa)...  Awalnya kami usahakan cara tradisional aje, tapi nampaknya masih berterusan...  Barulah aku merujuk pada doktor kanak-kanak...

Dan seperti yang biasa kita tau...  Imran selalu juga mengalami asma namun syukurlah bukan pada tahap kritikal setakat ni...  Kerap tidaklah dia diserang asma, namun ada beberapa kali jugalah...  Nebulizer pun pernah lah dia gunakan.  Menginjak ke umur 2 tahun lebih nampaknya keadaan dia semakin baik...  Tak lama selepas tu, memang tak nampaklah kewujudan ekzema lagi pada dia...  Cuma, sesekali adalah asma menyerang tapi pada tahap biasa ajelah.  Bila dia kurang sihat, memang awal-awal lagi kami ke klinik agar selsemanya tak berterusan...  Lagipun, dia dah agak besar dan pandai menghembus hingus dan buangkan kahak sendiri.  Mungkin itu adalah antara faktor yang membantu memperbaiki keadaan dirinya...  Syukur alhamdulillah..

Sekarang, dengan kelahiran anak ke-empat ni nampaknya kes sama dah berulang semula...  Wafiq kini berusia 7 bulan, dan gejala ekzema memang jelas dan nyata pada dia...  Sedang berusaha untuk mengawal jangkitan dulu, kerana agak sukar lagi mengawal ekzema dia sekarang.  Kesian, kerap mengaru-garu hinggakan berdarah ditelinganya.  Kawasan yang banyak pada pipi, kepala dan telinga...  Masih mencari-cari kaedah terbaik nak menangani masalah ni...

Sebolehnya taknak gunakan ubatan yang mengandungi steroid... itulah harapnya dapat bertemu dengan penawarnya...  Ameen!!!

Cuma pada wafiq, tak pula nampak simptom-simptom asma... sehingga setakat ni lah...  ke depan ni, tak taulah pulak macamana...

Disebabkan kehadiran semula ekzema dalam hidup kami... rajinlah aku mencari-cari maklumat...  Harapnya ketemulah cara terbaik nak menanganinya...  

Doakanlah ye kawan-kawan...  Moga Allah permudahkan urusan aku...

Selasa, 15 Januari 2013

DAH NASIB BADAN...


Tanggal 15 Januari, 2013... aku menerima panggilan memaklumkan yang cermin kereta ku menjadi mangsa batu ketika proses memotong rumput dijalankan di hadapan pejabatku... Pecah bukan seribu... beribu kot...


 Hukhuk...  Pusing, pening.... apa patut aku buat ni... Adoyai.... Kecemasan, kecemasan... help me!!!

Kepoh jek bunyinyakan...  Hahaha...  Namun hakikatnya, macam-macam boleh berlaku dalam kamus hidup kita ni...  Ini kicik punya hal, kata separuh orang...  Alhamdulillah, dugaannya kicik-kicik aje...  Syukurlah...  Hidup masih boleh diteruskan, in shaa allah...

Apa-apa pun... pengajarannya... kita kena sedia untuk menghadapi apa jua keadaan... Sediakan payung sebelum hujan... bunyi pepatah orang melayu...

Hokey, sedang berpikir decision untuk selesaikan masalah ku ini... Kena pegi tukar cermin... +  tinted...

Daaaaaaaaaa.............

Isnin, 14 Januari 2013

Perbaiki diri

Salam sejahtera semua...

Hari ni bermula lagi  minggu baru lagi dalam bulan Januari 2013...  Pejam celik dah pun dua minggu kita melayari kehidupan di tahun baru ni...

Sambil memandu, sempat aku mendengar sedikit perkongsian drp ustaz jemputan di konti radio...  Dah agak lewat sempatlah mendengar satu dua jawapan drp ustaz terhadap persoalan-persoalan yg dilontarkan oleh para pemanggil...  Namun, biarpun sikit tapi pesanannya yg baik boleh juga dijadikan panduan bagi kita terus melalui fasa-fasa dlm kehidupan kita ni...

Bila direnungi, kehidupan seorang manusia atau hamba Allah ni memang takkan lekang drp ujian dan dugaan...  Sudah tentulah untuk menduga sejauh mana kekuatan iman kita...  

Berdasarkan ulasan drp ustaz... pegangan yg paling baik utk kita... walau dlm apa jua keadaan atau dugaan adalah utk kita perbaiki diri atau menilai diri sendiri...  Satu cara yg  agak mudah dan senang...  Kerana utk kita mengubah pelakuan atau pegangan orang lain memang sesuatu yg sukar...  Jadi kenapa kita memeningkan kepala berusaha mengubah orang, sedangkan dgn mengubah diri atau pendekatan kita...  mudah-mudahan dpt memberi iktibar pd yang lain...  Hati kita pun senang, tak perlu nak pening-pening memikirkan ttg orang begitu orang begini...  Kita aje yang buat bagaimana yg kita kehendaki...  Tak sakit hati sesiapa punkan...  Hidup pun in shaa allah tenang dan senang...

Mungkin sesetengah akan berkata yang untuk mengubah diri sendiri juga bukanlah sesuatu yang mudah.  Hmmm....  Rasanya, bila kita berpendapat macam tu...  kita masih tetap memikirkan perkara negatif...   

Susah, malu,sukar, tak boleh, betul ke?,tak sanggup, dan macam-macam perkataan negatif 

yang terus-terusan bersarang dalam kepala kita nikan...  Inilah antara anasir-anasir yang perlu kita usir keluar drp pemikiran kita...  namun bukanlah sesuatu yang mudah...  Taulah hati kita ni, sentiasa ada syak wasangka dan suka memikir perkara-perkara yang belum tentu betul @ tidaknya...

Hailah hati... mudah-mudahan pesanan ustaz tadi dapat membantu aku ke arah kebaikan dan mudah untuk berubah serta menerima perkara-perkara yang asing pembaharuan.  Moga-moga rakan pembaca juga beroleh sesuatu drp pembacaan di blog ni...

Dalam melalui segala rutin kehidupan ni pun macam-macam yang mendatang...  moga Kau teguhkan hati dan iman ku Ya Allah...  Permudahkanlah segalanya buat kami...  Juga buat semua yang sudi membaca dan berkongsi, hendaknya kita mampu menjadi yang lebih baik drp semalam...

AMEEN!!!


Rabu, 9 Januari 2013

Perbuatan yang mewarisi kepapaan


Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim  dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani

1)Mengerjakan dosa
2)Melebihkan tidur
3)Tidur bertelanjang
4) Tidur selepas solat subuh
5)Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
6)Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
7)Membakar kulit bawang(merah@putih)
8)Menyapu rumah pada malam hari
9)Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
10)Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
11)Membasuh tangan dengan tanah
12)Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
13)Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
14)Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
15)Bersegera keluar dari masjid
16)Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
17)Tidak membasuh bekas makanan
18)Memadam pelita dengan mulut
19)Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
20)Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
21)Memakai serban ketika duduk
22)Memakai seluar ketika berdiri
23)Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
24)Membuang kahak ketika qada hajat
25)Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
26)Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
27)Duduk dibendul rumah
28)Duduk diantara belahan pintu
29)Berwudhu ditempat tidur
30)Makan sesuatu ketika berjunub

Sumber : http://perihalagamaislam.blogspot.com

Buat rakan pembaca...

Moga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberikan ilmu kepada kita semua...  Yang baik kita ikuti yang tak elok marilah sama-sama kita hindari...

Selasa, 8 Januari 2013

DAPURKU BERASAP


Wah!!!  Dah tahun baru 2013 ye...  Belum terlambat nak ucapkan pada semua Selamat Tahun Baru 2013...  Moga tahun ini akan dipenuhi dengan kisah2 yg lebih baik dan bermanfaat...

Tengok tajuk entri...  Pasal dapur.... berasap bukanlah sebab dapur ku terbakar pulak...  Bukan itu ye...  jangan tersalah teka tau...  Sebenarnya, kembali berasap selepas lama bercuti...  berpantang dah lama abis... cuma kesempatan nak memasak tu agak kurang...  Mood memasak macam biasa membara-bara... cuma, masa dan tenaga kekadang menjadi penghalang...

Sekarang macam sebelum-belum ni juga... kembali memasak makanan biasa-biasa walaupun dalam fikiran ada macam-macam perancangan yang nak di cuba.

Permulaan tahun ni, aku dah mula mencuba masakkan makaroni, alhamdulillah sambutan menggalakkan daripada anak-anak.  Mungkin rasanya lebih kurang macam pizza jadi mereka sukakan rasa makaroni goreng yang aku buatkan, walaupun takde banyak perencah selain karot, daging cincang dan sosej...  budak-budak suka pun dah berbunga di hati ni...

Selain tu, si teruna ku berulang kali minta belikan dia cheese burger... sebagai ganti aku belikan bahan-bahannya dan buatkan untuk dia.  Syukur dia suka dan terus lupa dengan permintaan cheese burger dia sebelum ni... Hinggakan kalau boleh tiap pagi  nak ke sekolah nak bersarapan dengan burger air tangan ibunya...  Pening jugakkan...  Mat Saleh sungguh anak teruna aku ni...  Hihihi...



Yang si Angah pulak, tak habis-habis dengan scramble eggs nya...  Yang ni, tiap hari pulak nak dibekalkan dengan scramble egg... Adoyai!!!  Tak menang tangan tiap pagi aku ni.  Harap anak dara sulungku mengerti...  Dia terima aje apa yang ibu dia siapkan...  Syukurlah...  Umur tak besar mana tapi timbang rasanya tu buatkan aku terharu juga...  Terima kasih ye anak...

Dan, untuk baby pun tak ketinggalan...  bukanlah dia request tapi memang aku dah mula kenalkan solid food pada dia.  Slowly, aku start dengan bubur yang di blend...  So far, itu aje tambahan untuk si kecil...  Belum plan untuk kenalkan makanan lain...  tengoklah, aku akan fikir-fikirkan apa yang sesuai.  Satu-satu ye...  Semua nak jalan sekali, tumbang ibu nanti...  Hihihi...



Moga-moga tahun 2013 ni membawa seribu kebahagiaan, kegembiraan buat kita semua ye...  Moga kita dapat laluinya dengan momen-momen indah selalu.. Ameen!!!

Ok...  Kita bersua lagi dalam entri lain ye... Akhir kata, selamat menjalani tahun  baru dengan agenda-agenda yang lebih baik...