Selasa, 30 Julai 2013

Permulaan cerita

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kek pelanggan, terkenang kisah dulu-dulu.  Kisah bermulanya saya terjerumus dalam hal ehwal tempahan kek oren.  Asalnya, hanya ambil tempahan kek coklat kukus di pejabat.  Tak pernah merancang untuk mengambil tempahan kek lain atau apa-apalah selain daripada kek coklat kukus tu.  Tak pernah terlintas di kotak fikiran pun...

Nak dijadikan cerita, dalam kesibukan mengambil tempahan kek coklat, ada seorang kakak di pejabat bertanya kalau-kalau saya boleh buatkan kek oren.  Nak kata saya biasa buat memang tidaklah, tapi kadang-kadang memang ada buatkan untuk makan-makan dengan keluarga  disebabkan mak dan ayah tak berapa sukakan kek coklat.  Jadi memang ada masanya saya buatkan kek mentega atau kek oren.  Mulanya, saya tak berani nak terima tempahan tersebut.  Cuma, bila diberitahu yang kakak yang teringin nak makan tu ada masalah kesihatan, dan tak lama lagi nak buat pemeriksaan di IJN saya gagahkan juga terima tempahan dia.  Dalam hati dok berkira-kira harapnya adunan dan air tangan saya tu kena dengan selera dia.  Syukur alhamdulillah, kek yang diadun menjadi elok.  Dan komen kakak tu juga bagus, jadinya saya tak risau nak terus menerima tempahan bila-bila masa.

 rupa kek oren yang sudah di potong... sedap...
tak percaya kenalah cuba

Daripada situ, saya teruslah menerima tempahan kek oren especially pada orang-orang yang nak bertukar angin.  Kek coklat dah biasa dan mudah didapati.  Kek oren memang agak payah nak dapatkan.  Setakat ni, rakan-rakan di tempat kerja selalu juga menempah.  Taklah kerap, tapi sesuailah dengan status saya yang bekerja.  Sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang sambil memenuhi hajat-hajat orang...  Saya seronok aje dengan keadaan sekarang.  Sebab sesekali dapat agak banyak tempahan terutama di musim lebaran, saya agak tak selesa kerana ada deadline. Pening juga, terutama bila ada baby ni kan...  Harap-harap baby taklah meragam kali ni...  Ada juga tempahan yang dah menunggu tu...  Harap dapat kerjasama daripada anak-anak.

Oklah, kita tunggu dan lihat ajelah apa akan jadi nanti ye...  Hihihi...


Isnin, 29 Julai 2013

Persiapan Raya Part 2

Salam sejahtera semua...  Dah menjengah Ramadhan ke 20 kita hari ni rupanya.. Pejam celik, sat aje (aik, kuar slang Kedah pulak) dah masuk hari ke 20 ye...  Syukur alhamdulillah, kerana kita semua antara yang terpilih untuk meneruskan kembara di bulan ibadah kali ini...

Macam tajuk tertera di atas, nampaknya saya menyambung kisah persiapan raya tahun ni...  Bukan bersiap mana pun, memang tak dapat nak bersiap pun...  Baru nak sentuh A, baby dah buat bising...  Kena tunggu keadaan tenang barulah dapat nak kemas sana sini sikit-sikit.  Bukan lama sangat pun baby tidur, dah dapat kaki ni, baby court pun dah serupa 'penjara' pada dia.  Nak berlari berkejaran macam orang-orang lain...  Adoi!!!  Nak kena ada orang monitor, biasalah baru dapat lesen P, tapi jiwanya macam dah bertahun pandai berjalan...  Hohoho...

Kuih raya yang dirancang, masih belum nampak pun rupa...  Campur-campur sibuk menyiapkan tempahan kek pelanggan... memang belum berjayalah menguli sebarang biskut atau kuih setakat ni...  Setakat lepas untuk juadah berbuka puasa aje setakat 19 hari Ramadhan dah berlalu.  Silap-silap jadi biskut tunjuk jek la nanti jawabnya... Hihihi, kalau tidak masak masakan panas ajelah nampaknya...

Alhamdulillah, bab baju raya dah setel...  Cuma, tinggal baju-baju melayu para heronya aje lagi yang belum ada masa nak pergi cari...  Kalau tak hujung minggu ni, tengoklah sebelum-sebelum raya... tetap kena pergi cari...  Takkanlah takde langsungkan...  Tak patut.... Tak patut...

Dalam minggu ni, agak sibuk sebab dapat projek kek coklat...  Bukanlah banyak sangat, tapi untuk seorang ibu bekerja...  Peh!!!  Berpeluh jugaklah nak membahagi masa...  Bab anak-anak, bab berbuka, bab sahur, bab nak siapkan tempahan...  Mudah-mudahan berjayalah projek baru saya ni... Ameen!!!


kek coklat kukus
 
 kek mentega (first time cuba, untuk besday Imran) plain tanpa deko sebab ibu tak belajar deko-deko lagi

 kek coklat kukus hasil deko en suami

In shaa allah akan bersambung dalam entri lain tentang persiapan raya saya dan keluarga tahun ni...  Teruskan membaca ya....

Jumpa lagi dalam lain perkongsian...

Isnin, 22 Julai 2013

Tempahan

Untuk sambutan raya tahun ni, alhamdulillah ada juga tempahan yang saya terima.  Saya ni bukanlah aktif sangat menerima tempahan sama ada kek atau puding, tetapi bila ada yang request tu biasanya saya memang tak pernah mengecewakan mereka.  In shaa allah, kalau kita memenuhi permintaan orang tu.. mudah-mudahan urusan kita juga dipermudahkan Allah...  itulah harapan saya selalunya.

Sebelum-sebelum ni, ada juga tempahan kek oren, kek coklat kukus dan puding roti pelangi yang saya buatkan.  Tapi tak pernah saya share di blog ni rasanya.  Mungkin ada share tapi bukanlah untuk entri tempahan.  Kebelakangan ni aje, en suami nampaknya dah agak menggalakkan saya bila saya membaking (le kunun...)  kalau tak, dia mungkin risau kalau-kalau saya keletihan selepas membaking, mana dengan nak menjaga anak lagikan...  Syukurlah kalau dia dah mula memberi galakan sebab memasak @ membaking ni adalah salah satu cara nak manage my stress.  Yelah, bila dapat memasak or membaking tu... terasa hilang letih sepanjang hari bekerja dan menjaga anak-anak.  Hati rasa gembira, lapang dan terasa senang aje.  Dapat mengembirakan orang pun satu kepuasan tersendiri juga pada saya.  Yang penting kita semua gembira dan bahagia dengan cara kita.  Jangan sampai menyusahkan hidup orang udah le...

Selain tempahan untuk raya, nampaknya kakak ipar juga dah menempah muffin coklat untuk hari bersejarah anak lelakinya September ni...  Huhuhu...  Berapa banyak tempahannya aje yang belum disahkan...  Tapi, biasanya kalau dah kenduri kahwin ni... banyak jugaklah rasanya...  Harapnya semua menjadi dan memuaskan hati para pelanggan. 

Antara tempahan-tempahan yang pernah saya terima:

* Tak banyak gambar yang ada dalam simpanan, in shaa allah kalau saya bergiat aktif selepas ni... banyaklah kot gambar-gambar yang saya akan share...  mudah-mudahan... ameen!!!



(kek semua takde topping, kalau pelanggan request baru saya buat.. kalau tak memang suka kek plain saja, menjaga kesihatanlah kononkan... hehehe...)








Selain daripada puding roti pelangi dan kek coklat...  paling kerap yang saya terima tempahan adalah kek oren (takde pula dalam gambar)...  mungkin nakkan kelainan, sebab kek berasaskan coklat sangat mudah didapati di pasaran jadi pelangan lebih suka memilih kek oren pula.  Syukur alhamdulillah pelanggan saya memang berpuas hati dengan rasanya.  Syukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Satu lagi produk makanan yang turut saya jual sempena menyambut kehadiran Syawal ialah dodol.  Dodol original buatan keluarga saya.  Buat masa sekarang, dodol warisan keluarga ni masih suci murni tanpa sebarang bahan pengawet.  Jadi jangka hayatnya taklah lama, lebih kurang seminggu.  Selebihnya memanglah para pelanggan di ingatkan supaya simpan dodol tersebut di dalam fridge kalau nak ia tahan lebih lama.  Dodol ni memang di buat every year...  So far, sambutannya juga baik...  Memang keraplah dodol ni terjual sehingga kehabisan stok. Kiranya kes biasalah tukang kacau dodol sendiri tak merasa dodol yang dibuat.  Syukurlah sebab pelanggan setia kami puashati.  Kekadang kami yang tolak tempahan dek kerana dah tak cukup tenaga pekerja dan tempoh masa yang teramat singkat.  Nanti orang lain beraya, kami dok beraya ngan kawah dodol lagi.  Tak rela u..

Oklah, celoteh harini berkisarkan tempahan yang biasa saya terima untuk sambutan raya dan kadang-kadang untuk sambutan event-event lain...  Syukur alhamdulillah atas segala yang Allah kurniakan...

Mudah-mudahan lebih banyak jenis makanan yang saya boleh buatkan untuk masa-masa depan.  Teringin juga mencuba lain-lain resepi, mana tau kot-kot hit dan mendapat tempahan kawan-kawan kan...

Jumpa lagi...  Salam Ramadhan...

Jumaat, 19 Julai 2013

Persiapan Raya

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh Ramadhan 1434H.  Sekejap aje masa dan hari berlalu... 1/3 Ramadhan dah nak berlalu pergi.  Agaknya macamanalah pencapaian kita setakat ni kan???  Mudah-mudahan segala amal ibadat kita diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Para ibu, selain daripada sibuk dengan persiapan harian menjalani ibadah puasa...  persiapan hari raya juga nak di ambil kira..  Bukanlah maknanya berlebih-lebih tapi cukuplah ala kadar untuk mengembirakan hati anak-anak.  Kira lebihnya ganjaran pada mereka yang berpuasa.  Kalau yang tak berpuasa, kurang nikmat nak berhari raya ni...  Sebab rutin hariannya sama aje macam sebelum-sebelumnya.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, biasanya pakaian yang saya siapkan at least 2 pasang seoranglah.  Cukuplah, untuk beraya di kampung halaman sebelah abah dan sebelah ibu.  Hari ketiga dan seterusnya biasanya pakai aje baju-baju yang masih baru.  tetapi, ada masa-masa mereka semua murah rezeki... ada ibu-ibu saudara yang 'sponsor' so boleh bergaya sakanlah mereka.

Selain pakaian, biasanya saya cuma sediakan sepasang kasut/ sandal baru setiap sorang.  Yang perempuan dapat extra sebab pakai tudung.  Yang lelaki biasanya songkok masih muat dan kain samping pun yang sama.  Biasalah, budak-budak cepat membesar...  beli setiap tahun nanti membazir takde siapa boleh pakai selepas tu.  So, keputusannya pakai aje selagi muat, kalau dah perlu yang lain barulah dibelikan mengikut keperluan.

Anak memanglah kesayangan para ibu-bapa tapi sedari kecil ni la kita nak kena didik dan asuh cara berbelanja.  Kalau dah tersalah asuh, payah nak dibetulkan.  Memang kekadang budak-budak ni masih belum matang tak faham kenapa kehendak mereka tak semua dipenuhi.  Macam ibu-bapa tak sayang ajekan???  Itulah komen anak-anak saya, kalau apa yang diidam tak dapat dimiliki.  Masa macam nilah nak diterapkan kenapa ibu-bapa mengambil pendirian sebegitu.  Kita cuba tanamkan sifat berjimat cermat dan tak membazir pada benda-benda yang tak perlu.  Anak-anak memang tak boleh faham sangat, tapi kena di didik juga...  Give and take.  Ada yang mereka boleh dapat, ada yang belum boleh dapat dan ada yang mereka takkan dapat.  Bukan perkara mudah, tapi kenalah di usahakan memberi kefahaman kepada mereka.  Cabaran besar ni kan???  Hehehehe...  Saya pun masih belajar dan akan terus belajar untuk mendidik anak-anak ditambah dengan cabaran di zaman sekarang.

Oklah, berbalik pada persiapan raya... Sebenarnya saya baru menempah sepasang baju untuk setiap seorang.  Lagi satu set, masih belum selesai...  In shaa allah dalam masa terdekat, kenalah menjenguk pasaraya juga nampaknya bagi memenuhi keperluan raya kami.  Tak rajin betul sebenarnya di bulan-bulan puasa ni.  Kesian kat diri sendiri dan anak-anak..  Semua akan keletihan aje nanti. 

Nampak gayanya perkongsian tentang raya ni mungkin akan bersambung untuk part-part seterusnya.  So, nantikan saja cerita-cerita persiapan raya kami kali ini..  Ini baru satu bab, belum bab kuih dan biskut raya lagi.  Ok semua... sampai kita berjumpa lagi dalam perkongsian seterusnya.  Jumpa lagi...




Khamis, 18 Julai 2013

Menu makanan bayi

Kali ni, saya nak berkongsi tentang makanan bayi.  Bayi saya kini dah berumur setahun sebulan... Jadi, saya selalu tercari-cari menu/ resepi yang nak saya bekalkan kepada pengasuhnya.  Biarlah saya bekalkan si kecil dengan makanan yang cukup khasiat di samping bekalan susu hariannya.

Sebelum-sebelum ni, saya cuma bekalkan bubur kosong.  Kadang-kadang saya campurkan dengan kurma, lobak dan ada masa saya masukkan buah tin.  Stok memang banyak sebab ayah dan mak baru balik daripada menunaikan ibadah umrah.  Kadang-kadang ada juga saya letakkan madu dalam buburnya.

Itu dulu-dulu masa masih umurnya belum setahun.  Dah setahun ni tambah pula giginya dah ada 7 batang, rasanya saya dah boleh hidangkan dia menu-menu baru.  Apa agaknya yang sesuai untuk bayi seusia dia ni ye???  Alhamdulillah, selalunya saya memang masakkan bekalan dia hampir setiap pagi.  Ada time aje, saya masakkan untuk dua hari terus.  Saya suka kalau bekalan dia fresh-fresh...  Tentu lebih berselera dan boleh rasa kelainan tiap-tiap hari...  Cuma, letihlah sikit.  Sebab keperluan anak-anak lain pun nak kena fikir juga kan???

Semalam alang-alang ke kedai membeli keperluan rumah, saya belikan sekali macaroni.  Terdetik di hati nak buatkan sup macaroni untuk si kecil.  Harapnya dia sukakan menu baru ni.  Saya tumiskan bawang, masukkan sedikit lobak dan dah mendidih baru saya masukkan macaroni yang dah direbus dulu.  Kakak-kakak tengok sup tu pun teringin, tapi si kecil ni tak taulah macamana penerimaannya.  Janganlah dia tak berselera, kesian pulak pengasuh nak kena masak bagai pulak untuk dia nanti.

Esok, terfikir nak buatkan si kecil telur hancur di campur lobak atau apa ek.  Kesian jugak asyik ditambah lobak aje.  Takpelah, in shaa allah, nanti-nanti datanglah idea untuk si kecil ni.  Sambil-sambil meneroka apa yang ada di dalam peti hikmat di rumah nanti.

Satu lagi idea atau menu yang dah saya terfikir nak buatkan ialah bergedil simple...  Cuma, campurkan daun bawang, lobak dan salut dengan telur.  Lepas tu bolehlah digoreng.  Atau mungkin tak salut telur...  So far, si kecil saya ni tak meragam perutnya.  Harapnya, menu-menu baru ibu nak cuba ni tak memudaratkan diri si kecil.

Oklah,  bulan Ramadhan ni menu berbuka pun nak difikir juga.  Tapi, kami takdelah complicated sangat. As long as ada something untuk dimakan, in shaa allah layan aje.  Simple pun dah ok.  Bulan Ramadhan ni kami cuba mengikut saranan daripada ceramah-ceramah agama yang menekankan bulan ni merupakan bulan/ pesta ibadah, bukannya bulan/ pesta juadah.

In shaa allah, bila ada kesempatan dan perkongsian... kita jumpa lagi ye.

Selamat berbuka puasa..


Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan 1434H

Alhamdulillah...  syukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.  Memang banyak agenda yang saya dah rancang... mudah2an semuanya dipermudahkan Allah...  Cuma sebulan dalam setahun Ramadhan tiba... mudah2an kunjungannya kali ni memberi erti berbeza berbanding dengan tahun2 yang lain..Ameen!!!

Di bulan Ramadhan rutin biasa para ibu  tentulah menyediakan juadah berbuka yang dikategorikan menyelerakan... walaupun sebenarnya juadah apa pun tetap menyelerakan saat nak berbuka puasa nanti.

Sebagai ibu yang bekerja, saya takdelah pening memikir juadah harian...  sebab bonda di rumah yang akan rancang menu berbuka dan sahur...  bonda sendirilah yang uruskan semuanya, tinggal saya membantu apa yang perlu... kadang-kadang aje saya yang menguruskan semuanya, biasanya masa hujung minggulah.  Biasalah, dengan anak kecil setahun... susah nak jangka...  jadi bila mood ok bolehlah bersibuk2 di dapur... kalau tidak, pandai2lah curi masa...

Alhamdulillah, anak2 yang besar boleh menolong jagakan adik2... dan kadang2 saya sediakan bahan untuk anak2 buatkan makanan... yang simple mcm popia atau puding... seronoklah mereka sama-sama menyediakan juadah puasa.  Hilanglah letih, lapar dan dahaga mereka...

Setakat ni, menu kami pun biasa2 aje...  kadang-kadang berlaukkan ketam, bawal atau apa saja hasil laut yang en suami bawa pulang untuk kami.  Yang 'special' semuanya fresh... sebab sebaik dia mengutip hasil tangkapannya... terus bawa balik... seronokkan... syukur sebab dapat merasa makanan yang segar.  Bagus untuk kesihatan juga, sebab kita makan makanan yang berkualiti, tapi ada masa kami beli juga di pasar atau bazaar Ramadhan... 

Hari ni dah masuk hari ketujuh, cabaran Ramadhan kali ni nak mengajar anak2 berpuasa...  payah juga rupanya, macam-macam alasan yang diorang beri...  Tapi, alhamdulillah yang 10 dan 7 tahun mampu berpuasa..  Yang 6 tahun tu... separuh hari @ yang yok bolehlah...  Takpelah, nak di ajar perlahan2...  Ikut hati memang nak diorg berpuasa, tapi kenalah bertimbang rasa...  Yang penting didikan tentang solat...  itu pun macam-macam alasan, tapi kenalah bersabar walau kadang-kadang 'naik angin' juga dengan segala macam kerenah budak2 ni...  Kenalah ingat2 masa kita kecil dulu... rasanya sama aje perangainya... cuma, ada masa kenalah bertegas sikit...  kalau tak, lemak berkrimlah semuanyakan...

Oklah, catatan Ramadhan kali ni bertitik noktah di sini dulu.  In shaa allah, ada kelapangan dan cerita akan dikongsikan lagi.

Sekian, salam Ramadhan semua... moga kita semua beroleh pahala yang berganda2 atas usaha gigih sepanjang pesta ibadah kali ini...  Ameen!!!