Khamis, 26 Mac 2015

Penawar Lelah

Kesian tengok anak-anak bila diserang lelah. Serba tak kena. Baring tak selesa, duduk pun sama.

Kalau anak teruna saya, bercakap tak mau... makan-minum pun tak lalu.  Sayu bila melihat keadaan dia.

Syukur alhamdulillah setakat ini.. biarpun kadang-kadang dia diserang, tidaklah sampai ditahan di wad.  Masih berhasil melalui ubat-ubatan.

Tapi, kali ini saya berusaha dengan salah satu produk keluaran shaklee... omega guard...



Seronok betul rasa hati selepas 2,3 hari saya cuba berikan dia dengan omega guard ini... dia beransur baik dan boleh dikatakan hampir 90% kesihatan kembali normal.

Sebenarnya dah lama saya diberitau tentang kegunaan supplemen omega guard ini, terutama buat anak-anak sekolah dan juga untuk anak-anak yang sering diserang asma.  Alhamdulillah, kali pertama menggunakannya, saya mendapat keputusan positif dan sesuai dengan anak saya.

Jadi, kawan-kawan pembaca yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti saya... bolehlah cuba suplemen ini.  Kita berusaha, moga-moga anak-anak atau kita sendiri mendapat kesihatan yang baik  dengan izin Allah.  Pada yang nak mendapatkan bekalan suplemen, boleh inbox saya ye...


Sabtu, 21 Mac 2015

Bengkel Nutrisi Shaklee

Perasaan asal... memang segan bangat. Yelah, niat memanglah nak menambah ilmu didada cuma memandangkan memang zero ilmu didada tu membuatkan saya malu-malu kucing nak melangkah masuk ke dewan. Namun, ku cekalkan hati dan semangat didada... mudah-mudah byk ilmu yg dapat dicedok hari ini...

Terasa semakin cuak, bila bengkel bermula dan trainer maklumkan bahawa sehabis semua sessi... bakal diadakan kuiz... huhuhu... apa la nak jawab nanti agaknya.

Ku cekalkan hati... terus cuba melapangkan dada dan minda untuk menerima ilmu baru dari bengkel yg saya sertai hari ini.

Dipendekkan cerita, bengkel nutrisi ini memang secara langsung mengupas tentang semua produk keluaran shaklee, bahkan lebih byk info tentang shaklee sendiri yang saya perolehi. Memang tak rugi... puashati, seronok... kerana bukan sahaja dapat mengenali shaklee tapi juga dapat menambah kenalan.

Saya dah tau dan dah merasai kebaikan produk-produk Shaklee.  Anda pembaca bila nak mencuba? Jangan tunggu lagi, kalau nak tau boleh hubungi saya...


Rabu, 18 Mac 2015

Pengedar Sah Shaklee

Shaklee bukan satu nama asing pada kita di Malaysia.  Rasanya memang ramai yang menggunakan produk-produk shaklee kerana kita semua tau kehebatannya.

Saya mula berkenalan dengan produk shaklee semasa berpantang anak yang kini dah berusia 3 tahun.  Alhamdulillah, memang tak mengecewakan dan tak merugikan perkenalan tu nampaknya.




Niat asal memang kerana nak menyusukan anak sebolehnya mengikut yang disarankan oleh agama kita. Dalam menjayakan usaha itu, saya diperkenalkan dengan set menyusu bagi membantu mengekalkan momentum tujuan asal saya.  Syukur alhamdulillah, Allah memudahkan usaha murni saya itu dan berjaya mencapai impian nan satu ini.

Daripada situ, memang tak dapat dinafikan kesan produk shaklee ini sungguh mengagumkan saya.  Sepanjang tempoh berpantang saya lalui dengan tenang dan bertenaga.  Satu keadaan yang jarang saya dapat sebelum-sebelum ini.  Tambahan pula dengan 3 orang anak yang lain, memang sangat-sangat membantu.  Kita kekal cergas dan ceria.  Berat badan???  Itu juga satu pencapaian terbaik buat saya.  Mungkin hasil menyusukan bayi sepenuhnya turut membantu penurunan berat badan.

Bermula dari situ, saya mula berjinak-jinak dengan beberapa supplemen yang lain sesuai dengan tujuan kita seterusnya. Tujuan selepas itu, memang anak-anaklah.  Saya gunakan mealshake utk bayi saya tambahan pula dia mengalami masalah eczema.  Alhamdulillah, produk shaklee sekali lagi membantu saya menangani masalah kesihatan.  Kali ni, selain Mealshake saya juga boleh dikatakan sebagai seorang pengguna tegar produk Basic H dan Herbal Blend Cream.  Saya akan pastikan saya tak terputus bekalan, inshaallah.

Mealshake, Basic H dan Herbal Blend sememangnya merupakan set untuk menangani eczema.  Selain itu, HB cream saya gunakan sekiranya anak-anak digigit nyamuk.  Basic H pula memang banyak sekali kegunaannya.  Bahan utama untuk saya mencuci pakaian sekolah (untuk kotoran degil), titikkan setitik ke dalam air untuk meredakan kepanasan badan anak-anak semasa demam, di sapu kalau-kalau ada yang tercedera semasa bermain, kalau ada bengkak juga membantu meredakan radangnya juga jika ada yang disengat serangga.  Alhamdulillah, banyak sungguh kegunaannya.  Dan, harganya juga berpatutan dengan kegunaan-kegunaannya.  Syukur kerana dipertemukan dengan produk-produk yang hebat ini.

Saya bakal berkongsi cerita-cerita shaklee yang lain dalam entri-entri selepas ini. Jumpa lagi. 


Rabu, 11 Mac 2015

Penkek Ceriakan Hariku

Ibu-ibu sekalian...

Pernah tak terasa buntu memikirkan menu sarapan untuk anak-anak ke sekolah?
Itu biasanya dilema diri sendirilah.  Habis fikir, menu untuk esok untuk sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah.

Pagi ni, dalam kekalutan sebab masih belum ada rancangan untuk sarapan mereka... syukurlah, sebab Allah berikan idea membuat penkek ni sebagai penyelamat hariku...

Pagi yang hening, aku bangun lalu terus terfikirkan menu untuk pagi ni.  Ke dapur, intai stok apa yang ada?  Hmmm, gandum ada, baking powder ada, telur pon ada...  Yes!!!  Berpenkek la rasanya pagi ni...  Sambil mula mengambil bahan-bahan diperlukan untuk digaul didalam mangkuk.

Apa yang buatkan aku sangat 'happy', sebenarnya en suami ada belikan sebiji pan kecik yang pada pandangan aku hanya pelaburan yang membazir, entah kenapalah dia belikan pan tu.... rupa-rupanya, pan yang tiba-tiba dibeli tu bakal berkhidmat untuk aku pagi ni...  Siapa sangkakan, aturan Allah begitu rupanya.

Sebelum ni, pernah juga terbaca dalam whatsapp group, kawan2 gunakan pan comel untuk buat penkek... tapi, memang aku tak pernah endahkan... janji penkek jadi, anak-anak tak kisah pun sama tak saiznya...

Bila aku cuba gunakan pan comel tu pagi ni.... hati mula berbunga-bunga.... "eh, betullah kata kawan-kawan, rupa penkek tu jadi sama saiz... takdelah ada yang besar bangat, ada yang bujur, atau macam-macam bentuknya".... hahahaha.... hati ku ketawa girang...

Penkek pun mampu menceriakan hari kita rupanya...

Kira pencapaian aku hari ni boleh dibanggakan, walaupun takdelah boleh lawan rupa penkek orang lain yang lebih cute dan sekata...

Tak kisahlah, janji hati kita bahagia....




Senang pun senang, ini resepinya:

Tepung gandum
Susu segar @ air
Gula
Baking powder
Telur
Minyak @ mentega

Tak ingat pulak dari mana sumber resepi ni, moga-moga tuan punyanya juga mendapat pahala atas perkongsian ni.

Cubalah...

Jumaat, 6 Mac 2015

Bisnes

Bisnes uolls...

Hai, rasanya boleh dikatakan kebanyakan orang dekat atau jauh dengan kita berebut-rebut ingin menjadi ahli perniagaan sekarang ni.  Mungkin keperluan masing-masing menuntut supaya mereka berbisnes, dan mungkin ada yang mengikut apa yang disarankan oleh junjungan  besar Nabi kita bahawa 9/10 sumber pendapatan adalah berpunca daripada perniagaan.

Dalam kesibukan yang lain berniaga, aku sendiri pun turut mendapat tempias untuk menjadi ahli perniagaan nampaknya.  Rasanya macam-macam yang aku jual... namakan sahaja... tapi selalunya produk-produk segarlah... macam hasil laut : ketam, udang, ikan, kepah pun ada... produk pertanian ada  : cendawan segar, jagung, ubi kayu pun tak ketinggalan terutama di musim tengkujuh.  Produk makanan pun turut sama dalam senarai jualan aku : air tangan sendiri tentulah kek oren, kek coklat dan puding.  Produk yang aku tolong jualkan pun ada macam-macam jenis : Dodol, tapai pulut, cheezy cookies, choco jar, chocolate lasagna, karipap frozen juga sambal hitam pahang yang glamer itew...

Banyak sungguh senarainya kan...  Tapi, itu bukanlah  bermakna, aku ni peniaga terkenal atau tersohor.  Tapi, mungkin lebih pada minat.  Seronok rasanya berjual beli, yang penting kita jual barang yang baik dan memuaskan hati para pembeli.

Masih ada satu produk yang aku turut jual, tapi mungkin bakat meniaga tu tak sehebat mana...  Jadi, walaupun aku ni seorang ejen sah bagi produk SHAKLEE... memang terasa kurang handal bab nak melariskan produk yang satu ni.  Why???  Entahlah... rasanya sebab kurang ilmu lagi kot. Sedar pun kelemahan diri sendirikan...

Jomlah kita jamu mata dulu... 








Macamana, ada yang dah meleleh ayaq lioq ka??? Nak tau rasanya, order saja...

# Cuma, untuk produk-produk jualan ku ni... kenalah tengok kesesuaian untuk proses penghantaran...  Yang basah dan segar tu, setakat ni memang tak dihantar jauh-jauhlah ye.  Kecuali self-pickup...  Inshaallah, bolehlah dipertimbangkan #

Jadi, kesimpulan ringkas yang aku dapat... bukan mudah untuk berniaga, tapi tak mustahil untuk berjaya.  Inshaallah, kalau kita rajin berusaha kita pasti akan memperoleh hasilnya.  Cuma itulah, jatuh bangun dalam perniagaan itu perkara biasa.  Tanpa kegagalan manalah kita nak bertemu dengan kejayaankan.

Inshaallah, moga Allah permudahkan urusanku dan aku tak mudah putus asa.  Aamiin...

Khamis, 5 Mac 2015

2 bulan berlalu

Salam sejahtera semua...

Lama betul tak menjenguk ke blog ni...  Hampir setahun jugak tempoh masa yang dah pun berlalu pergi.

Wah! Wah! Apa sangatlah yang sibuknya kita ni, sampai dekat2 setahun mendiamkan diri... menyepi dari berkongsi2 cerita ceriti...

Diam tak diam, 2 bulan di tahun 2015 dah pun berlalu pergi bersama cerita2 tersendiri...  Dah tiba di bulan Mac, bulan menyambut ulangtahun perkahwinan kami nampaknya.  Kisah cinta dan sulaman kasih sayang yang sudah termeteri hampir 13 tahun.  Telah diserikan dengan 2 puteri dan 2 putera kesayangan kami.  Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan pengalaman yang Allah dah berikan kepada kami selama tempoh ni.



Melayari bahtera perkahwinan, bukan sesuatu yang mudah.  Faham2lah, bila dua individu yang berbeza dari hampir segala segi berkongsi satu kehidupan bersama.  Pasti banyak sekali pengalaman, kenangan yang tersisip indah dalam memori setiap pasangan.  Segala susah senang yang dilaluilah yang pasti mematangkan diri setiap dari kita.  Segala susah payah jugalah yang menjadi kayu pengukur keutuhan kasih sayang dan janji yang dipersetujui kedua individu apabila menoktahkan perhubungan dengan perkahwinan.  Perkahwinan dua jiwa yang pasti perlukan pengorbanan, timbang-rasa juga saling percaya.

Bulan Mac, bakal menemukan banyak lagi pasangan yang berjanji setia sehidup semati.  Mengambil sempena cuti sekolah, pasti banyak undangan perkahwinan yang diterima.  Cuma, keadaan sekarang dah agak berubah...  Majlis penyatuan dua jiwa tak lagi memenuhi kalendar cuti sekolah semata-mata.  Mana-mana tarikh, mana-mana bulan juga menjadi pilihan sang dara dan teruna.  Pelbagai faktor telah merubah keadaan semasa.  Kalau dulu, antara faktor penting adalah faktor fizikal satu2 tempat.  Kalau nak menyatukan si dia dari utara dengan pilihan hati di pantai timur atau selatan memang byk yang perlu difikirkan.  Tempoh masa perjalanan ke sesebuah lokasi yang jauh dan lama menyebabkan satu-satu majlis dipilih semasa cuti sekolah.  Ahli keluarga juga tiada halangan untuk berkumpul, kerana anak-anak sedang bercuti.

Itulah perubahan-perubahan yang tanpa kita sedar berlaku di lingkungan kehidupan kita.  Banyak lagi faktor2 lain yang pastinya jadi penyebab majlis-majlis yang kini berlangsung bila-bila masa sahaja.  Namun, apa yang penting, moga2 pilihan hati masing-masing bakal membawa seri dalam melayari kehidupan seharian.  Bukan sedikit yang perlu kita sepakati.  Itulah lumrah kehidupan.

Akhir kata, moga kehadiran Mac kali ini membawa seribu kebahagian buat siapa sahaja.  Bukan sahaja buat yang meraikan cinta baru, malah juga buat para pencinta yang telah seiring sejalan melayari bahtera cinta mereka selama ini.

Selamat Pengantin Baru dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat semua yang meraikannya dalam bulan ini.  Tahniah buat anda semua.