Khamis, 24 Disember 2009

Cuti-cuti Malaysia....

Hehehe.... Esok start bercuti panjang sampai sessi persekolahan di buka.

Anak sulung baru nak masuk sekolah Tahun 1.... so, cuti jugaklah sehari.
Rasanya dia x der masalah kot, x taulah pulakkan...

Oklah semua... jumpa lagi di tahun 2010, insyaallah.

Selamat bercuti ye...

Khamis, 17 Disember 2009

Family Day

Menu kami di pagi ahad nan indah dan cerah



wajah2 ceria dapat berkejaran dan bermain di taman

seronok tengok ikan yang menangkap roti


setelah lama x dapat pegi taman, asyik hujan aje... apalagi masing2, lepas geramlah... next week ibu outstation during weekend... lepas2 tu la bole jalan2 lagi kalau cuaca baik..

memang semuanya seronok dapat ke taman... jawabnya puaslah nak memujuk balik nanti... ngeh3... nak bodek apa lah agaknya...

Isnin, 7 Disember 2009

Sekitar Hari Raya dan Tugasan Luar

Dari sebelum Hari Raya Aldil Adha lagi nampaknya saya asyik outstation. Beginilah nampaknya bila di penghujung tahun... Banyak tugasan luar yang nak diikuti...

Bermula 20 - 21 November, bergerak ke sebelah selatan... Balik2 tu, sambung cuti untuk beraya... Alhamdulillah, tahun ni turut serta dlm aktiviti korban. Dan, x disangka2 ada jugak tempahan kek. xlah banyak, cuma plan sebenar nak buat utk bagi2 kat keluarga terdekat aje. Lain pulak jadinya... Hahahaha... Biasalah, lain dirancang lain yg datang... Alhamdulillah, semuanya ok.

Lagi satu plan, konon nak balik kampung hubby lama sket... pun x menjadi... Dgn last minute nya tempahan kek... so, we all decide to go back after korban activity... Hari Raya Pertamalah jawapannya... Selepas semua aktiviti korban selesai, baru kami bergerak balik kampung. Konon singgah rumah jiran2 utk bersedekah... tapi, tersangkut pulak kena beraya dulu. Dah petang jugak, baru dpt gerak balik kampung... Huhuhu... Kesian ngan family mertua, nasib la x jauh sgt... Alhamdulillah, dptlah bawak balik daging utk keluarga di sana jugak merasa sikit sorang...

semua ada, kecuali Imran... dok tgk tv
yang lain sempat la posing gambar raya

1 - 4 Disember dah terbang ke Pulau Pinang pulak. Attend seminar selama 4 hari... Memang seronok dan sgt berfaedahlah seminar ni... Byk yg dapat di kongsi, di cadang dan di bincangkan... Selain drp itu, dpt jumpa rakan2 baru yg seperjuangan... Baru dpt tau susah senang pengurusan di tempat lain jugak...

Hari ni, baru masuk opis dan seperti biasa di mulakan ngan diskusi setiap pagi isnin... Alhamdulillah, semua nampaknya ok dan byk yg nak diperbetul dan diperbaiki lagi... Moga apa yg dicitakan akan tercapai... Moga Allah permudahkan segalanya... Amin...



Paradise Sandy Beach Hotel, Pulau Pinang