Selasa, 12 April 2011

Skim Perlindungan Perkeso Bhgn 1

Sumber dipetik drp : http://www.perkeso.gov.my

Moga2 artikel drp PERKESO ini, dpt memberi panduan sekiranya berlaku sbrg kemalangan kepada diri anda masing2..

SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.


PERLINDUNGAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

1) Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya.

* Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

2) Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

* Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.
* Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
* Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya (dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu).

3) Kemalangan Semasa Kecemasan

* Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana. Contohnya kebakaran.

4) Penyakit Khidmat

* Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Contoh:

• Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.
• Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.

• Faedah Perubatan
• Faedah Hilangupaya Sementara
• Faedah Hilangupaya Kekal
• Elaun Layanan Sentiasa
• Faedah Pemulihan
• Faedah Orang Tanggungan
• Faedah Pengurusan Mayat
• Faedah Pendidikan

Tiada ulasan: