Khamis, 14 April 2011

Skim Perlindungan Perkeso Bhgn 2

Sumber dipetik drp : http://www.perkeso.gov.my

FAEDAH PERUBATAN

*
Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
* Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih.
* Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja.
*
Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

Cara Tuntutan

Untuk memohon dan seterusnya mendapat rawatan perubatan buat pertama kali, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada klinik panel PERKESO:-
• Borang 21 (Laporan Kemalangan)
• Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan Penyakit Khidmat) atau
• Surat Pengenalan daripada majikan


Bayaran Ganti Belanja (BGB)

Bagi rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan Bayaran Ganti Belanja kepada pejabat PERKESO berkenaan dan untuk mendapat kelulusan tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO.


Cara Tuntutan

Untuk memohon dan seterusnya mendapat tuntutan Bayaran Ganti Belanja, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada pejabat PERKESO:-

• Borang PKS (P) 24 (Borang Tuntutan Perjalanan Bayaran Balik)
• Borang PKS (P) 26 (Laporan Tuntutan BGB Am)
• Resit asal
• Salinan Kad Rawatan (Appointment Card)
• Salinan Laporan Perubatan (jika ada)


FAEDAH HILANGUPAYA SEMENTARA

Pembayaran Faedah

* Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk mendapat pembayaran,jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
* Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:

* Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
* Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan)


Cara Tuntutan

Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

• Borang 21 (Laporan Kemalangan)
• Borang 10 (Borang Tuntutan)
• Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
• Salinan Kad Pengenalan
• Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)

Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:-

• Laporan Polis
• Peta lakar tempat kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:-

• Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
• Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
• Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
• Borang 10 (jika ada cuti sakit)

Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan. Tempoh Lapor Kemalangan Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.


FAEDAH HILANGUPAYA KEKAL

Hilangupaya kekal ertinya hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu. Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.


Tempoh Tuntutan

Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.


Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan Orang Berinsurans dan tertakluk kepada kadar minimum RM10.00 sehari manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.

Cara Tuntutan

Orang Berinsurans harus membuat permohonan bertulis kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan dan untuk dirujuk kepada Jemaah Doktor sila lampirkan sekali dokumen-dokumen berikut:-

* Borang Permohonan
* Salinan Kad Pengenalan
* Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
* Borang 10 (Borang Tuntutan)
* Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
* Nombor dan salinan buku akaun bank untuk pembayaran terus ke akaun simpanan.


Cara Pembayaran Faedah

Kes akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilangupaya. Orang Berinsurans akan diberitahu taksiran tersebut. Sekiranya hilangupaya kekal itu ditaksirkan tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara berkala walaubagaimanapun, pekerja boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal atau sekaligus. Sekiranya taksiran hilangupaya kekal itu melebihi 20%, bayaran dibuat secara berkala walaubagaimanapun pekerja boleh memohon supaya bayaran 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan baki kadar harian faedah tersebut dibayar secara berkala dan secara pencen bulanan sepanjang hayat. Orang Berinsurans yang sedang menerima faedah hilangupaya kekal masih boleh meneruskan pekerjaannya. Sekiranya Orang Berinsurans atau PERKESO tidak berpuas hati ke atas taksiran tersebut, permohonan rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan Jemaah Doktor disampaikan kepada Orang Berinsurans.


ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)

Orang Berinsurans yang menerima taksiran Hilangupaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.

.... bersambung....

Tiada ulasan: