Rabu, 6 Januari 2010

Bermulanya diari 2010

Salam Tahun Baru pada semua yg membaca catatan perjalanan hidup aku ni... cecece... lebih kurang gitulahkan...

Aku ni memang x terrer bab mengarang2 ni... x pandai ayat2 berbunga dan puitis... hentam keromo jek..

Takpelah.... lupakan bab tu... aku nak mencatatkan sikit mengenai perkembangan terkini hidup aku... tahler perkembangan ke kemunduran ke... hihihi... hidup aku, biarlah aku yg tentukan dgn petunjuk Allah... mudah2an...

Bermulanya tahun 2010 ni... ada jugak perkara2 dan azam baru dlm hidup ni...

Pertama - aku dah berpindah ke rumah famili aku semula. Bukan apa, sewa rumah pun, cuma mengkayakan tuan rumah jek... duduk jarang2 sgt, sampaikan tanaman di rumah aku tu cukup subur tanpa baja dan jagaan... hehehehe... faham2lah kan...

Kedua - anak sulung aku dah mula bersekolah di Tahun Satu... Sekolah turun temurun kami. Kalau nak tau... hihihi... sibuk jek nak bgtau... bahawasanya, datuk aku dulu merupakan guru besar pertama sekolah kebangsaan tu... kami adik beradik memang bersekolah di situ... dan anak aku cucu pertama yg menyambung perjuangan kami nampaknya. Cucu2 lain di Selangor dan Indera Mahkota...

Ketiga - aku sebenarnya memasang angan2 utk menjadi pekerja yg lebih baik pd tahun ini... itu ayat yg generalkan... tapi, apa yg aku inginkan... aku dpt jd pekerja yg sentiasa bersemangat dan dpt memenuhi kehendak ketua aku... nak memotivasikan diri sebenarnya... rasa mcm tahun lepas, aku kurang semangat sikit... byk nak kena tunning semula ni... hehehe... doakan aku yek

Keempat - for sure for my personal life. Nak perbaiki diri sebagai seorang isteri, ibu dan anak... Dan, yg paling aku nak perbaiki diri ni... bab ilmu2 di dada... terasa byk yg kurang... yg aku rasa nak sgt improved... bab ilmu agamalah kan... lain2 ilmu keibu-bapaan, IT dan finance. Bukan bermaksud yg lain x penting... tapi yg aku nak fokus... yg lain tu, xlah aku nak lupakan pulak.

Kelima- bab riadah, memang kalau bole nak aje aktif... tapi, mengenangkan anak2. Aku xlah actively involved sgt kot dlm aktiviti sukan. Mana yg ada kesempatan, insyaallah aku join. Lagipun, dah ramai muka2 muda dan baru yg muncul sekarang, rasanya x de masalah. Aku sentiasa menyokong... insyaallah.

Rasanya, itulah catatan aku kali ni... Saje berkongsi cerita... Mudah2an apa yg aku impikan akan tercapai. Kalau x sepenuhnya, harapnya aku ada improvement... Hehehehe...

Moga2 segalanya dipermudahkan Allah.... Amin...

Tiada ulasan: