Rabu, 17 Februari 2010

Kisah Teladan...

Pesanan penaja : Ilmu untuk di kongsi bersama dari seorang hamba Allah

Alkisah seorang remaja Islam yang sihat tubuh badan telah ponteng sembahyang

Jumaat. Sebaliknya dia telah masuk ke ladang kelapa sawit untuk memburu ayam

hutan. Dengan berbekalkan selaras senapang patah dan beberapa kotak peluru,

dia telah masuk ke dalam ladang tersebut seorang diri. Sedang dia terhendap2

di dalam rimbunan semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor harimau yang

sedang tidur lena.

Dia berasa sungguh terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur

ke dalam gaung sementara dia pula tergolek ke arah lain lalu jatuh ke atas

sebuah batu besar dan.. PRAKKKK! Akibatnya kedua2 kakinya patah. Adapun ini

bukanlah suatu berita buruk untuknya. Berita buruknya adalah harimau tadi

telah terjaga dari tidur, menuruni gaung tersebut dan menghampiri remaja

tersebut dengan bengis sekali, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak

lagi.

"Ya Allah," doa remaja tersebut,"Ampunilah dosaku kerana telah ponteng

sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku

ya Allah. Makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburu ku ini

HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.." seru remaja tersebut

penuh keinsafan.

Tiba2 guruh berdentum! Petir sambar menyambar. HARIMAU tadi tiba2 terhenti

betul2 di hadapan remaja tadi.

Harimau itu telah bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan

santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut

pun berdoa:

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"

Tiada ulasan: