Selasa, 21 Disember 2010

Iman Semut Vs Iman Manusia

Buat renungan bersama..........

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang
kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya kepada semut:
"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun
menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di
atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan
hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di
atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil
gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi
tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila
cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek

kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali
dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris
sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali
ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa
mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur,
3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi
kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi
sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:
" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di
tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan pelbagai SOGOKAN yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat
dari iman manusia.

Wallahua'lam.


Tiada ulasan: