Jumaat, 24 September 2010

Sedikit perkongsian

Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bim ban g. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .............kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Sumber : Kiriman e-mail sahabat

Khamis, 23 September 2010

Ramadhan telah berlalu...

Alhamdulillah.... dah pun berada pd 14 Syawal 1431 H.

Suasana raya yg sememangnya sentiasa meriah. Berkumpul ramai2 sanak saudara, berkunjung ke rumah saudara mara dan handai taulan... Syukur kerana kita dapat meraikan kehadirannya lagi.

Moga amalan berkunjung dan bermaafan ni akan berterusan dan x dilupakan...

Antara gambar yg dapat di abadikan... sikit aje... yg lain habis dah di delete dek anakanda yg bertuah... hu hu hu...

sekeluarga di hari raya


berempat, lagi sorang sedang bersiap


ngan anak2 dan anak sedara beraya

Moga2 dapatlah bersama2 lagi tahun hadapan... amin...

Selamat beraya semua... maaf zahir batin...