Isnin, 21 Mac 2011

Kawan @ Lawan

Kawan...
Memang penting dalam hidup kita...
Selain keluarga, merekalah org2 rapat di sekeliling kita... yg selalunya berada di samping ketika suka dan duka...  Insya Allah...

Lawan...
Mudah2an dijauhkanlah dari hidup kita.
Seperti pepatah zaman sekarang...
Kita kawan2, tak mau lawan...
Kerana, tiada sebarang kebaikan kepada kita ataupun org yg dipanggil lawan kpd kita...
Seperti yg di anjurkan oleh Islam...  supaya sentiasa menjaga silaturrahim kerana sungguh byk faedah dan kebaikan kepada semua... Dan, insya allah... Allah sayang dan merahmati org2 yg menyayangi keluarga dan sahabat2 @ kawannya...

Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36 :

Ertinya :

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "

Tiada ulasan: