Bagaimana nak memulakan bicara kali ni.... Tahun 2011 ni, walaupun masih agak baru... lebih kurang suku tahun... tapi byk catatan dan peristiwa yg berlaku.. dalam kehidupan ku juga kisah2 di pejabat...
Mac dah pun menjengah kita, ini bermaksud... kami akan kehilangan pergi seorang yg sangat komited dan berkaliber dlm kerjayanya yg sememangnya byk menabur budi kepada pejabat kami... Kehilangannya pasti amat dirasai kerana komitmen, pandangan dan usahanya bukan sedikit yg telah ditaburkan pd kami. Jadi, utk mendapat pengganti sepertinya... bukanlah mudah... dan belum tentu kami akan mendapat seseorang yg sehebatnya...
Tiada apa yg dapat kami persembahkan bagi menunjukkan tanda penghargaan kami yg tidak terhingga ini... Sesungguhnya hanya Allah yg mampu membalas segala jasa baiknya yg telah dihulurkan kpd kami...
Pepatah berbunyi " Patah tumbuh, hilangkan berganti" tapi kepergiannya pasti banyak membawa kesan kepada kami... Kerana sesungguhnya... dia x pernah patah semangat dan sentiasa mengambil berat terhadap semua tanggungjawabnya...
Kadangkala... kami terfikir bagaimana dia mampu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga... kerana dia bukan calang2 orang... tapi alhamdulillah dia masih mampu mengawal dan mempastikan kerjayanya berjalan seiringan.
Hanya doa yg dapat kami panjatkan agar kehidupannya sentiasa diiringi rahmat dan perlindungan Allah. Mudah2an ditempat baru, dia terus sukses dan dlm masa yg sama bahagia dgn keluarga tercinta...
Terima kasih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan