Jumaat, 1 April 2011

Tips Kesihatan

Alhamdulillah... Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan kita.

Jadi kesempatan ini, saya nak berkongsi sedikit tips kesihatan = bbrp tips utk menguruskan badan...chewah!!! Saya sendiri belum mencuba a.k.a tak taulah berupaya atau tidak mengikut saranan yg diberikan ni... Mudah2an, kita sama2 mencuba dan moga2 usaha kita akan berjaya... Pada sesiapa yg rasa bermasalah dgn tubuh badan tentu terasa ingin mencubakan.... GUD LUCK!!!

3 saranan penting:

1. Lakukan senaman
Melalui senaman akan dpt membantu mengeluarkan segala lemak2 yg terkumpul di dalam badan. Secara tak langsung, senaman juga dpt membantu menguatkan jantung kesayangan kita insya allah..
Antara senaman yg mampu membantu usaha kita spt: aerobik, berjogging & berbasikal.

Tapi, jgn memandang mudah dgn aktiviti senaman kerana kita perlu memulakannya dgn aktiviti memanaskan badan selama lebih kurang 10-15 minit. Slps itu, barulah kita boleh meneruskan aktiviti yg telah kita pilih selama lebih kurang 45-60 minit. Jgn tergesa2 untuk mengakhiri aktiviti senaman kita kerana spt majlis2 lain kenalah ada penutupnya. Jadi kita boleh mengakhiri senaman kita dengan menyejukkan badan juga selama lbh kurang 10-15 minit.

2. Diet
Diet yang dimaksudkan ialah mengambil makanan mengikut jumlah kalori yg diperlukan oleh badan seseorang dgn secukupnya. Jgn berlebih atau berkurang.Dan jgn sesekali berdiet sehingga tak langsung menjamah makanan...

3. Tidur
Sama seperti diet, tidur utk seseorang juga perlulah cukup. Jgn sesekali tidur berlebihan kerana ia merupakan salah satu punca yg menyebabkan seseorang boleh menjadi gemuk.

Okay, rasanya cukuplah perkongsian ilmu kita utk kali ini. Mudah2an tips ini mungkin dpt membantu sesiapa yg memerlukannya. Pada yg tidak bermasalah... berbahagialah mereka, tapi ingat. Apa2 pun, kesihatan perlu di jaga..

S E L A M A T B E R J A Y A

Tiada ulasan: