Rabu, 25 Mei 2011

Tips Memilih Perfume

Ok kawan2... apa kata hari ni kita berkongsi tips apabila nak memilih perfume utk diri sendiri ataupun berkira2 utk menghadiahkannya pd org tersayang mungkin...
------------------------------------------------------------------------------------

Setiap perfume mempunyai akronim EDC, EDT, EDP yang mewakili peranan yang berbeza yang tertera di setiap botolnya. Berikut adalah maksud akronim-akronim tersebut:

1. Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen pewangi. Ia cuma mampu bertahan sehingga tengahari.

2. Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen pewangi dan sedikit semburan cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.

3. Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen pewangi. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.

Oleh itu, jika anda ingin membeli perfume, pastikan anda membeli perfume yang mempunyai akronim EDP kerana ianya adalah yang paling berkualiti.

Semoga mendapat manfaat dari info ini. Terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Kiriman e-mail sahabat

Tiada ulasan: