Rabu, 3 Ogos 2011

Raksasa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dah masuk hari 3 di bulan Ramadhan... belum terlambat utk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua... mudah2an kita sama2 berjaya mengerjakan ibadah puasa pd tahun ini serta beroleh ganjaran drpnya... insya allah.

Teringat pd kata2 seorang penceramah tentang peluang kita dapat berpuasa pada kali ini... pendapat beliau bahawa sebenarnya kita adalah antara insan pilihan kerana masih mendapat peluang utk menjalani ibadah puasa kerana sesungguhnya Allah memberi peluang kepada kita untuk menerima hadiah yang tak ternialai di bulan Ramadhan ini... seperti yg kita tahu, bulan Ramadhan penuh dgn rahmat dan pahala berganda yg telah Allah janjikan pd siapa yg berjaya menjalaninya dgn penuh ketakwaan...

Apa kaitan dgn tajuk entri ni kan??? R A K S A S A... huhuhu... macam takde kesinambungan ajekan...

Ini bukan kisah raksasa yg berlawan dgn otomen/ masked rider yg kanak2 suka tonton di tv... Ini raksasa yg penceramah tersebut gunakan sbg perumpamaan bg apa yang berlaku pd masyarakat sekarang... Mungkin pd sesetengah org perkataan raksasa agak kasar... tapi itulah hakikat sebenar kalau kita fikirkan... Cubalah kita renung2kan apa peringatan yg hendak disampaikan oleh beliau kepada kita.

Apa yg di sebut beliau hari ini... "Banyak manusia yg sedang membela 'raksasa' di rumah"... Raksasa itu di tujukan pd anak2 kita di rumah... Nak dinafikan mmg dah jelas dan nyata dlm keadaan dunia skrg... Gelaran raksasa kerana kebanyakan anak2 yg dibesarkan sekarang... menjadi anak2 yang mungkar dan derhaka... Takutkan bila mendengar pernyataan ni...

Inilah cabaran membesar dan mendidik anak2 generasi sekarang. Sebelum terlambat, eloklah kita sedar dan cuba mengambil langkah sesuai menangani atau mengelak drp berlakunya keadaan sedemikian di rumah kita...

Pesanan beliau, pd umur 0 hingga 6 tahunlah umur yg sangat2 perlu kita beri perhatian... kerana pd usia inilah apa yg diterima kanak2 akan membentuk keperibadian mereka... Pd usia ini, kanak2 tak banyak soalan... lbh pd penerimaan... apa sahaja yg sering kita berikan atau mereka lihat... secara terus mereka terima tanpa sebarang tapisan atau saringan... Hebatkan ciptaan Allah... Tapi, ada juga cabarannya kerana adalah menjadi peranan kita untuk menentukan apa yg patut menjadi sajian harian mereka kan???

Moga2 sedikit perkongsian kali ini, dpt membuka mata kita semua agar beringat demi kebaikan kita dan anak2 di masa hadapan. Sama2lah kita mengambil iktibar daripada nasihat yg baik demi memperkukuhkan keimanan umat Islam dalam mendepani cabaran harian... Ameen!!!

2 ulasan:

Lieza berkata...

melentur buluh biar dari rebungnya..
hihihi.. semoga anak2 kita nanti lebih mudah untuk menjalani perintah ALLAH dan meinggalkan laranganNya

eiyda berkata...

Ameen!! Mudah2an begitulah hendaknya... insya allah dengan izinNya...

Kita pun nak kena byk muhasabah dan bersabar jugak... banyak dugaan skrg ni... Hehehe...

Gud luck... to all of us...