Jumaat, 20 Januari 2012

Anak bertuah

Hai... Bertuah sungguh anak2 ni...

Jam 3 lebih budak berdua ni jaga dan memujuk En Suami nak minum Ribena... haus agaknya, sebab diorang tidur awal...

Aku terjaga, kasihan pulak dgn En Suami yg baru balik dari mengambil stok utk jualannya esok pagi.

Aku gagahkan diri, memujuk anak2 yg berdua ni... Adik mcm nak tidur... Tinggal menggosok2 badan si kakak yg mmg dah perangainya nak tidur mcm tu...

Baru aku baring sambil terus menggosok badan si kakak, tiba-tiba si adik bangun... mencari Iqra' katanya.

Adoyai... jam dah menunjukkan jam 4.15 pagi... Sabar jek la...
Bila aku kata Iqra' nya tinggal di rumah sebab kami bermalam di rumah nenek mereka... Dia nak pinjam si kakak punya pulak... Ish!!! Mati kutu di buatnya.

Bangun lagi sekali mencari di mana pulak letaknya Iqra' kakak. Bila dah jumpa, dia siap bersila, mintak rehal dan songkok nak mengaji katanya...

Ya Allah!!! Mimpi apalah agaknya dia tadi... sampai nak mengaji di pagi hari ni... Dah mcm org bangun Tahajjud pulak rasanya...

Apalagi, layan ajelah anak yg tengah berkobar2 tu. Bukan dia kira waktu tu jam berapa, dia mengaji mcm biasa... dgn suara kuatnya... dan seronok bila bacaannya betul. Kikiki... Lawak juga bila aku ingatkan semula...

Kakak pun sudahnya tumpang sekaki, tapi dia cuma baring pd asalnya. Dah 'syiok' dia pulak tolong ajarkan sekali. Bila ditegur rendahkan suara... dlm suara berbisik dia menyebut sambil bertanya samada kita dgr tak sebutan dia... memang anak bertuah betullah!!!

Melayan mereka sampailah ke waktu subuh... Tak tidur2 juga... mcm2 pulak aktivitinya. Yang mewarna, yang menulis...

Ya Allah!!! Memang mencabar mataku yg menahan mengantuk ni... Sabar ajelah... Itulah dugaan nak membesar dan mendidik anak2...

Mengenangkan hal ni, terfikir juga... Agaknya masa aku kecil dulu camnerlah ye... jgnlah meragam macam2 hendaknya... Malu jugak... Hehehehe...

Mudah2an Allah permudahkanlah tugas ku sepanjang nak membesar dan mendidik anak2 aku ni.

Moga dijauhkanlah dr sebarang masalah atau apa jua yg tak elok... Ameen!!!

2 ulasan:

Lieza berkata...

hahahha.. seronok baca..
bagusss ye akak.. x patahkan semangat anak.. walaupun kul 4 pg bangun nak baca iqra' hihihi... semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita dalam mendidik anak dengan jayanya.,,
aminnn

eiyda berkata...

Layan ajelah... Kalau dia x tido, kita mmg xleh tido jugak...

Janji dia suka... dan minat... alhamdulillah dah tu...

Tunggulah turn Lieza nnt... tah apa2 pulak ragam anak... Hihihihi...