Selasa, 30 Julai 2013

Permulaan cerita

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kek pelanggan, terkenang kisah dulu-dulu.  Kisah bermulanya saya terjerumus dalam hal ehwal tempahan kek oren.  Asalnya, hanya ambil tempahan kek coklat kukus di pejabat.  Tak pernah merancang untuk mengambil tempahan kek lain atau apa-apalah selain daripada kek coklat kukus tu.  Tak pernah terlintas di kotak fikiran pun...

Nak dijadikan cerita, dalam kesibukan mengambil tempahan kek coklat, ada seorang kakak di pejabat bertanya kalau-kalau saya boleh buatkan kek oren.  Nak kata saya biasa buat memang tidaklah, tapi kadang-kadang memang ada buatkan untuk makan-makan dengan keluarga  disebabkan mak dan ayah tak berapa sukakan kek coklat.  Jadi memang ada masanya saya buatkan kek mentega atau kek oren.  Mulanya, saya tak berani nak terima tempahan tersebut.  Cuma, bila diberitahu yang kakak yang teringin nak makan tu ada masalah kesihatan, dan tak lama lagi nak buat pemeriksaan di IJN saya gagahkan juga terima tempahan dia.  Dalam hati dok berkira-kira harapnya adunan dan air tangan saya tu kena dengan selera dia.  Syukur alhamdulillah, kek yang diadun menjadi elok.  Dan komen kakak tu juga bagus, jadinya saya tak risau nak terus menerima tempahan bila-bila masa.

 rupa kek oren yang sudah di potong... sedap...
tak percaya kenalah cuba

Daripada situ, saya teruslah menerima tempahan kek oren especially pada orang-orang yang nak bertukar angin.  Kek coklat dah biasa dan mudah didapati.  Kek oren memang agak payah nak dapatkan.  Setakat ni, rakan-rakan di tempat kerja selalu juga menempah.  Taklah kerap, tapi sesuailah dengan status saya yang bekerja.  Sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang sambil memenuhi hajat-hajat orang...  Saya seronok aje dengan keadaan sekarang.  Sebab sesekali dapat agak banyak tempahan terutama di musim lebaran, saya agak tak selesa kerana ada deadline. Pening juga, terutama bila ada baby ni kan...  Harap-harap baby taklah meragam kali ni...  Ada juga tempahan yang dah menunggu tu...  Harap dapat kerjasama daripada anak-anak.

Oklah, kita tunggu dan lihat ajelah apa akan jadi nanti ye...  Hihihi...


Tiada ulasan: