Khamis, 15 Ogos 2013

Lebaran yang dirai

Alhamdulillah...  Dah menginjak ke 9 Syawal 1434H hari ni.  Bermakna sudah seminggu lebih umat Islam seluruh dunia meraikan hari kemenangan...  Syawal yang di nanti...

Seronok bercerita tentang Syawal kerana dalam bulan ni...  kita boleh mengunjungi sanak saudara, rakan taulan walau di mana saja...  Yang dekat, yang jauh... semua sibuk balik kampung beramai-ramai... hinggakan bandar-bandar kosong dan lengang.  Itulah penangan hari lebaran, yang berjaya menyatukan hati-hati para umat Islam di seluruh ceruk rantau...  Hebat sungguh pemandangannya..

Masa ni, ibu bapa di kampung memang ceria semuanya.. Manakan tidak anak cucu semuanya pulang ke kampung halaman.  Sama-sama memasak dan menyediakan juadah hari lebaran...  Seronok tak terkata.  Sebelah malam kanak-kanak beramai-ramai pula bermain bunga api.  Hiruk-pikuk sekali suasananya.

Itulah suasana raya di kampung halaman kita.  Tapi, dalam kita umat Islam di Malaysia ni bergembira... terkenang juga pada rakan seagama kita yang sedang dalam kesulitan di merata tempat.  Syukurlah atas kurniaan Allah pada kita semua.  Tak dapat nak membayangkan keadaan di tempat mereka semua.  Moga-moga Allah membantu mereka walau di mana pun mereka semua berada.  Moga Allah melindungi mereka semua termasuk juga sekalian rakyat Malaysia ni.  Bersyukurlah kita dengan keamanan dan kemakmuran yang kita perolehi.  Sama-samalah kita  mempertahankannya...

Ok, berbalik tentang hari lebaran kita tadi...  macam biasa-biasa aje sambutan kami sekeluarga...  Balik kampung mertua dan beraya di kampung sendiri macam selalu.  Menziarah sanak-saudara, memenuhi jemputan walimatul urus...  itulah antara agenda mengisi perut kami... selepas sebulan berpuasa... Hahaha...  Sebulan puasa turun sikit berat, tapi dalam sehari dua aje rasanya berat dah kembali ke asal...  manakan tidak, segala butter, marjerin, santan dah ditelan dalam tempoh 7 hari beraya.

kami sekeluarga


bersama anak perempuan dan adik perempuan nan sorang


Syawal ni juga, kita berpeluang untuk meneruskan momentum Ramadhan dengan berpuasa Syawal sebanyak 6 hari...  In shaa allah, moga-moga kita semua dipermudahkan segala urusan dan berjaya berpuasa 6 pulak ye...  Dah habis puasa 6, tentulah lebih syok berayakan...

Mudah-mudahan Syawal yang diraikan membawa sejuta kebahagiaan dan Ramadhan yang berlalu pergi akan terus di nanti.  

Salam lebaran buat semua...

Tiada ulasan: