Selasa, 21 Januari 2014

Kisah Penyusuan Susu Ibu


 Hai rakan-rakan pembaca semua...


Apa khabar hari ni ye?  Mulakan hari kita dengan ceria...  Inshaallah semuanya akan ceria dan bahagia..

Nampaknya ini post pertama di tahun baru...  dah 21 hari rupanya...

Bukan nak menyepikan diri... cuma macam takde apa yang nak di share di sini... so, faham-fahamlah ye...  Diam lebih baik, tapi tetap mengikuti cerita-cerita di sekeliling...

Kali ni, cuma nak berkongsi rasa gembira kerana hingga ke hari ni... masih berjaya menyusukan anak kecil yang dah tak berapa nak kecil... dah berumur setahun 7 bulan...

Memang niat di pasang sedari awal mengandungkan dia...  Yelah, rezeki dia...  Yang lain dulu... dunia IT masih kurang meluas... ilmu penyusuan, penjagaan bayi masih kurang... jadi rezeki yang lain dulu taklah semewah si kecil ni...

Syukur sangat kerana masih berjaya, walaupun dalam hati dah tertanya-tanya bilalah si kecik ni nak kurangkan menyusu ni... Hahaha... teruk jugak ibu sorang ni kan...

Orang lain, berkobar-kobar nak menyusukan anak tapi tak berapa berjaya... yang kita pulak terfikir-fikir nak berhenti menyusukan bayi... tak baik betulkan...

Itulah dilema ibu bekerja...  Selagi menyusukan bayi... agak payah nak berenggang... maksud lain... nak bekursus di luar atau kerja-kerja luar memang kena lupakan atau memang kena plan betul-betul dulu. Kalau tak sendiri yang susahkan...  Hehehe...

Apa-apapun memang bersyukur sangat-sangat sebab at least ada juga impian yang terlaksana.  Rasa gembira dan syukur tu memang sukar nak digambarkan.  Hanya yang berjaya melaksanakan misi yang memahaminya... Kan???

Oklah, cukuplah celoteh kali ni.  Bukan ada perkongsian sangat, cuma berkongsi rasa kali ni..  Menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi dengan anugerah yang tak semua orang dapat ni...

Sekecil-kecil anugerah pun tetap kena hargai.  Nilainya tentu berbeza buat setiap individu...  So, syukurilah apa yang kita ada... selagi kita diberi peluang menikmatinya...

Sikit atau banyak... semuanya terpulang pada kita...  Sikit pada kita mungkin banyak kebaikan pada orang lain...

So, kesimpulannya... syukurlah selalu dengan segala yang kita ada...

Ok semua... jumpa lagi di lain kali...  Moga titipan kali ni dapat memberi inspirasi buat ibu-ibu lain dan juga bakal-bakal ibu yang sedang merencana kehidupan terdekat ini.



 

 

Tiada ulasan: