Rabu, 3 Jun 2015

Terkini dari Kuantan

Oh No! Lama jugak rupanya tak menjenguk blog ni... Tak menjenguk, maksudnya tak ber'update'lah citer dalam ni kan???  Ngehehee...

Terasa diri bizi bebenorlah kononnya.

Bizi jugaklah kategorinya bulan lepas.  Siang bekerja... malam pun dah belajar2 bekerja sambilan secara aktif sikitkan.



Sebelum ni, dah setahun lebih jugak kenal dan guna produk kesayangan ni... tapi, belumlah terfikir untuk mengaktifkan diri untuk menjual dan mempromosi pada rakan taulan.

Tak pasti apa faktor utama yang jadi pendorong.  Maybe tawaran2 hebat yang tersedia bulan lepas... menyebabkan saya menambah 'sikit' kelajuan meniaga tu daripada sebelum2...  Hihihi.

Kiranya baru bulan kedua pun membuat jualan... syukur alhamdulillah, nampaknya berbaloi jugak setakat ni.  Syukur juga dgn rezeki yang Allah kurniakan.  Tanpa izinnya, mustahillah... saya mula mampu merasa imbuhan daripada kerja keras dan usaha saya.  Tapi, baru setakat senyum simpul...  Tak sampai tahap senyum lebar lagilah...

So, bulan ni momentum tu masih ada... inshaallah, jika Allah izinkan...  saya akan teruskan usaha...  Moga2 cerita2 gembira akan terus mengiringi perjalan hidup kami sekeluarga.

Namun, saya memang tak lupa... sokongan yang en. suami berikan...  Alhamdulillah, dia memberi sokongan dan ruang bagi saya untuk memberi sikit fokus dalam 2 bulan ni. Syukur Ya Allah!

Oklah... tak boleh nak cerita2 panjang bebenor... sekarang terasa sangatlah masa itu emas...

Ok, cerita lain pulak nanti...

# orang kuantan, bole jenguk fb saya... Rosnida Eiyda...

Tiada ulasan: