Khamis, 28 Julai 2011

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianyabagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Sumber : http://www.muip.gov.my

Ngeteh with Volleyballers

Alhamdulillah, sessi ngeteh before Ramadhan... sempat lagi... huhuhu.

Lokasi : Sara Thai Kitchen, Kuantan

Takyah citerlah... tengok gambar aje cukup... kalau nak citer, panjang pulak nanti.. Actually, ini sessi 'appreciation' buat semua dr coach hingga kepada semua pemain yg sudi bersama2 di SUKUM 36 aritu...

TQ semua ye... Teruskan perjuangan anda!!!












Isnin, 25 Julai 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...

Hari gembira buah hati kesayanganku... Seronok mereka berdua meraikan dgn kek masing2...

Alhamdulillah, moga2 mereka berdua akan menjadi anak solehah dan soleh nanti... Ameen!!! Thank you Allah...

Hari Ulangtahun Athirah yang ke-5 (25/06/2011)





Ulangtahun Kelahiran Imran yang ke-4 (23/07/2011)



Isnin, 18 Julai 2011

I Like...

١ﻠﺴﻼﻢ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮ ﺮﺤﻣﺔ ﺍﻠﻟﻪ ﻭ ﺑﺮﻜﺎﺗﻪ

Huuuuuuuuuuuuu..... lama jugak meninggalkan kampus.... meninggalkan tugas rutin pejabat dan menggantikan sebentar dgn tugasan tambahan (ini kes cari pasallah ni...)

Bbrp hari mengerah keringat (cekunun)... duduk di kerusi Pengurus Pasukan Bola Tampar Wanita U kami ke Kejohanan Sukan Staff Universiti Malaysia di Melaka.... (first time ever.... mencuba utk menggalas tanggungjawab baru... sambil mengasah bakat diri... hehehe.)


Huh!!! Berat sebenarnya tugasan ni, tapi cuba jugalahkan... tambahan kepercayaan dah diletakkan di bahu kita... cuba ajelah yg terbaek!!! (walaupun tah apa2...)

Banyak yg aku belajar dan banyak yg perlu aku perbaiki.... Harapkan pengalaman sendiri semasa menjadi atlit utk acara berpasukan... sedikit sebanyak membantu tugasan aku... dan yg penting kerjasama semua ahli pasukan...

Pengalaman pertama aku dan juga pengalaman pertama team volleyball... kami sedar masih byk kekurangan dan ilmu yg perlu ditimba.... tempoh x sampai sebulan berlatih , mmg x mencukupi... nampaknya kenalah mereka berterusan berlatih... Insya Allah, nnt pasti membuahkan hasil... tapi, taulah... dalam lingkungan umur sekarang bukan mudah nak dptkan komitmen player utk berlatih secara intensif...

Mudah2an.... dptlah kerjasama drp kakitangan lain yg berbakat... dan, usaha mereka akan membuahkan hasil yg baik.... Insya Allah.

Aku masih belum ada keputusan, sama ada nak meneruskan perjuangan bersama2 mereka sbg pengurus atau tidak... itupun, entah masih khidmat aku diperlukan atau tidak... kekekeke...

Tunggu!!!!

* Yang penting di SUKUM 36 ni aku dpt jumpa kengkawan lama (Julie) and also my ex-coach and officer of UiTM (Kak Haslah n lain...)

Jumaat, 1 Julai 2011

- JUN -

"Tadi saya jumpa Jun lah"

"Sape Jun tu??"

"Perut dia besar, dia ketawa HaHaHa..."

"Ooo... barangkali itu Jin"

"Ye, itu Jin lah"

HaHaHaHa.... simple, tapi komedinya sampai. Byk sekali ayat2 filem arahannya yg sungguh mencuit hati dan terus diingati… Tak terkira dan tak tersebutlah segala tajuk cerita arahan Allahyarham.

Walau beribu kali di ulang, tetap ketawa tak kering gusilah kata kebanyakan orang... Sungguh hebat idea dan karya seniman nan seorang ni...

Cerita dan lawaknya... bukan sedikit pengikutnya... tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama...

Cerita2 nya memang penuh komedi... tapi, kalau kita perhatikan... penuh sindiran dan boleh kita katakan kebanyakannya menjadi kenyataan kebelakangan ini...

Sedarkah kita semua...

Macam kebetulan pulakkan…

Komedi bersahaja…. Tapi ada mesej yg hendak di sampaikan…

Bukanlah tujuan entry ni nak mengulas filem2 Allahyarham…. Tapi kebetulan sebutan Jun tu…. Maka teringatlah bahawasanya… bulan Julai 2011 dah pun tiba, sekejapnya masa berlalu… Pejam celik, pejam celik nnt kita dah nak tiba ke pengakhiran tahun 2011.

Ya Allah…. Apa ajelah pengisian aku tahun ni… Sibuk memanjang…. Tapi, tetap jugak terasa yg masih byk kekurangan… byk yg perlu diperbaiki…

Tapi, dah namanya manusia ni… terkadang… leka… bila tersedar… aduhai!!!
Namun syukurlah… kerana kita masih terpilih utk meneruskan kembara di mukabumi ni… Dan, insya allah…. Masih berpeluang perbetulkan dan perbaiki apa yg kurang… Alhamdulillah…

Muhasabah diri pulak ye… Takpelah… Berpesan2… moga2 kita saling ingat mengingati…

Moga bertemu lagi dalam coretan seterusnya… Wassalam…