Selasa, 11 Disember 2012

Kawan-kawanku

Assalamualaikum semua...

Hai...  Rajin pulak sehari dua ni nak meng'update' blogkan.  Hihihi...  Layan ajelah niat murni ni...  Sebab bila di landa badai kemalasan... uhuk uhuk uhuk... lemas dan tenggelam seketika... barulah timbul semula dengan khabar-khabar terbaru.... chewah!!! yo yo oooo ajekan...

Kali ni, rasa nak berkongsi cerita ttg kawan baru ku...  Hampir dua bulan berkenalan dan bermesra...  Alhamdulillah, moga hubungan kami ni berterusan selama mungkin...  Target pertama, in sha Allah akan tercapai dalam masa 2 hari lagi...  Tanggal 14 haribulan nanti, genap usia anak kecilku 6 bulan.. kejap ajekan...  Selama itulah, syukur pada rezeki dan izin Allah untuk aku membesarkan dia dgn susu ibu...  

Kawanku sebenarnya ada dua.  Hehehe...  Marilah ku perkenalkan dulu siapa 'mereka-mereka' ni... Yang pertama namanya 'Spectra 3'.  Yang kedua bernama Medela (Freestyle).  Mungkin ada yang kenal, dan mungkin ada yang tak kenal sapekah gerangannya mereka berdua ni kan?  Inilah 'breast pump' sepanjang aku mengamalkan gaya hidup baru, menyusukan anak kecil aku sebaik mungkin...

Aku mula diperkenalkan dgn Spectra 3...  sejak melahirkan dan sememangnya banyak sekali jasanya padaku...  Cuma, selepas 2 bulan...  dia membuat onar sedikit...  Drp double-pumping hanya satu yang berfungsi...  Mungkin disebabkan faktor usia, dia bermasalah sikit...  Tapi, aku tetap bertahan.  Bersabar dengan kerenahnya. Aku tetap menjalankan tugasanku dgn apa cara sekali pun.  Memang ada juga melalui saat-saat merudum dan membimbangkan.  Tapi, aku kuatkan semangat dan teruskan usaha murniku ini...  Alhamdulillah, sehingga ke hari ini... AKU BERJAYA...  Thank You, Allah...

Lebih kurang 2 bulan lepas, aku mendapat kawan baru...  Sebenarnya kakak-kakak ku merupakan tonggak penyokong yang paling kuat... Tanpa saranan, nasihat dan dedikasi mereka... tak taulah.  Terima kasih sangat atas dorongan dan sokongan yang mereka berdua berikan.  Namun, bukan itu semata-mata.  Sememangnya sejak mengandung, aku dah mula membuat rujukan dan banyak membaca tentang persediaan bersalin, penyusuan dan hal-hal berkaitan.  Juga dah aku tanamkan niat, untuk berusaha menyusukan bayi kecilku nanti... selagi aku berupaya...  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya 6 bulan pertama akan tercapai dalam masa 2 hari lagi.  Bila aku fikirkan, memang bukan satu usaha yang 'enteng'...  Mmg banyak dugaan, cabaran sepanjang menjayakan usaha ku ini...  Namun, ku telan jua segala yang mendatang.  Apa yang penting, aku berjaya menyusukan dia dan moga-moga dia membesar menjadi anak yang sihat, cergas, cerdas dan berguna.  Ameen!!!

 Ini dia kawan baru ku Medela, tapi takde pulak gambar Spectra 3 dalam simpananku...

Selain usaha padu aku...  memang kakak-kakak banyak mendorong dan mencadangkan agar aku mencuba set penyusuan Shaklee...  Alhamdulillah, aku mencuba dan hasilnya memang tak merugikan...  Biasalah saat-saat merudum adakal muncul disebabkan hal-hal yang diluar kawalan... namun, aku bertekad untuk buat sehabis baik demi bayi kecilku...  Dan, apa yang menjadi peganganku sejak awal lagi... ialah penyusuan memerlukan 'demand and supply'.  Jadi segala-galanya terletak dalam tangan kita...  Rajinlah berusaha, namun doa dan tawakkal juga pada Allah kerana tanpa izin dan ketentuannya...  segalanya boleh berlaku..  Syukur kerana aku adalah salah seorang yang di izinkan Allah untuk menyusukan anakku...

Set penyusuan Shaklee untuk 1 bulan


Syukur juga kerana jasa kedua-dua kawan ku telah membantu usaha murniku ini...  Pada kawan-kawan di luar sana...  Jgn lepaskan peluang untuk menyusukan anak-anak kita...  Kerana, kita adalah antara orang yang bertuah jika diberi peluang tersebut.  Ada juga, yang memang telah berniat dan berazam untuk menyusukan anak tapi tak mendapat peluang.  Jadi, janganlah sia-siakan peluang yang ada.  Air susu ibu merupakan hak seorang anak, kerana ia mampu memberi segala yang terbaik dalam proses tumbesaran anak kita.  Namun pada yang tak berpeluang jangan putus asa...  In shaAllah, mungkin ada cara lain yang boleh kita usahakan demi memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita.

Oklah, cukup dulu perkongsian kali ini...  Doakan moga-moga usaha murni ku ni akan tercapai hingga bayi ku menginjak ke usia 2 tahun...  In shaAllah.  Usaha, doa dan tawakkal....  Moga-moga urusanku dipermudahkan Allah....

Jumpa lagi semua...


Tiada ulasan: