Jumaat, 18 Januari 2013

Perihal Ekzema

Ekzema...  satu nama yang tak pernah aku dengar sebelum-sebelum ni...

Tapi, sejak melahirkan anak ketiga dulu...  Aku mula diperkenalkan sedikit sebanyak dgn penyakit ini... kalau boleh diklasifikasikan sbg penyakit.  Ia lebih kepada masalah alahan sebenarnya.

Mula-mula dulu, risau bila melihat keadaan Imran... habis muka dan badannya dinaiki ruam (kelihatan spt ruam buat orang-orang yg pertama kali jumpa)...  Awalnya kami usahakan cara tradisional aje, tapi nampaknya masih berterusan...  Barulah aku merujuk pada doktor kanak-kanak...

Dan seperti yang biasa kita tau...  Imran selalu juga mengalami asma namun syukurlah bukan pada tahap kritikal setakat ni...  Kerap tidaklah dia diserang asma, namun ada beberapa kali jugalah...  Nebulizer pun pernah lah dia gunakan.  Menginjak ke umur 2 tahun lebih nampaknya keadaan dia semakin baik...  Tak lama selepas tu, memang tak nampaklah kewujudan ekzema lagi pada dia...  Cuma, sesekali adalah asma menyerang tapi pada tahap biasa ajelah.  Bila dia kurang sihat, memang awal-awal lagi kami ke klinik agar selsemanya tak berterusan...  Lagipun, dia dah agak besar dan pandai menghembus hingus dan buangkan kahak sendiri.  Mungkin itu adalah antara faktor yang membantu memperbaiki keadaan dirinya...  Syukur alhamdulillah..

Sekarang, dengan kelahiran anak ke-empat ni nampaknya kes sama dah berulang semula...  Wafiq kini berusia 7 bulan, dan gejala ekzema memang jelas dan nyata pada dia...  Sedang berusaha untuk mengawal jangkitan dulu, kerana agak sukar lagi mengawal ekzema dia sekarang.  Kesian, kerap mengaru-garu hinggakan berdarah ditelinganya.  Kawasan yang banyak pada pipi, kepala dan telinga...  Masih mencari-cari kaedah terbaik nak menangani masalah ni...

Sebolehnya taknak gunakan ubatan yang mengandungi steroid... itulah harapnya dapat bertemu dengan penawarnya...  Ameen!!!

Cuma pada wafiq, tak pula nampak simptom-simptom asma... sehingga setakat ni lah...  ke depan ni, tak taulah pulak macamana...

Disebabkan kehadiran semula ekzema dalam hidup kami... rajinlah aku mencari-cari maklumat...  Harapnya ketemulah cara terbaik nak menanganinya...  

Doakanlah ye kawan-kawan...  Moga Allah permudahkan urusan aku...

Tiada ulasan: