Rabu, 30 Januari 2013

Dulu lain, sekarang lain..


Salam hari Rabu semua...

Lama juga tak meninggalkan cerita di blog ni...  Banyak yang berlaku, tapi ntah la macam tak sempat nak merapu lama-lama...  



Rutin hidup memang 'bz' la cam biasa...  4 orang yang nak diuruskan tu membuatkan rasa masa 24 jam yang Allah beri tu asyik tak cukup nak buat semua benda...  Baru 4, dah rasa huru hara...  Camner lah pengalaman ibu-ibu kita membesarkan kita yang rata-rata bilangan anaknya 5 dan ke ataskan...

Mana nak urus yang sekolah dengan tidak, tengok kerja rumah, makan-minum, uruskan pakaian... ini bab yang rasanya menuntut sangat byk waktu... bermula drp mencuci, menyidai, mengangkat, melipat, menggosok... hingga dipakai..., kasut sekolah, dan segala macam lagi...  Belum tentang diri sendiri dan anak kecil...  lain pulak ceritanya...

Namun, apa yang penting dapatlah aku cuba uruskan sebaik mungkin... kerana aku pasti ada ganjaran atau hikmah atas segala yang kita lakukan...  Anak-anakkan tanggungjawab atau amanah pada kita...  Sudah tentu kita nak yang terbaik...

Ibu... pastilah sanggup berkorban apa saja...  sedangkan membawa dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari pun kita sanggup... apatah lagi membesarkan mereka... tentulah kita sanggup berkorban apa saja kan...

Bukan ibu saja, malahan ayah pun pastilah berperasaan yang sama... sanggup bekerja keras membanting tulang 4 kerat demi memastikan segala tersedia untuk anak-anak. Apa yang kita rasakan hari ini sebagai ibu-bapa telahpun dilalui oleh orang tua kita sebelum-sebelum ni...  Penat lelah, jerih payah mereka...  bagaimanalah nak kita balas...  harta, wang ringgit memang tak dapat menggantikan pengorbanan mereka...

Peluang menjadi ibu-bapa sepatutnya menyedarkan kita untuk mengenang jasa orang tua kita.  Zaman dahulu jauh berbeza drp zaman kita sekarang... namun hakikatnya apa yang dilalui oleh para ibu-bapa pasti sama... berkorban demi keluarga...  Pengorbanan yang bagaimana, mungkin itu aje yang membezakan kita dan mereka...

Bila berbicara tentang masa silam... masih aku teringat zaman kanak-kanak yang pernah aku lalui...  Ternyata berbeza...  Kerana dulu kemana pun kita ibu-bapa takkan risau... kerana anak-anak akan sentiasa dipantau dan dijaga oleh jiran tetangga serta rakan taulan...  bermainlah hingga ke lubuk mana, keluar pagi pulang petang...  tentu tak terdetik perasaan risau dihati ibu-bapa dulu-dulu.  Lain zaman sekarang, kemana nak bergerak semua dihantar ibu atau bapa...  Tiada siapa yang boleh dipercayai walaupun orang disekeliling sendiri...  itulah beza dunia sekarang...  Jika anak-anak zaman dulu boleh lepas bebas bermain, bergaul... anak-anak sekarang lebih selamat bermain di rumah masing-masing aje...  Keseronokan yang berbeza pastinya...

Apapun keadaannya, yang pasti kita harus bersyukur atas segala kurniaan Allah.  Selain berusaha menjadi yang terbaik, mudah-mudahan kita juga berjaya membekalkan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.  itulah aset yang pasti dapat membantu kita di dunia dan akhirat kelak...

Akhir kata, in shaa allah bertemu lagi dalam perkongsian lain...  Moga-moga kita dan seluruh keluarga kita sentiasa dalam Lindungan Allah... Ameen!!!!

Tiada ulasan: