Khamis, 31 Januari 2013

Majlis Hari Lahir

Alhamdulillah...  syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya sekali lagi tahun ni kami dapat membuat majlis kecil-kecilan di kalangan keluarga sempena meraikan hari lahir puteri sulungku...

Sekejap aje dah pun 10 tahun umurnya...  Selain dia, kami turut meraikan hari lahir bapanya tanggal 10hb, dia sendiri pada 25hb serta nenek pada 29hb...  Ada tiga orang yang diraikan..

Majlis kecil kami mulakan dengan bacaan doa daripada aki panggilan untuk datuknya...  Kami-kami semua tukang mengaminkan doa di selang seli dengan kekecohan anak-anak kecil yang tak sabar nak memotong kek ada, nak berbahagi coklat pun ada...  Dah ramai-ramai memang macam itu lah...




puding roti pelangi yang dah habis sebelum majlis bermula...

 
kek coklat kukus buatan ibu, kerana tak sempat menempah yang lebih comel dan menarik... 
yang penting rasanya... yang memang sedap... huhuhu...

 

hadiah daripada abah, ibu dan adik-adik... walaupun lewat yang penting ada... alhamdulillah!!!


Walaupun ringkas dengan menu santai... chewah!!! santai apa kalau dah banyak minyak, coklat dan gula kan...   santailah sangat... dengan sate, nasi goreng cina, kek coklat, coklat (untuk kanak-kanak aje) juga pengat pisang buah tangan nenek...  Rasanya takde yang berbaki... senang nak mencuci... memang pandai diorang semua ni...

Apa-apa pun, biar pun kecil dan ringkas... harapnya memuaskan hati empunya badan...  bukan majlis yang penting, tapi ingatan dan doa yang dibaca moga membawa keberkatan dalam mendepani kehidupannya...

Moga anak ibu menjadi anak solehah dan contoh buat adik-adik...  Moga menjadi anak yang taat, menyenangkan hati ibu-bapa serta berjaya di dunia dan akhirat... Ameen!!!

Kami sayang kamu.... selamanya....



Tiada ulasan: