Rabu, 15 Mei 2013

Monolog diri

Salam sejahtera semua...

Lama tak singgah di sini, bukan terlalu bz cuma byk tanggungjawab yg perlu dilunaskan...  Yang perlu didahulukan...

Rejab dah tiba, pejam celik tak lama lagi, Syaaban pulak menjengah... dan in shaa allah selepas itu Ramadhan akan bertandang.

Tapi, apalah persiapan yang dah dibuat???  Rasa masih kosong, takde apa perubahan atau pembaharuan...  Semuanya masih macam biasa-biasa...

Ya Allah, terasa berdosanya diri ni...  Apalah yang dah aku usahakan dengan masa yang terus berlalu pergi selama ni...

Ya Allah, ampunkanlah aku kerana terleka dgn segala ujian dan godaan yg dilalui...  Muhasabahlah diri...  Bersyukurlah, kerana masih berkesempatan menikmati hari-hari di muka bumi Allah ni...

Byk yg berlaku dan  berlalu... namun apa tindakan aku???  Syukur Allah, kerana masih menyayangi aku... biar pun aku bukanlah hambamu yg hebat...  Moga-moga peluang yang terbuka didepan mata, menginsafkan aku dan mampu menyedarkan aku untuk berubah kepada yang lebih baik...

Ya Allah... Berilah aku kekuatan untuk terus mendepani segala cubaan dan dugaanmu.  Mudah-mudahan aku mampu menjadi muslimah yang baik juga mampu membentuk keluarga yang berpandukan syariat Islam...  

Ya Allah, bantulah aku dan moga segala urusan kami sekeluarga juga urusan sekalian umat Islam dipermudahkan... Ameen!!!

 

Tiada ulasan: