Khamis, 18 Julai 2013

Menu makanan bayi

Kali ni, saya nak berkongsi tentang makanan bayi.  Bayi saya kini dah berumur setahun sebulan... Jadi, saya selalu tercari-cari menu/ resepi yang nak saya bekalkan kepada pengasuhnya.  Biarlah saya bekalkan si kecil dengan makanan yang cukup khasiat di samping bekalan susu hariannya.

Sebelum-sebelum ni, saya cuma bekalkan bubur kosong.  Kadang-kadang saya campurkan dengan kurma, lobak dan ada masa saya masukkan buah tin.  Stok memang banyak sebab ayah dan mak baru balik daripada menunaikan ibadah umrah.  Kadang-kadang ada juga saya letakkan madu dalam buburnya.

Itu dulu-dulu masa masih umurnya belum setahun.  Dah setahun ni tambah pula giginya dah ada 7 batang, rasanya saya dah boleh hidangkan dia menu-menu baru.  Apa agaknya yang sesuai untuk bayi seusia dia ni ye???  Alhamdulillah, selalunya saya memang masakkan bekalan dia hampir setiap pagi.  Ada time aje, saya masakkan untuk dua hari terus.  Saya suka kalau bekalan dia fresh-fresh...  Tentu lebih berselera dan boleh rasa kelainan tiap-tiap hari...  Cuma, letihlah sikit.  Sebab keperluan anak-anak lain pun nak kena fikir juga kan???

Semalam alang-alang ke kedai membeli keperluan rumah, saya belikan sekali macaroni.  Terdetik di hati nak buatkan sup macaroni untuk si kecil.  Harapnya dia sukakan menu baru ni.  Saya tumiskan bawang, masukkan sedikit lobak dan dah mendidih baru saya masukkan macaroni yang dah direbus dulu.  Kakak-kakak tengok sup tu pun teringin, tapi si kecil ni tak taulah macamana penerimaannya.  Janganlah dia tak berselera, kesian pulak pengasuh nak kena masak bagai pulak untuk dia nanti.

Esok, terfikir nak buatkan si kecil telur hancur di campur lobak atau apa ek.  Kesian jugak asyik ditambah lobak aje.  Takpelah, in shaa allah, nanti-nanti datanglah idea untuk si kecil ni.  Sambil-sambil meneroka apa yang ada di dalam peti hikmat di rumah nanti.

Satu lagi idea atau menu yang dah saya terfikir nak buatkan ialah bergedil simple...  Cuma, campurkan daun bawang, lobak dan salut dengan telur.  Lepas tu bolehlah digoreng.  Atau mungkin tak salut telur...  So far, si kecil saya ni tak meragam perutnya.  Harapnya, menu-menu baru ibu nak cuba ni tak memudaratkan diri si kecil.

Oklah,  bulan Ramadhan ni menu berbuka pun nak difikir juga.  Tapi, kami takdelah complicated sangat. As long as ada something untuk dimakan, in shaa allah layan aje.  Simple pun dah ok.  Bulan Ramadhan ni kami cuba mengikut saranan daripada ceramah-ceramah agama yang menekankan bulan ni merupakan bulan/ pesta ibadah, bukannya bulan/ pesta juadah.

In shaa allah, bila ada kesempatan dan perkongsian... kita jumpa lagi ye.

Selamat berbuka puasa..


Tiada ulasan: