Jumaat, 19 Julai 2013

Persiapan Raya

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh Ramadhan 1434H.  Sekejap aje masa dan hari berlalu... 1/3 Ramadhan dah nak berlalu pergi.  Agaknya macamanalah pencapaian kita setakat ni kan???  Mudah-mudahan segala amal ibadat kita diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Para ibu, selain daripada sibuk dengan persiapan harian menjalani ibadah puasa...  persiapan hari raya juga nak di ambil kira..  Bukanlah maknanya berlebih-lebih tapi cukuplah ala kadar untuk mengembirakan hati anak-anak.  Kira lebihnya ganjaran pada mereka yang berpuasa.  Kalau yang tak berpuasa, kurang nikmat nak berhari raya ni...  Sebab rutin hariannya sama aje macam sebelum-sebelumnya.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, biasanya pakaian yang saya siapkan at least 2 pasang seoranglah.  Cukuplah, untuk beraya di kampung halaman sebelah abah dan sebelah ibu.  Hari ketiga dan seterusnya biasanya pakai aje baju-baju yang masih baru.  tetapi, ada masa-masa mereka semua murah rezeki... ada ibu-ibu saudara yang 'sponsor' so boleh bergaya sakanlah mereka.

Selain pakaian, biasanya saya cuma sediakan sepasang kasut/ sandal baru setiap sorang.  Yang perempuan dapat extra sebab pakai tudung.  Yang lelaki biasanya songkok masih muat dan kain samping pun yang sama.  Biasalah, budak-budak cepat membesar...  beli setiap tahun nanti membazir takde siapa boleh pakai selepas tu.  So, keputusannya pakai aje selagi muat, kalau dah perlu yang lain barulah dibelikan mengikut keperluan.

Anak memanglah kesayangan para ibu-bapa tapi sedari kecil ni la kita nak kena didik dan asuh cara berbelanja.  Kalau dah tersalah asuh, payah nak dibetulkan.  Memang kekadang budak-budak ni masih belum matang tak faham kenapa kehendak mereka tak semua dipenuhi.  Macam ibu-bapa tak sayang ajekan???  Itulah komen anak-anak saya, kalau apa yang diidam tak dapat dimiliki.  Masa macam nilah nak diterapkan kenapa ibu-bapa mengambil pendirian sebegitu.  Kita cuba tanamkan sifat berjimat cermat dan tak membazir pada benda-benda yang tak perlu.  Anak-anak memang tak boleh faham sangat, tapi kena di didik juga...  Give and take.  Ada yang mereka boleh dapat, ada yang belum boleh dapat dan ada yang mereka takkan dapat.  Bukan perkara mudah, tapi kenalah di usahakan memberi kefahaman kepada mereka.  Cabaran besar ni kan???  Hehehehe...  Saya pun masih belajar dan akan terus belajar untuk mendidik anak-anak ditambah dengan cabaran di zaman sekarang.

Oklah, berbalik pada persiapan raya... Sebenarnya saya baru menempah sepasang baju untuk setiap seorang.  Lagi satu set, masih belum selesai...  In shaa allah dalam masa terdekat, kenalah menjenguk pasaraya juga nampaknya bagi memenuhi keperluan raya kami.  Tak rajin betul sebenarnya di bulan-bulan puasa ni.  Kesian kat diri sendiri dan anak-anak..  Semua akan keletihan aje nanti. 

Nampak gayanya perkongsian tentang raya ni mungkin akan bersambung untuk part-part seterusnya.  So, nantikan saja cerita-cerita persiapan raya kami kali ini..  Ini baru satu bab, belum bab kuih dan biskut raya lagi.  Ok semua... sampai kita berjumpa lagi dalam perkongsian seterusnya.  Jumpa lagi...




Tiada ulasan: