Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu
i) Sebelum usia 7 tahun,
ii) antara 7 – 14 tahun dan
iii) antara 14 – 21 tahun
Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan
& Qamat. Tidak boleh tidur di
bawah satu selimut dengan adik
perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)
7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di
tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terima kasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat
marah atau beri hukuman. Panggil masuk
bilik dan suruh ibu bersuara -
jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara
dan
beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar
dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T
Cara Didikan Anak Oleh Saidina Ali r.a
7 tahun pertama kelahiran anak. (awal kelahiran sampai umur 7 tahun)
- Bermainlah dengannya.
- Bermain dgn anak ketika usianya dalam lingkungan ini dapat menjalinkan
hubungan anak dengan ibu bapa.
selain itu ketika ini minda anak2 sedang
berkembang dan sedang belajar..
- sebab itu kita boleh lihat apa yg dilakukan oleh ibu dan bapanya akan perhatikan dan ditiru oleh anak2.
7 tahun kedua selepas kelahiran ( 7 hingga 13 tahun)
- disiplinkan Anak2
- Sbb itu Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika
umurnya 7 tujuh tahun dan
pukullah mereka jika mereka tidak mahu
menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".
- Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik..berkembang dan perlu dipimpin.
- Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan
barisan dan berdiri tegak bila
menyanyikan lagu negaraku. kerana dia
telah di disiplinkan oleh guru-gurunya..
- Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
- bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya".
7 tahun ketiga selepas kelahiran ( 13 hingga 19 tahun)
- Berkawanlah dengan mereka.
- Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
- pendekatan psykologi harus digunakan oleh ibubapa.
- ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak
ketara. dikala ini mereka sedang
tercari-cari identiti mereka.
- Emosi mereka juga mudah terusik.. ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
- jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
- Bersedialah degan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka.
Belajarlah konsep keibubapan.
Supaya senang mengendalikan masalah anak.
- klu kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan
org lain kalau anak-anak ini
mencari jawapannya sendiri. mungkin dia
mencarinya dari kawan2 atau membuat rumusannya sendiri.
7 tahun empat sehingga dia berumahtangga (19 tahun hingga dia berkahwin)
Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
- pada ketika ini mereka sudah tahu apa yg mereka inginkan dalam hidup.
- elakkan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
- pada ketika ini tegurlah mereka dgn cara dewasa.
- ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.
sumber: http://www.carigold.com/portal