Khamis, 5 Mac 2015

2 bulan berlalu

Salam sejahtera semua...

Lama betul tak menjenguk ke blog ni...  Hampir setahun jugak tempoh masa yang dah pun berlalu pergi.

Wah! Wah! Apa sangatlah yang sibuknya kita ni, sampai dekat2 setahun mendiamkan diri... menyepi dari berkongsi2 cerita ceriti...

Diam tak diam, 2 bulan di tahun 2015 dah pun berlalu pergi bersama cerita2 tersendiri...  Dah tiba di bulan Mac, bulan menyambut ulangtahun perkahwinan kami nampaknya.  Kisah cinta dan sulaman kasih sayang yang sudah termeteri hampir 13 tahun.  Telah diserikan dengan 2 puteri dan 2 putera kesayangan kami.  Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan pengalaman yang Allah dah berikan kepada kami selama tempoh ni.



Melayari bahtera perkahwinan, bukan sesuatu yang mudah.  Faham2lah, bila dua individu yang berbeza dari hampir segala segi berkongsi satu kehidupan bersama.  Pasti banyak sekali pengalaman, kenangan yang tersisip indah dalam memori setiap pasangan.  Segala susah senang yang dilaluilah yang pasti mematangkan diri setiap dari kita.  Segala susah payah jugalah yang menjadi kayu pengukur keutuhan kasih sayang dan janji yang dipersetujui kedua individu apabila menoktahkan perhubungan dengan perkahwinan.  Perkahwinan dua jiwa yang pasti perlukan pengorbanan, timbang-rasa juga saling percaya.

Bulan Mac, bakal menemukan banyak lagi pasangan yang berjanji setia sehidup semati.  Mengambil sempena cuti sekolah, pasti banyak undangan perkahwinan yang diterima.  Cuma, keadaan sekarang dah agak berubah...  Majlis penyatuan dua jiwa tak lagi memenuhi kalendar cuti sekolah semata-mata.  Mana-mana tarikh, mana-mana bulan juga menjadi pilihan sang dara dan teruna.  Pelbagai faktor telah merubah keadaan semasa.  Kalau dulu, antara faktor penting adalah faktor fizikal satu2 tempat.  Kalau nak menyatukan si dia dari utara dengan pilihan hati di pantai timur atau selatan memang byk yang perlu difikirkan.  Tempoh masa perjalanan ke sesebuah lokasi yang jauh dan lama menyebabkan satu-satu majlis dipilih semasa cuti sekolah.  Ahli keluarga juga tiada halangan untuk berkumpul, kerana anak-anak sedang bercuti.

Itulah perubahan-perubahan yang tanpa kita sedar berlaku di lingkungan kehidupan kita.  Banyak lagi faktor2 lain yang pastinya jadi penyebab majlis-majlis yang kini berlangsung bila-bila masa sahaja.  Namun, apa yang penting, moga2 pilihan hati masing-masing bakal membawa seri dalam melayari kehidupan seharian.  Bukan sedikit yang perlu kita sepakati.  Itulah lumrah kehidupan.

Akhir kata, moga kehadiran Mac kali ini membawa seribu kebahagian buat siapa sahaja.  Bukan sahaja buat yang meraikan cinta baru, malah juga buat para pencinta yang telah seiring sejalan melayari bahtera cinta mereka selama ini.

Selamat Pengantin Baru dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat semua yang meraikannya dalam bulan ini.  Tahniah buat anda semua.


Tiada ulasan: