Khamis, 12 November 2015

Aku dan Shaklee

Salam sejahtera para pembaca semua.

Kali ni saya nak berkongsi sikit tentang saya dan Shaklee.

Saya memang bukan sesiapa dalam Shaklee, cuma seorang pengedar biasa.  Yang memang biasa-biasa saja.

Namun, walaupun biasa.. setelah hampir 6 bulan agak serius dengan bisnes Shaklee... banyak juga yang sudah saya kecapi. Banyak yang tak banyak mana pun sebenarnya.

Berkenalan dengan Shaklee agak lama... setahun lebih sudah.  Cuma, untuk berbisnes tu, memang mengambil masa yang lama... sebab pada asalnya, makan memang sekadar untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga.  Takde sedikit pun terdetik untuk berbisnes dengan Shaklee.

Bila terkenang semula, memang kadang-kadang tak percaya pun ada... Hihihi.  Mana mungkin, saya seorang yang pemalu, tak mahir dalam bidang komunikasi ni nak berbisnes.  Memang rasa tak masuk akal.  Tentu-tentulah bisnes separuh jalan jawabnya.  Siapalah yang nak membeli jawabnyakan.

Memang saya terus-terusan berfikir begitu sehingga tiba bulan Mei 2015... mungkin banyak tawaran-tawaran hebat daripada pihak Shaklee, membuka hati dan minda saya untuk berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee ni.  Ditambah kuatnya kerana dua orang kakak juga adalah pengguna tegar dan peniaga-peniaga berjaya Shaklee.  So, takde masalah untuk mereka berdua memberi tunjuk ajar.  Syukur Ya Allah.

Selepas itu mula berjinak untuk share kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan.  Especially, selepas saya mula turut serta dalam kelas-kelas nutrisi dan perkongsian lain bersama Master Shaklee yang dah berjaya.  Lebih selesa, yakin dan faham tentang Shaklee.  Yang susah selepas tu, dah jadi macam ketagih pulak nak attend kelas atau gathering.  Hahaha.  Dahsyatkan. Aura-aura positif yg Master sering share membuatkan kita tertarik dan berminat untuk selalu attend kelas-kelas yg dianjurkan oleh pihak Shaklee. Hebat!!!

Mungkin juga, Allah yang berikan kita rasa itu... rasa gembira kerana bila hadir ke kelas-kelas Shaklee ni... terlalu banyak ilmu baru yang saya dapat dan boleh guna untuk kehidupan seharian.  Ilmu pemakanan untuk kanak-kanak, orang tua maupun orang yg mempunyai masalah kesihatan.  Alhamdulillah kerana Allah buka laluan saya bersama Shaklee.

Sepanjang tempoh 6 bulan ni... dapatlah saya merasa beberapa insentif Shaklee.  Antaranya double bonus kerana dapat  6 keahlian dengan 100uv dalam tempoh sebulan,  Hadiah Bonanza yang memang best dan awesome dan beberapa insentif lain lagi.  Walaupun bonus masih kategori kecil, namun dah terasa bahagianya... kerana sedikit sebanyak... dapat menambahbaik pendapatan bulanan kami sekeluarga.  Thank You Allah!!!

Inshaallah, jika Allah beri kesempatan... saya akan terus berusaha untuk mencapai target yang dah saya tanamkan untuk digapai bersama Shaklee.  Moga Allah makbulkan segalanya nanti...  Keluarga, kesihatan dan kekayaan adalah antara faktor utama yang menjadi kunci untuk saya terus gigih berusaha.

Doa saya, moga-moga rakan pembaca juga akan berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.  Kita masing-masing ada matlamat sendiri...  Moga Allah permudahkan segala urusan dan usaha kita untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki suatu hari nanti.  Teruskan berusaha dan berdoa...  Inshaallah... suatu masa, suatu ketika akan tiba saat kita mengecapi manisnya dan bahagianya kejayaan itu.  Aamiin...

S.I.D Shaklee
Kuantan, Pahang Darul Makmur






Tiada ulasan: