Jom kita berdetox!!!
****************
Produk Shaklee yang terkenal untuk aktiviti DETOX ni tak lain tak bukan tentulah... HERBLAX.
Apa itu DETOX???
Ia merupakan proses membersihkan usus di mana segala toksin, lendir maupun lemak pada dinding usus kita dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar.
Selepas proses DETOX, usus kita akan menjadi lebih bersih dan penyerapan supplemen juga akan menjadi lebih berkesan dan cepat, inshaallah.
Kerana itulah kenapa proses DETOX ini sangat penting kepada sesiapa sahaja sebelum memulakan pengambilan supplemen. Inshaallah kadar penyerapan nutrien adalah pada kadar yang optimum.
Nak cuba, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan stok.
~ Eiyda
~ 010 5708080
~ Shaklee Distributor
Nota : Produk ini tidak bertujuan mendiagnos penyakit tetapi disarankan untuk kesihatan jika diamalkan secara betul.
Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan
Isnin, 30 Mei 2016
Selasa, 3 Mei 2016
OFFER BULAN MEI
Weeehuuuu...
Lama bebenor tak update blog ni...Masa betul2 mencemburui diriku nampaknya.
Mei dah tiba pun.
So, straight to the pointlah ye.
Saya update apa promosi bulan ni lah.
Tentu semua penggemar supplemen Shaklee kenal ketiga2 produk ni kan? Best tak best offer bulan ni?? Yang paling menarik rasanya, tentulah kolagen tu kan??? Mungkin ada yg tersenyum lebar bila tau kolagen ada offer.
So, kepada para peminat, para pengguna maupun kawan2 baru yang nak berkenalan dengan produk2 Shaklee ni... jangan risau. Hubungi saya, inshaallah kita bole cerita lebih lanjut dan deal harga maupun penghantaran.
Jangan lupa ye.
Nanti saya update lagi tentang ketiga2 kebaikan produk promosi ni dalam next post.
Rosnida @ Eiyda
Tel.: 010-570-8080
Distributor Shakle anda
Nota : Produk ini tidak bertujuan mendiagnos penyakit tetapi disarankan untuk kesihatan jika diamalkan secara betul.
Lama bebenor tak update blog ni...Masa betul2 mencemburui diriku nampaknya.
Mei dah tiba pun.
So, straight to the pointlah ye.
Saya update apa promosi bulan ni lah.
Tentu semua penggemar supplemen Shaklee kenal ketiga2 produk ni kan? Best tak best offer bulan ni?? Yang paling menarik rasanya, tentulah kolagen tu kan??? Mungkin ada yg tersenyum lebar bila tau kolagen ada offer.
So, kepada para peminat, para pengguna maupun kawan2 baru yang nak berkenalan dengan produk2 Shaklee ni... jangan risau. Hubungi saya, inshaallah kita bole cerita lebih lanjut dan deal harga maupun penghantaran.
Jangan lupa ye.
Nanti saya update lagi tentang ketiga2 kebaikan produk promosi ni dalam next post.
Rosnida @ Eiyda
Tel.: 010-570-8080
Distributor Shakle anda
Nota : Produk ini tidak bertujuan mendiagnos penyakit tetapi disarankan untuk kesihatan jika diamalkan secara betul.
Khamis, 12 November 2015
Aku dan Shaklee
Salam sejahtera para pembaca semua.
Kali ni saya nak berkongsi sikit tentang saya dan Shaklee.
Saya memang bukan sesiapa dalam Shaklee, cuma seorang pengedar biasa. Yang memang biasa-biasa saja.
Namun, walaupun biasa.. setelah hampir 6 bulan agak serius dengan bisnes Shaklee... banyak juga yang sudah saya kecapi. Banyak yang tak banyak mana pun sebenarnya.
Berkenalan dengan Shaklee agak lama... setahun lebih sudah. Cuma, untuk berbisnes tu, memang mengambil masa yang lama... sebab pada asalnya, makan memang sekadar untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga. Takde sedikit pun terdetik untuk berbisnes dengan Shaklee.
Bila terkenang semula, memang kadang-kadang tak percaya pun ada... Hihihi. Mana mungkin, saya seorang yang pemalu, tak mahir dalam bidang komunikasi ni nak berbisnes. Memang rasa tak masuk akal. Tentu-tentulah bisnes separuh jalan jawabnya. Siapalah yang nak membeli jawabnyakan.
Memang saya terus-terusan berfikir begitu sehingga tiba bulan Mei 2015... mungkin banyak tawaran-tawaran hebat daripada pihak Shaklee, membuka hati dan minda saya untuk berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee ni. Ditambah kuatnya kerana dua orang kakak juga adalah pengguna tegar dan peniaga-peniaga berjaya Shaklee. So, takde masalah untuk mereka berdua memberi tunjuk ajar. Syukur Ya Allah.
Selepas itu mula berjinak untuk share kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan. Especially, selepas saya mula turut serta dalam kelas-kelas nutrisi dan perkongsian lain bersama Master Shaklee yang dah berjaya. Lebih selesa, yakin dan faham tentang Shaklee. Yang susah selepas tu, dah jadi macam ketagih pulak nak attend kelas atau gathering. Hahaha. Dahsyatkan. Aura-aura positif yg Master sering share membuatkan kita tertarik dan berminat untuk selalu attend kelas-kelas yg dianjurkan oleh pihak Shaklee. Hebat!!!
Mungkin juga, Allah yang berikan kita rasa itu... rasa gembira kerana bila hadir ke kelas-kelas Shaklee ni... terlalu banyak ilmu baru yang saya dapat dan boleh guna untuk kehidupan seharian. Ilmu pemakanan untuk kanak-kanak, orang tua maupun orang yg mempunyai masalah kesihatan. Alhamdulillah kerana Allah buka laluan saya bersama Shaklee.
Sepanjang tempoh 6 bulan ni... dapatlah saya merasa beberapa insentif Shaklee. Antaranya double bonus kerana dapat 6 keahlian dengan 100uv dalam tempoh sebulan, Hadiah Bonanza yang memang best dan awesome dan beberapa insentif lain lagi. Walaupun bonus masih kategori kecil, namun dah terasa bahagianya... kerana sedikit sebanyak... dapat menambahbaik pendapatan bulanan kami sekeluarga. Thank You Allah!!!
Inshaallah, jika Allah beri kesempatan... saya akan terus berusaha untuk mencapai target yang dah saya tanamkan untuk digapai bersama Shaklee. Moga Allah makbulkan segalanya nanti... Keluarga, kesihatan dan kekayaan adalah antara faktor utama yang menjadi kunci untuk saya terus gigih berusaha.
Doa saya, moga-moga rakan pembaca juga akan berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Kita masing-masing ada matlamat sendiri... Moga Allah permudahkan segala urusan dan usaha kita untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki suatu hari nanti. Teruskan berusaha dan berdoa... Inshaallah... suatu masa, suatu ketika akan tiba saat kita mengecapi manisnya dan bahagianya kejayaan itu. Aamiin...
S.I.D Shaklee
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Rabu, 3 Jun 2015
Terkini dari Kuantan
Oh No! Lama jugak rupanya tak menjenguk blog ni... Tak menjenguk, maksudnya tak ber'update'lah citer dalam ni kan??? Ngehehee...
Terasa diri bizi bebenorlah kononnya.
Bizi jugaklah kategorinya bulan lepas. Siang bekerja... malam pun dah belajar2 bekerja sambilan secara aktif sikitkan.
Sebelum ni, dah setahun lebih jugak kenal dan guna produk kesayangan ni... tapi, belumlah terfikir untuk mengaktifkan diri untuk menjual dan mempromosi pada rakan taulan.
Tak pasti apa faktor utama yang jadi pendorong. Maybe tawaran2 hebat yang tersedia bulan lepas... menyebabkan saya menambah 'sikit' kelajuan meniaga tu daripada sebelum2... Hihihi.
Kiranya baru bulan kedua pun membuat jualan... syukur alhamdulillah, nampaknya berbaloi jugak setakat ni. Syukur juga dgn rezeki yang Allah kurniakan. Tanpa izinnya, mustahillah... saya mula mampu merasa imbuhan daripada kerja keras dan usaha saya. Tapi, baru setakat senyum simpul... Tak sampai tahap senyum lebar lagilah...
So, bulan ni momentum tu masih ada... inshaallah, jika Allah izinkan... saya akan teruskan usaha... Moga2 cerita2 gembira akan terus mengiringi perjalan hidup kami sekeluarga.
Namun, saya memang tak lupa... sokongan yang en. suami berikan... Alhamdulillah, dia memberi sokongan dan ruang bagi saya untuk memberi sikit fokus dalam 2 bulan ni. Syukur Ya Allah!
Oklah... tak boleh nak cerita2 panjang bebenor... sekarang terasa sangatlah masa itu emas...
Ok, cerita lain pulak nanti...
# orang kuantan, bole jenguk fb saya... Rosnida Eiyda...
Isnin, 6 April 2015
Kek dan mood
Dah lama juga tak mengambil tempahan membuat kek atau puding.
Ada projek masak memasak pun, untuk makan-makan sendiri.
Masalah............ masalah............ sekarang ni.
Yang nak menempah kek dah ada, yang tukang menyiapkan tempahan pulak yang masih tercari-cari mood.
Aduyai!!! Orang gini pun ada yek... mood pun taknak mari-mari... Kikiki...
Bercintanya rasa, nak beraksi di dapur ni...
Macamana nak buat ni agaknya. Tak sampai hati tak memenuhi permintaan orang...
Ada projek masak memasak pun, untuk makan-makan sendiri.
Masalah............ masalah............ sekarang ni.
Yang nak menempah kek dah ada, yang tukang menyiapkan tempahan pulak yang masih tercari-cari mood.
Aduyai!!! Orang gini pun ada yek... mood pun taknak mari-mari... Kikiki...
Bercintanya rasa, nak beraksi di dapur ni...
Macamana nak buat ni agaknya. Tak sampai hati tak memenuhi permintaan orang...
Jumaat, 6 Mac 2015
Bisnes
Bisnes uolls...
Hai, rasanya boleh dikatakan kebanyakan orang dekat atau jauh dengan kita berebut-rebut ingin menjadi ahli perniagaan sekarang ni. Mungkin keperluan masing-masing menuntut supaya mereka berbisnes, dan mungkin ada yang mengikut apa yang disarankan oleh junjungan besar Nabi kita bahawa 9/10 sumber pendapatan adalah berpunca daripada perniagaan.
Dalam kesibukan yang lain berniaga, aku sendiri pun turut mendapat tempias untuk menjadi ahli perniagaan nampaknya. Rasanya macam-macam yang aku jual... namakan sahaja... tapi selalunya produk-produk segarlah... macam hasil laut : ketam, udang, ikan, kepah pun ada... produk pertanian ada : cendawan segar, jagung, ubi kayu pun tak ketinggalan terutama di musim tengkujuh. Produk makanan pun turut sama dalam senarai jualan aku : air tangan sendiri tentulah kek oren, kek coklat dan puding. Produk yang aku tolong jualkan pun ada macam-macam jenis : Dodol, tapai pulut, cheezy cookies, choco jar, chocolate lasagna, karipap frozen juga sambal hitam pahang yang glamer itew...
Banyak sungguh senarainya kan... Tapi, itu bukanlah bermakna, aku ni peniaga terkenal atau tersohor. Tapi, mungkin lebih pada minat. Seronok rasanya berjual beli, yang penting kita jual barang yang baik dan memuaskan hati para pembeli.
Masih ada satu produk yang aku turut jual, tapi mungkin bakat meniaga tu tak sehebat mana... Jadi, walaupun aku ni seorang ejen sah bagi produk SHAKLEE... memang terasa kurang handal bab nak melariskan produk yang satu ni. Why??? Entahlah... rasanya sebab kurang ilmu lagi kot. Sedar pun kelemahan diri sendirikan...
Jomlah kita jamu mata dulu...
Macamana, ada yang dah meleleh ayaq lioq ka??? Nak tau rasanya, order saja...
# Cuma, untuk produk-produk jualan ku ni... kenalah tengok kesesuaian untuk proses penghantaran... Yang basah dan segar tu, setakat ni memang tak dihantar jauh-jauhlah ye. Kecuali self-pickup... Inshaallah, bolehlah dipertimbangkan #
Jadi, kesimpulan ringkas yang aku dapat... bukan mudah untuk berniaga, tapi tak mustahil untuk berjaya. Inshaallah, kalau kita rajin berusaha kita pasti akan memperoleh hasilnya. Cuma itulah, jatuh bangun dalam perniagaan itu perkara biasa. Tanpa kegagalan manalah kita nak bertemu dengan kejayaankan.
Inshaallah, moga Allah permudahkan urusanku dan aku tak mudah putus asa. Aamiin...
Langgan:
Ulasan (Atom)












