Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2013

Didik anak cara Rasulullah s.a.w


Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu

i) Sebelum usia 7 tahun,
ii) antara 7 – 14 tahun dan
iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun

1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat. Tidak boleh tidur di  
    bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun

1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di 
      tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terima kasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk 
      bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan 
      beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar 
      dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T


Cara Didikan Anak Oleh Saidina Ali r.a

7 tahun pertama kelahiran anak. (awal kelahiran sampai umur 7 tahun)

- Bermainlah dengannya.
- Bermain dgn anak ketika usianya dalam lingkungan ini dapat menjalinkan hubungan anak dengan ibu bapa. 
  selain itu ketika ini minda anak2 sedang berkembang dan sedang belajar..
- sebab itu kita boleh lihat apa yg dilakukan oleh ibu dan bapanya akan perhatikan dan ditiru oleh anak2.

7 tahun kedua selepas kelahiran ( 7 hingga 13 tahun)

- disiplinkan Anak2
- Sbb itu Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan 
   pukullah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".
- Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik..berkembang dan perlu dipimpin.
- Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila 
   menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya..
- Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
- bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya".

7 tahun ketiga selepas kelahiran ( 13 hingga 19 tahun)

- Berkawanlah dengan mereka.
- Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
- pendekatan psykologi harus digunakan oleh ibubapa.
- ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. dikala ini mereka sedang 
   tercari-cari identiti mereka.
- Emosi mereka juga mudah terusik.. ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
- jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
- Bersedialah degan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. 
   Supaya senang mengendalikan masalah anak.
- klu kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan org lain kalau anak-anak ini 
  mencari jawapannya sendiri. mungkin dia mencarinya dari kawan2 atau membuat rumusannya sendiri.


7 tahun empat sehingga dia berumahtangga (19 tahun hingga dia berkahwin)

Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
- pada ketika ini mereka sudah tahu apa yg mereka inginkan dalam hidup.
- elakkan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
- pada ketika ini tegurlah mereka dgn cara dewasa.
- ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.

sumber: http://www.carigold.com/portal


Rabu, 29 Jun 2011

Anjakan Paradigma ~~

Dah biasa dengar kan???

Dah buat pun kan???

Dah berjaya???

Huhuhu...

Tak kisah apa pun jawapan korang...

Walau dah pernah buat, masih juga kena check...

Dah berjaya ke mengikut spesifikasi yg kita tetapkan...

Mengikut nasihat Prof. Dr. Muhaya...
Kita memang perlu mempunyai akal yang positif...
Bukan itu saja, segala2 dalam kehidupan kita ni mmg perlu positif...
Makanan, percakapan, bacaan, hati.... dan paling penting solat...

Ini semua penting utk mengelakkan 'virus minda'... Bila minda dah rosak atau terganggu... segala yg wujud dlm pemikiran kita pun bukanlah perkara yg baik2...

Segala yg kita lakukan kena jujur kerana Allah yg beri balasan pd kita... bukannya manusia... insya allah..

Mendengarkan slot Dr. Muhaya mmg sentiasa menaikkan semangat dan keyakinan...
Penuh bertenaga namun tetap merendah diri serta menggalakkan kita mensyukuri apa yg di miliki...

Pesanan beliau juga, agar kita semua jujur dgn ilmu yg kita ada... gunakanlah pd perkara2 yg baik dan mendatangkan faedah...

Jadi... pada yg masih terfikir2 nak melakukan perubahan atau tidak... cubalah pertimbangkan sebaik2nya...

Semua terletak pd 'akal' kita... dan sudah tentulah 'nafsu' akan sentiasa menggoda ke arah yg merugikan...

Fikir2lah... insya allah... kita cuba yg terbaik bukan semata2 utk diri sendiri... tapi, juga buat semua permata hati dan org2 yg kita sayangi...

Masa depan kita, kita sendiri yg menentukannya...

Huhuhu...

Rabu, 25 Mei 2011

Tips Memilih Perfume

Ok kawan2... apa kata hari ni kita berkongsi tips apabila nak memilih perfume utk diri sendiri ataupun berkira2 utk menghadiahkannya pd org tersayang mungkin...
------------------------------------------------------------------------------------

Setiap perfume mempunyai akronim EDC, EDT, EDP yang mewakili peranan yang berbeza yang tertera di setiap botolnya. Berikut adalah maksud akronim-akronim tersebut:

1. Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen pewangi. Ia cuma mampu bertahan sehingga tengahari.

2. Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen pewangi dan sedikit semburan cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.

3. Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen pewangi. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.

Oleh itu, jika anda ingin membeli perfume, pastikan anda membeli perfume yang mempunyai akronim EDP kerana ianya adalah yang paling berkualiti.

Semoga mendapat manfaat dari info ini. Terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Kiriman e-mail sahabat

Jumaat, 1 April 2011

Tips Kesihatan

Alhamdulillah... Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan kita.

Jadi kesempatan ini, saya nak berkongsi sedikit tips kesihatan = bbrp tips utk menguruskan badan...chewah!!! Saya sendiri belum mencuba a.k.a tak taulah berupaya atau tidak mengikut saranan yg diberikan ni... Mudah2an, kita sama2 mencuba dan moga2 usaha kita akan berjaya... Pada sesiapa yg rasa bermasalah dgn tubuh badan tentu terasa ingin mencubakan.... GUD LUCK!!!

3 saranan penting:

1. Lakukan senaman
Melalui senaman akan dpt membantu mengeluarkan segala lemak2 yg terkumpul di dalam badan. Secara tak langsung, senaman juga dpt membantu menguatkan jantung kesayangan kita insya allah..
Antara senaman yg mampu membantu usaha kita spt: aerobik, berjogging & berbasikal.

Tapi, jgn memandang mudah dgn aktiviti senaman kerana kita perlu memulakannya dgn aktiviti memanaskan badan selama lebih kurang 10-15 minit. Slps itu, barulah kita boleh meneruskan aktiviti yg telah kita pilih selama lebih kurang 45-60 minit. Jgn tergesa2 untuk mengakhiri aktiviti senaman kita kerana spt majlis2 lain kenalah ada penutupnya. Jadi kita boleh mengakhiri senaman kita dengan menyejukkan badan juga selama lbh kurang 10-15 minit.

2. Diet
Diet yang dimaksudkan ialah mengambil makanan mengikut jumlah kalori yg diperlukan oleh badan seseorang dgn secukupnya. Jgn berlebih atau berkurang.Dan jgn sesekali berdiet sehingga tak langsung menjamah makanan...

3. Tidur
Sama seperti diet, tidur utk seseorang juga perlulah cukup. Jgn sesekali tidur berlebihan kerana ia merupakan salah satu punca yg menyebabkan seseorang boleh menjadi gemuk.

Okay, rasanya cukuplah perkongsian ilmu kita utk kali ini. Mudah2an tips ini mungkin dpt membantu sesiapa yg memerlukannya. Pada yg tidak bermasalah... berbahagialah mereka, tapi ingat. Apa2 pun, kesihatan perlu di jaga..

S E L A M A T B E R J A Y A

Rabu, 30 Mac 2011

Kongsi rahsia

Marilah kita berkongsi petua sebenarnya, bukanlah rahsia apa pun...

Buat keja pun dah naik pening kepala... Jadi, berhenti sebentar... rehatkan otak... Kita bercerita la bab lain... Huhuhuhu...

Petua2 ni ku salin drp sebuah buku, tapi dah lupa pulak tajuknya... tapi, yg penting marilah kita sama-sama share ye... Ada juga yg ku ambil, sambil2 mendengar ceramah atau borak2 di radio... mana tau, boleh bawa kebaikan pd yg lain...

Elak anak terkena Jaundis
- Perahkan anggur hitam ke dalam mulut bayi, agak2 la sukatan yg sesuai ye...

Mulut berbau Petai
- huhuhu, bagi para penggemar Petai jgn lah gundah gulana ye... Boleh cuba petua ni. Ambil dua sudu beras, kunyah hingga hancur... mudah2an hilangla baunya...

Cirit-birit
- Buah Lai sejuk di blend dan makan, tapi lupa pulak berapa byk sukatannya... cubalah pd anggaran yg sesuai

Itulah bbrp petua yg boleh di share kali ni... Insya allah, ada kesempatan, kita berkongsi petua2 lain pulak ye...

Byk petua dan nasihat org2 lama, yg sebenarnya baik utk kita amalkan... Tambahan pula, dunia skrg... mcm2 makanan segera ada... mnyebabkan kita semua pun 'segera' dpt mcm2 penyakit...

So, sama2lah kita mencuba ye...