Memaparkan catatan dengan label Tempahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempahan. Papar semua catatan

Rabu, 23 Disember 2015

Aku, Kau, Dia, Kita... Shaklee

Apa punya tajuk tu? Cerita pun tak, lagu pun tak kan??

Merapu lah ni...

Ok... kembali ke landasan yg benar semula yek...

Sharing kali ni.... apa yang aku, kau, dia dan kita nak tau???  Tentulah daku nak bercerita tentang Shaklee kan...  produk mana yg kita nak cerita kali ni???

Taraaa....

Ini memang dambaan ramai orang ni...  Hot item drp Shaklee...
Kenapa agaknya ye??

ESP ni memang best, banyak sekali kelebihannya.
Terutama buat individu yang pentingkan kecantikan, kesihatan juga buat yang inginkan kekal bertenaga.
Bestkan???

Tengok kriteria di atas, ESP ni macam sesuai utk wanita2 aje ye???  Jangan risau buat abang katang, abang sado, adik manis... semua orang boleh minum ESP ni tau...

* Lelaki
* Wanita
* Tua
* Muda
* Ibu menyusu
* Ibu mengandung
* Ibu berpantang
* Berdiet
* Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

Jadi, pada sesiapa yang sedang mencari-cari produk yang sesuai utk kecantikan dan kesihatan...  Cubalah ESP drp Shaklee ni...

Berbaloi-baloi...

Saya sendiri memang minum ESP ni...  pagi-pagi shake aje dgn susu coklat...  Hmmm... sedapnya.  Yang penting, disiplin dan istiqamah tau!!  Kesannya akan muncul nnt...   Inshaallah...

Boleh hubungi saya di talian ni: 010-5708080.




Isnin, 6 April 2015

Kek dan mood

Dah lama juga tak mengambil tempahan membuat kek atau puding.

Ada projek masak memasak pun, untuk makan-makan sendiri.

Masalah............ masalah............ sekarang ni.

Yang nak menempah kek dah ada, yang tukang menyiapkan tempahan pulak yang masih tercari-cari mood.

Aduyai!!!  Orang gini pun ada yek...  mood pun taknak mari-mari...  Kikiki...

Bercintanya rasa, nak beraksi di dapur ni...

Macamana nak buat ni agaknya.  Tak sampai hati tak memenuhi permintaan orang...



Jumaat, 6 Mac 2015

Bisnes

Bisnes uolls...

Hai, rasanya boleh dikatakan kebanyakan orang dekat atau jauh dengan kita berebut-rebut ingin menjadi ahli perniagaan sekarang ni.  Mungkin keperluan masing-masing menuntut supaya mereka berbisnes, dan mungkin ada yang mengikut apa yang disarankan oleh junjungan  besar Nabi kita bahawa 9/10 sumber pendapatan adalah berpunca daripada perniagaan.

Dalam kesibukan yang lain berniaga, aku sendiri pun turut mendapat tempias untuk menjadi ahli perniagaan nampaknya.  Rasanya macam-macam yang aku jual... namakan sahaja... tapi selalunya produk-produk segarlah... macam hasil laut : ketam, udang, ikan, kepah pun ada... produk pertanian ada  : cendawan segar, jagung, ubi kayu pun tak ketinggalan terutama di musim tengkujuh.  Produk makanan pun turut sama dalam senarai jualan aku : air tangan sendiri tentulah kek oren, kek coklat dan puding.  Produk yang aku tolong jualkan pun ada macam-macam jenis : Dodol, tapai pulut, cheezy cookies, choco jar, chocolate lasagna, karipap frozen juga sambal hitam pahang yang glamer itew...

Banyak sungguh senarainya kan...  Tapi, itu bukanlah  bermakna, aku ni peniaga terkenal atau tersohor.  Tapi, mungkin lebih pada minat.  Seronok rasanya berjual beli, yang penting kita jual barang yang baik dan memuaskan hati para pembeli.

Masih ada satu produk yang aku turut jual, tapi mungkin bakat meniaga tu tak sehebat mana...  Jadi, walaupun aku ni seorang ejen sah bagi produk SHAKLEE... memang terasa kurang handal bab nak melariskan produk yang satu ni.  Why???  Entahlah... rasanya sebab kurang ilmu lagi kot. Sedar pun kelemahan diri sendirikan...

Jomlah kita jamu mata dulu... 








Macamana, ada yang dah meleleh ayaq lioq ka??? Nak tau rasanya, order saja...

# Cuma, untuk produk-produk jualan ku ni... kenalah tengok kesesuaian untuk proses penghantaran...  Yang basah dan segar tu, setakat ni memang tak dihantar jauh-jauhlah ye.  Kecuali self-pickup...  Inshaallah, bolehlah dipertimbangkan #

Jadi, kesimpulan ringkas yang aku dapat... bukan mudah untuk berniaga, tapi tak mustahil untuk berjaya.  Inshaallah, kalau kita rajin berusaha kita pasti akan memperoleh hasilnya.  Cuma itulah, jatuh bangun dalam perniagaan itu perkara biasa.  Tanpa kegagalan manalah kita nak bertemu dengan kejayaankan.

Inshaallah, moga Allah permudahkan urusanku dan aku tak mudah putus asa.  Aamiin...

Khamis, 21 November 2013

Tempahan untuk majlis bertunang

Biasalah di hujung-hujung tahun ni...  Macam-macam acara bakal berlangsung bagi mengakhiri tahun 2013 ni.  Selain majlis walimatul urus, tak kurang juga majlis bertunang, berkhatan, dan  bagai-bagai lagilah ye.

Hujung minggu ni, dapatlah tempahan juga... kecil-kecilan aje...  Ada anak buah bakal bertunang.  Jadi mak bondanya menempah kek coklat dan oren untuk menjamu para tetamu.

Malam ni, dah nak mulakan projek... esok dah senang untuk buat toppingnya aje...  sebut topping macam hebat ajekan...  Padahal, saya tak pernah nak menceburkan diri dengan cream cheese bagai...  Tak kuasa lagi setakat ni.  Buat topping biasa-biasa aje.  Kalau semua dah beres, Sabtu dah tak sibuk nak fikir pasal kek-kek lagi.  Bawak diri dan anak-anak ajelah ye..  En. suami ada tugas, tak dapatlah join kami nampaknya.  Takpelah, yang penting nak bercuti nanti, dia 'available'.

Petang ni, nak kena mencari bahan-bahan yang belum cukup.  Tak banyak cuma oren, telur dan gula ising.  Bahan keperluan lain semua tersedia di rumah.  Standby aje, bila-bila ada tempahan tak pening lalat nak keluar mencari...

Oklah,  inshaallah kalau berkesempatan... saya huplod gambar... bukan apa, kekadang malas sebab rupa kek saya tu tak mencabar minda pun... malas nak fikir nak deco fesyen lain... hihihi...

Semua tau nak senang ajekan...  Tak baik betul!!!

Ok, jumpa lagi nanti...  Daaa....


Rabu, 2 Oktober 2013

Citer basi

Hellau.... 
Lama tak singgah bercerita di sini...  Biasalah, kebizian (kononkan) dengan rutin hidup dan kerja... membataskan masa untuk mencoret warna-warni kehidupan seharian di sini...

Last entri tentang lebaran lalu, ini dah dekat nak menyambut kehadiran Eidul Adha pun... itulah, sekejap betul masa berlalu...

Banyak yang dah berlaku dan berlalu dalam hidup ni...  macam-macam cerita suka duka ada... Tapi, tak mengapalah... kehidupan memang perlu diteruskan... susah, senang, segala cabaran... laluilah semuanya dengan tabah dan redha...  Bunyi macam best ajekan, tapi yang melalui... hanya Allah yang tahu...

Kali ni, rasa nak berkongsi hobi biasalah... aktiviti dapur berasap... hehehe...

Pertengahan September, macam yang pernah dikongsi sebelum ni...  kakak ipar melangsungkan majlis perkahwinan anak keduanya...  Tempahan kek coklat dan oren dibuat untuk dihidang kepada para tetamu dan cupcake untuk buah tangan para hadirin...  Buat baker profesional... setakat tempahan gitu 'kacang' aje rasanya...  tapi buat orang amatur dan part time baker ni... ish3.... borpoloh-poloh gak den nak siapkan semuanya...

Kat bawah ni, di upload gambar kek yang berjaya disediakan... budak baru belajarkan, comot-comot jek la keknya... tapi, cupcakes tak sempat nak snap gambarnya... dah bizi mengejar masa... ini ajelah yang dapat dipersembahkan...

sepatut 4 biji semuanya, tapi sebiji belum kuar oven... 






kat bawah ni pulak, cobaan pertama masak kek gula hangus...  ini resepi yang tak diperam lama... siap bancuhan teruslah dibakar...  lepas-lepas ni boleh try yang diperam 2/3 jam pulak... boleh buat perbandingan macamana hasilnya..




Oklah kengkawan pembaca... alang-alang menjenguk ke blog ni... saya share ini ajelah dulu ek...  In sha allah, kalau berkesempatan... saya singgah lagi mencoret kisah di sini.  Ada beberapa resepi yang memang nak dicuba, in shaa allah akan saya share disini. Akhir kata, jumpa lagi... dan moga hari-hari yang kalian lalui... ceria dan bahagia sokmo...

Selasa, 6 Ogos 2013

Hari Lebaran

Alhamdulillah syukur kerana kita masih berupaya menghirup udara di muka bumi Allah sehingga ke hari ini.  Pejam celik tinggal sehari aje lagi, Ramadhan 1434H akan berlalu pergi dengan segala kisah dan keberkatan didalamnya.  Mudah-mudahan bertemu lagi kita di tahun depan... Ameen!!!

Dalam kerancakan persediaan Syawal yang dah nak kunjung tiba...  alhamdulillah, rezeki saya tahun ni nampaknya boleh tahan...  Tempahan kek oren dan kek coklat kukus saya, membuatkan saya amat menghargai setiap saat yang  berlalu pergi.  Tanggungjawab untuk menyiapkan tempahan raya pelanggan ni, menyentap jugaklah...  dalam satu malam nak siapkan 6 biji kek... memang agak sentaplah pada saya yang masih amatur ni...  Alhamdulillah, pelanggan saya jenis yang tak suka deko kek... memang suka original flavour tanpa topping...  so, boleh buat topping simple untuk kek coklat dan kek oren langsung tak perlu topping...  saya pun mempunyai citarasa yang sama...  ori, so tak lari rasa asal kek tu... itulah nikmatnya...  tapi, lain orang lain ragamkan... terpulang pada citarasa masing-masing..

Malam ni, nampaknya tak perlu berjaga sangatlah...  sebab untuk menyiapkan 2 biji kek coklat... in shaa allah mudah terutama bila ada yang membantu...  Yang masih bermain di fikiran ialah agenda biskut dan kuih raya tahun ni...  Dah menerror buat kuih lidah kucing.  Ada hati nak mencuba beberapa yang lain... tapi kena dahulukan biskut cornflakes mak bonda...  In shaa allah, kalau takde aral... malam ni bolehlah diuruskan bab biskut tu...

Esok ingat nak buat puding-puding aje dah.  Kalau baking pun, sebiji dua kek untuk sedekah jiran sekeliling jek kot..  Itu aje kepandaian saya, so gunakanlah dengan sebaiknyakan...  Hihihi...

Di sini ada saya upload gambar kek coklat adik ipar, anak saudara dan seorang rakan pejabat...  Saya budak masih belajar masih banyak nak diperbaiki.  Saja berkongsi di sini untuk menguatkan semangat supaya boleh mendapat hasil yang lebih baik dan cantik...

Layan ajelah ye...



Ini tempahan rakan pejabat (regular customer)

Ini tempahan adik ipar di Temerloh

Tempahan daripada rakan-rakan En. Suami

Masih ada beberapa biji kek yang saya tak sempat pun ambil gambar...  Sibuk nak menyiapkan semua tempahan ni, takut terlewat jadi tak sempat nak snap gambar...  tapi semua lebih kurang aje...  Saja syok sendirilah melayan perasaan menengok gambar-gambar tu... Huahua...

Oklah, nanti saya upload cerita hari raya pulak in shaa allah.  

Selamat Hari Raya buat semua yang sudi menjenguk blog saya ni.  Pada yang balik kampung, hati-hati memandu dan moga anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.  Ingatlah yang tersayang, so hingga kita berjumpa lagi.  Moga Syawal yang bakal tiba akan membawa seribu kebahagiaan dan keceriaan.

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin buat semua...




Selasa, 30 Julai 2013

Permulaan cerita

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kek pelanggan, terkenang kisah dulu-dulu.  Kisah bermulanya saya terjerumus dalam hal ehwal tempahan kek oren.  Asalnya, hanya ambil tempahan kek coklat kukus di pejabat.  Tak pernah merancang untuk mengambil tempahan kek lain atau apa-apalah selain daripada kek coklat kukus tu.  Tak pernah terlintas di kotak fikiran pun...

Nak dijadikan cerita, dalam kesibukan mengambil tempahan kek coklat, ada seorang kakak di pejabat bertanya kalau-kalau saya boleh buatkan kek oren.  Nak kata saya biasa buat memang tidaklah, tapi kadang-kadang memang ada buatkan untuk makan-makan dengan keluarga  disebabkan mak dan ayah tak berapa sukakan kek coklat.  Jadi memang ada masanya saya buatkan kek mentega atau kek oren.  Mulanya, saya tak berani nak terima tempahan tersebut.  Cuma, bila diberitahu yang kakak yang teringin nak makan tu ada masalah kesihatan, dan tak lama lagi nak buat pemeriksaan di IJN saya gagahkan juga terima tempahan dia.  Dalam hati dok berkira-kira harapnya adunan dan air tangan saya tu kena dengan selera dia.  Syukur alhamdulillah, kek yang diadun menjadi elok.  Dan komen kakak tu juga bagus, jadinya saya tak risau nak terus menerima tempahan bila-bila masa.

 rupa kek oren yang sudah di potong... sedap...
tak percaya kenalah cuba

Daripada situ, saya teruslah menerima tempahan kek oren especially pada orang-orang yang nak bertukar angin.  Kek coklat dah biasa dan mudah didapati.  Kek oren memang agak payah nak dapatkan.  Setakat ni, rakan-rakan di tempat kerja selalu juga menempah.  Taklah kerap, tapi sesuailah dengan status saya yang bekerja.  Sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang sambil memenuhi hajat-hajat orang...  Saya seronok aje dengan keadaan sekarang.  Sebab sesekali dapat agak banyak tempahan terutama di musim lebaran, saya agak tak selesa kerana ada deadline. Pening juga, terutama bila ada baby ni kan...  Harap-harap baby taklah meragam kali ni...  Ada juga tempahan yang dah menunggu tu...  Harap dapat kerjasama daripada anak-anak.

Oklah, kita tunggu dan lihat ajelah apa akan jadi nanti ye...  Hihihi...


Isnin, 29 Julai 2013

Persiapan Raya Part 2

Salam sejahtera semua...  Dah menjengah Ramadhan ke 20 kita hari ni rupanya.. Pejam celik, sat aje (aik, kuar slang Kedah pulak) dah masuk hari ke 20 ye...  Syukur alhamdulillah, kerana kita semua antara yang terpilih untuk meneruskan kembara di bulan ibadah kali ini...

Macam tajuk tertera di atas, nampaknya saya menyambung kisah persiapan raya tahun ni...  Bukan bersiap mana pun, memang tak dapat nak bersiap pun...  Baru nak sentuh A, baby dah buat bising...  Kena tunggu keadaan tenang barulah dapat nak kemas sana sini sikit-sikit.  Bukan lama sangat pun baby tidur, dah dapat kaki ni, baby court pun dah serupa 'penjara' pada dia.  Nak berlari berkejaran macam orang-orang lain...  Adoi!!!  Nak kena ada orang monitor, biasalah baru dapat lesen P, tapi jiwanya macam dah bertahun pandai berjalan...  Hohoho...

Kuih raya yang dirancang, masih belum nampak pun rupa...  Campur-campur sibuk menyiapkan tempahan kek pelanggan... memang belum berjayalah menguli sebarang biskut atau kuih setakat ni...  Setakat lepas untuk juadah berbuka puasa aje setakat 19 hari Ramadhan dah berlalu.  Silap-silap jadi biskut tunjuk jek la nanti jawabnya... Hihihi, kalau tidak masak masakan panas ajelah nampaknya...

Alhamdulillah, bab baju raya dah setel...  Cuma, tinggal baju-baju melayu para heronya aje lagi yang belum ada masa nak pergi cari...  Kalau tak hujung minggu ni, tengoklah sebelum-sebelum raya... tetap kena pergi cari...  Takkanlah takde langsungkan...  Tak patut.... Tak patut...

Dalam minggu ni, agak sibuk sebab dapat projek kek coklat...  Bukanlah banyak sangat, tapi untuk seorang ibu bekerja...  Peh!!!  Berpeluh jugaklah nak membahagi masa...  Bab anak-anak, bab berbuka, bab sahur, bab nak siapkan tempahan...  Mudah-mudahan berjayalah projek baru saya ni... Ameen!!!


kek coklat kukus
 
 kek mentega (first time cuba, untuk besday Imran) plain tanpa deko sebab ibu tak belajar deko-deko lagi

 kek coklat kukus hasil deko en suami

In shaa allah akan bersambung dalam entri lain tentang persiapan raya saya dan keluarga tahun ni...  Teruskan membaca ya....

Jumpa lagi dalam lain perkongsian...

Isnin, 22 Julai 2013

Tempahan

Untuk sambutan raya tahun ni, alhamdulillah ada juga tempahan yang saya terima.  Saya ni bukanlah aktif sangat menerima tempahan sama ada kek atau puding, tetapi bila ada yang request tu biasanya saya memang tak pernah mengecewakan mereka.  In shaa allah, kalau kita memenuhi permintaan orang tu.. mudah-mudahan urusan kita juga dipermudahkan Allah...  itulah harapan saya selalunya.

Sebelum-sebelum ni, ada juga tempahan kek oren, kek coklat kukus dan puding roti pelangi yang saya buatkan.  Tapi tak pernah saya share di blog ni rasanya.  Mungkin ada share tapi bukanlah untuk entri tempahan.  Kebelakangan ni aje, en suami nampaknya dah agak menggalakkan saya bila saya membaking (le kunun...)  kalau tak, dia mungkin risau kalau-kalau saya keletihan selepas membaking, mana dengan nak menjaga anak lagikan...  Syukurlah kalau dia dah mula memberi galakan sebab memasak @ membaking ni adalah salah satu cara nak manage my stress.  Yelah, bila dapat memasak or membaking tu... terasa hilang letih sepanjang hari bekerja dan menjaga anak-anak.  Hati rasa gembira, lapang dan terasa senang aje.  Dapat mengembirakan orang pun satu kepuasan tersendiri juga pada saya.  Yang penting kita semua gembira dan bahagia dengan cara kita.  Jangan sampai menyusahkan hidup orang udah le...

Selain tempahan untuk raya, nampaknya kakak ipar juga dah menempah muffin coklat untuk hari bersejarah anak lelakinya September ni...  Huhuhu...  Berapa banyak tempahannya aje yang belum disahkan...  Tapi, biasanya kalau dah kenduri kahwin ni... banyak jugaklah rasanya...  Harapnya semua menjadi dan memuaskan hati para pelanggan. 

Antara tempahan-tempahan yang pernah saya terima:

* Tak banyak gambar yang ada dalam simpanan, in shaa allah kalau saya bergiat aktif selepas ni... banyaklah kot gambar-gambar yang saya akan share...  mudah-mudahan... ameen!!!



(kek semua takde topping, kalau pelanggan request baru saya buat.. kalau tak memang suka kek plain saja, menjaga kesihatanlah kononkan... hehehe...)








Selain daripada puding roti pelangi dan kek coklat...  paling kerap yang saya terima tempahan adalah kek oren (takde pula dalam gambar)...  mungkin nakkan kelainan, sebab kek berasaskan coklat sangat mudah didapati di pasaran jadi pelangan lebih suka memilih kek oren pula.  Syukur alhamdulillah pelanggan saya memang berpuas hati dengan rasanya.  Syukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Satu lagi produk makanan yang turut saya jual sempena menyambut kehadiran Syawal ialah dodol.  Dodol original buatan keluarga saya.  Buat masa sekarang, dodol warisan keluarga ni masih suci murni tanpa sebarang bahan pengawet.  Jadi jangka hayatnya taklah lama, lebih kurang seminggu.  Selebihnya memanglah para pelanggan di ingatkan supaya simpan dodol tersebut di dalam fridge kalau nak ia tahan lebih lama.  Dodol ni memang di buat every year...  So far, sambutannya juga baik...  Memang keraplah dodol ni terjual sehingga kehabisan stok. Kiranya kes biasalah tukang kacau dodol sendiri tak merasa dodol yang dibuat.  Syukurlah sebab pelanggan setia kami puashati.  Kekadang kami yang tolak tempahan dek kerana dah tak cukup tenaga pekerja dan tempoh masa yang teramat singkat.  Nanti orang lain beraya, kami dok beraya ngan kawah dodol lagi.  Tak rela u..

Oklah, celoteh harini berkisarkan tempahan yang biasa saya terima untuk sambutan raya dan kadang-kadang untuk sambutan event-event lain...  Syukur alhamdulillah atas segala yang Allah kurniakan...

Mudah-mudahan lebih banyak jenis makanan yang saya boleh buatkan untuk masa-masa depan.  Teringin juga mencuba lain-lain resepi, mana tau kot-kot hit dan mendapat tempahan kawan-kawan kan...

Jumpa lagi...  Salam Ramadhan...