Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2015

Penawar Lelah

Kesian tengok anak-anak bila diserang lelah. Serba tak kena. Baring tak selesa, duduk pun sama.

Kalau anak teruna saya, bercakap tak mau... makan-minum pun tak lalu.  Sayu bila melihat keadaan dia.

Syukur alhamdulillah setakat ini.. biarpun kadang-kadang dia diserang, tidaklah sampai ditahan di wad.  Masih berhasil melalui ubat-ubatan.

Tapi, kali ini saya berusaha dengan salah satu produk keluaran shaklee... omega guard...



Seronok betul rasa hati selepas 2,3 hari saya cuba berikan dia dengan omega guard ini... dia beransur baik dan boleh dikatakan hampir 90% kesihatan kembali normal.

Sebenarnya dah lama saya diberitau tentang kegunaan supplemen omega guard ini, terutama buat anak-anak sekolah dan juga untuk anak-anak yang sering diserang asma.  Alhamdulillah, kali pertama menggunakannya, saya mendapat keputusan positif dan sesuai dengan anak saya.

Jadi, kawan-kawan pembaca yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti saya... bolehlah cuba suplemen ini.  Kita berusaha, moga-moga anak-anak atau kita sendiri mendapat kesihatan yang baik  dengan izin Allah.  Pada yang nak mendapatkan bekalan suplemen, boleh inbox saya ye...


Rabu, 11 Mac 2015

Penkek Ceriakan Hariku

Ibu-ibu sekalian...

Pernah tak terasa buntu memikirkan menu sarapan untuk anak-anak ke sekolah?
Itu biasanya dilema diri sendirilah.  Habis fikir, menu untuk esok untuk sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah.

Pagi ni, dalam kekalutan sebab masih belum ada rancangan untuk sarapan mereka... syukurlah, sebab Allah berikan idea membuat penkek ni sebagai penyelamat hariku...

Pagi yang hening, aku bangun lalu terus terfikirkan menu untuk pagi ni.  Ke dapur, intai stok apa yang ada?  Hmmm, gandum ada, baking powder ada, telur pon ada...  Yes!!!  Berpenkek la rasanya pagi ni...  Sambil mula mengambil bahan-bahan diperlukan untuk digaul didalam mangkuk.

Apa yang buatkan aku sangat 'happy', sebenarnya en suami ada belikan sebiji pan kecik yang pada pandangan aku hanya pelaburan yang membazir, entah kenapalah dia belikan pan tu.... rupa-rupanya, pan yang tiba-tiba dibeli tu bakal berkhidmat untuk aku pagi ni...  Siapa sangkakan, aturan Allah begitu rupanya.

Sebelum ni, pernah juga terbaca dalam whatsapp group, kawan2 gunakan pan comel untuk buat penkek... tapi, memang aku tak pernah endahkan... janji penkek jadi, anak-anak tak kisah pun sama tak saiznya...

Bila aku cuba gunakan pan comel tu pagi ni.... hati mula berbunga-bunga.... "eh, betullah kata kawan-kawan, rupa penkek tu jadi sama saiz... takdelah ada yang besar bangat, ada yang bujur, atau macam-macam bentuknya".... hahahaha.... hati ku ketawa girang...

Penkek pun mampu menceriakan hari kita rupanya...

Kira pencapaian aku hari ni boleh dibanggakan, walaupun takdelah boleh lawan rupa penkek orang lain yang lebih cute dan sekata...

Tak kisahlah, janji hati kita bahagia....




Senang pun senang, ini resepinya:

Tepung gandum
Susu segar @ air
Gula
Baking powder
Telur
Minyak @ mentega

Tak ingat pulak dari mana sumber resepi ni, moga-moga tuan punyanya juga mendapat pahala atas perkongsian ni.

Cubalah...

Khamis, 5 Mac 2015

2 bulan berlalu

Salam sejahtera semua...

Lama betul tak menjenguk ke blog ni...  Hampir setahun jugak tempoh masa yang dah pun berlalu pergi.

Wah! Wah! Apa sangatlah yang sibuknya kita ni, sampai dekat2 setahun mendiamkan diri... menyepi dari berkongsi2 cerita ceriti...

Diam tak diam, 2 bulan di tahun 2015 dah pun berlalu pergi bersama cerita2 tersendiri...  Dah tiba di bulan Mac, bulan menyambut ulangtahun perkahwinan kami nampaknya.  Kisah cinta dan sulaman kasih sayang yang sudah termeteri hampir 13 tahun.  Telah diserikan dengan 2 puteri dan 2 putera kesayangan kami.  Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan pengalaman yang Allah dah berikan kepada kami selama tempoh ni.



Melayari bahtera perkahwinan, bukan sesuatu yang mudah.  Faham2lah, bila dua individu yang berbeza dari hampir segala segi berkongsi satu kehidupan bersama.  Pasti banyak sekali pengalaman, kenangan yang tersisip indah dalam memori setiap pasangan.  Segala susah senang yang dilaluilah yang pasti mematangkan diri setiap dari kita.  Segala susah payah jugalah yang menjadi kayu pengukur keutuhan kasih sayang dan janji yang dipersetujui kedua individu apabila menoktahkan perhubungan dengan perkahwinan.  Perkahwinan dua jiwa yang pasti perlukan pengorbanan, timbang-rasa juga saling percaya.

Bulan Mac, bakal menemukan banyak lagi pasangan yang berjanji setia sehidup semati.  Mengambil sempena cuti sekolah, pasti banyak undangan perkahwinan yang diterima.  Cuma, keadaan sekarang dah agak berubah...  Majlis penyatuan dua jiwa tak lagi memenuhi kalendar cuti sekolah semata-mata.  Mana-mana tarikh, mana-mana bulan juga menjadi pilihan sang dara dan teruna.  Pelbagai faktor telah merubah keadaan semasa.  Kalau dulu, antara faktor penting adalah faktor fizikal satu2 tempat.  Kalau nak menyatukan si dia dari utara dengan pilihan hati di pantai timur atau selatan memang byk yang perlu difikirkan.  Tempoh masa perjalanan ke sesebuah lokasi yang jauh dan lama menyebabkan satu-satu majlis dipilih semasa cuti sekolah.  Ahli keluarga juga tiada halangan untuk berkumpul, kerana anak-anak sedang bercuti.

Itulah perubahan-perubahan yang tanpa kita sedar berlaku di lingkungan kehidupan kita.  Banyak lagi faktor2 lain yang pastinya jadi penyebab majlis-majlis yang kini berlangsung bila-bila masa sahaja.  Namun, apa yang penting, moga2 pilihan hati masing-masing bakal membawa seri dalam melayari kehidupan seharian.  Bukan sedikit yang perlu kita sepakati.  Itulah lumrah kehidupan.

Akhir kata, moga kehadiran Mac kali ini membawa seribu kebahagian buat siapa sahaja.  Bukan sahaja buat yang meraikan cinta baru, malah juga buat para pencinta yang telah seiring sejalan melayari bahtera cinta mereka selama ini.

Selamat Pengantin Baru dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat semua yang meraikannya dalam bulan ini.  Tahniah buat anda semua.


Rabu, 26 Februari 2014

Doa buat anakku



Selamat Hari Lahir Kesayangan Ibu dan Abah..

Semoga Nabeeha jadi anak yang solehah, sihat, pintar, baik hati, disayangi semua orang. Semoga hati, tubuh dan fikiran Nabeeha selalu dalam lindungan dan petunjukNya.

Semoga Nabeeha dijauhkan dari kesusahan hati dan selalu bertemu orang-orang baik dalam hidup.  Semoga Nabeeha selalu ingat untuk mendoakan kedua orang tua, saudara, dan teman-teman Nabeeha ketika bersolat.

Semoga Nabeeha selalu menemukan kemudahan di balik kesulitan dan ingat untuk selalu memberi kemudahan pada orang lain yang dalam kesulitan.

 






Harinya dah pun berlalu sebulan yang lalu..  Tapi mood ibu menulis takde...  Terbiarlah cerita ni begitu saja...  Sambutan dengan keluarga yang biasa-biasa yang memang kami buat untuk semua anak..  Yang penting ingatan kami buat mereka semua.  Selebihnya adalah doa kami buat anak-anak permata hati kami.

Moga tahun 2014 ni membawa seribu kebahagiaan dan rahmat buat kami sekeluarga... Dan moga kami dapat membahagiakan orang lain juga...  Ameen...

Selasa, 19 November 2013

Anak-anakku sayang

Apa cerita nak dikongsi kali ni ye???

Biasalah, sekarang dah semakin di penghujung tahun... maksudnya sessi persekolahan tahun ni pun dah berakhir...

Bila bercerita tentang sekolah, tentulah cerita basi yang aku nak kongsi kali ni. Hihihihi... Basi pun basilah, harap jadi motivasi diri agar tahun depan, prestasi semakin meningkat...

Apa2 pun, syukur ke hadrat Illahi dengan segala kurniaannya pada aku dan keluarga sepanjang tahun ni...  Tetap yang terbaik pada aku, walaupun orang lain... lebih besar dan hebat kejayaan yang mereka miliki...  Rezeki masing2...

Apa yang basi tadi ekkkk...  

Belum cukup seminggu tempohnya, kira tak berapa basi... masih wangi...  Hahahaha...  Apalah yang aku merepekkan ni yek...

Ini kisahnya.



Tanggal 14 November lalu, aku mengambil cuti sempena meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (MAKEP) sekolah anak2 aku... sebab ada 3 orang anak yang bersekolah kat situ...  Aku dapat dua surat jemputan, satu untuk anugerah yang si kakak terima, dan yang paling aku tak sangka si adik pun dapat anugerah rupanya...  Memang satu kejutan, sebab si adik memang tak berapa dapat perhatian semenjak dia kecik... memang kejutan besar pada aku, sebab dah sah2 tak mengajar dia sangat tambahan sejak dah ada baby ni...  Bolehlah korang bayangkan keadaannya kan...

Keputusan peperiksaan anak sulung memang aku dah tau... sebab sekarang kita bole check keputusan secara online di SAPS.  Cuma, kata dia...  dia dapat hadiah untuk matapelajaran terbaik...  Syukur Ya Allah, aku memang tak demand atau letak sebarang harapan sebab aku tau, aku tak begitu memberi perhatian pada peperiksaannya.  Aku ambil tau, cuma memang tak berkesempatan nak memantau2 latihan atau persediaan (sebab rasanya dia tak bersedia apa sangat pun... macam takde rupa orang nak periksa pun aku tengok, tau2 dah nak exam...) huhuhu!!!! redha ajelah dengan apa yang dia akan dapatkan...

Selepas reherseal, si kakak beritau yang adik lelaki di Pra-Sekolah pun dapat anugerah...  Hahaha...  Hihihi...  Huhuhu...  Lagi satu kezutan pada aku...  Bukan terkejut apa, aku memang sedar diri...  sejak ada baby memang aku takde banyak masa untuk yang lain...  Jadi, aku memang redha jekla walau apapun keadaan diorang.  Bukanlah maknanya aku lepas tangan tentang anak2 aku ni, aku tetap bertanggungjawab cuma, bab pelajaran agak ketinggalan sikitlah...  Malunya kan...  Tak patut betul ibu cenggini...

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat...  Tahun 2013 ni, bukanlah satu tahun yang gemilang terbilang... tapi, syukur ya allah dengan pemberianmu...  Walau aku lalai, leka... tapi kau tetap berikan yang terbaik buat aku...  Thank You Allah...

Aku juga bersyukur kerana anak2 berusaha gigih walaupun ibu tak begitu memberi fokus, cuma dorongan dan doa aje yang dapat aku titipkan buat mereka..

Mudah2an kejayaan mereka akan berterusan... dan takkan melalaikan mereka...  Harapan aku, moga2 tahun depan... aku sendiri dapat perbaiki diri dan memberi lebih perhatian pada mereka...  Ameen...

Korang tolong doakan sekali yek...  Tima kasih...

Khamis, 15 Ogos 2013

Lebaran yang dirai

Alhamdulillah...  Dah menginjak ke 9 Syawal 1434H hari ni.  Bermakna sudah seminggu lebih umat Islam seluruh dunia meraikan hari kemenangan...  Syawal yang di nanti...

Seronok bercerita tentang Syawal kerana dalam bulan ni...  kita boleh mengunjungi sanak saudara, rakan taulan walau di mana saja...  Yang dekat, yang jauh... semua sibuk balik kampung beramai-ramai... hinggakan bandar-bandar kosong dan lengang.  Itulah penangan hari lebaran, yang berjaya menyatukan hati-hati para umat Islam di seluruh ceruk rantau...  Hebat sungguh pemandangannya..

Masa ni, ibu bapa di kampung memang ceria semuanya.. Manakan tidak anak cucu semuanya pulang ke kampung halaman.  Sama-sama memasak dan menyediakan juadah hari lebaran...  Seronok tak terkata.  Sebelah malam kanak-kanak beramai-ramai pula bermain bunga api.  Hiruk-pikuk sekali suasananya.

Itulah suasana raya di kampung halaman kita.  Tapi, dalam kita umat Islam di Malaysia ni bergembira... terkenang juga pada rakan seagama kita yang sedang dalam kesulitan di merata tempat.  Syukurlah atas kurniaan Allah pada kita semua.  Tak dapat nak membayangkan keadaan di tempat mereka semua.  Moga-moga Allah membantu mereka walau di mana pun mereka semua berada.  Moga Allah melindungi mereka semua termasuk juga sekalian rakyat Malaysia ni.  Bersyukurlah kita dengan keamanan dan kemakmuran yang kita perolehi.  Sama-samalah kita  mempertahankannya...

Ok, berbalik tentang hari lebaran kita tadi...  macam biasa-biasa aje sambutan kami sekeluarga...  Balik kampung mertua dan beraya di kampung sendiri macam selalu.  Menziarah sanak-saudara, memenuhi jemputan walimatul urus...  itulah antara agenda mengisi perut kami... selepas sebulan berpuasa... Hahaha...  Sebulan puasa turun sikit berat, tapi dalam sehari dua aje rasanya berat dah kembali ke asal...  manakan tidak, segala butter, marjerin, santan dah ditelan dalam tempoh 7 hari beraya.

kami sekeluarga


bersama anak perempuan dan adik perempuan nan sorang


Syawal ni juga, kita berpeluang untuk meneruskan momentum Ramadhan dengan berpuasa Syawal sebanyak 6 hari...  In shaa allah, moga-moga kita semua dipermudahkan segala urusan dan berjaya berpuasa 6 pulak ye...  Dah habis puasa 6, tentulah lebih syok berayakan...

Mudah-mudahan Syawal yang diraikan membawa sejuta kebahagiaan dan Ramadhan yang berlalu pergi akan terus di nanti.  

Salam lebaran buat semua...

Isnin, 29 Julai 2013

Persiapan Raya Part 2

Salam sejahtera semua...  Dah menjengah Ramadhan ke 20 kita hari ni rupanya.. Pejam celik, sat aje (aik, kuar slang Kedah pulak) dah masuk hari ke 20 ye...  Syukur alhamdulillah, kerana kita semua antara yang terpilih untuk meneruskan kembara di bulan ibadah kali ini...

Macam tajuk tertera di atas, nampaknya saya menyambung kisah persiapan raya tahun ni...  Bukan bersiap mana pun, memang tak dapat nak bersiap pun...  Baru nak sentuh A, baby dah buat bising...  Kena tunggu keadaan tenang barulah dapat nak kemas sana sini sikit-sikit.  Bukan lama sangat pun baby tidur, dah dapat kaki ni, baby court pun dah serupa 'penjara' pada dia.  Nak berlari berkejaran macam orang-orang lain...  Adoi!!!  Nak kena ada orang monitor, biasalah baru dapat lesen P, tapi jiwanya macam dah bertahun pandai berjalan...  Hohoho...

Kuih raya yang dirancang, masih belum nampak pun rupa...  Campur-campur sibuk menyiapkan tempahan kek pelanggan... memang belum berjayalah menguli sebarang biskut atau kuih setakat ni...  Setakat lepas untuk juadah berbuka puasa aje setakat 19 hari Ramadhan dah berlalu.  Silap-silap jadi biskut tunjuk jek la nanti jawabnya... Hihihi, kalau tidak masak masakan panas ajelah nampaknya...

Alhamdulillah, bab baju raya dah setel...  Cuma, tinggal baju-baju melayu para heronya aje lagi yang belum ada masa nak pergi cari...  Kalau tak hujung minggu ni, tengoklah sebelum-sebelum raya... tetap kena pergi cari...  Takkanlah takde langsungkan...  Tak patut.... Tak patut...

Dalam minggu ni, agak sibuk sebab dapat projek kek coklat...  Bukanlah banyak sangat, tapi untuk seorang ibu bekerja...  Peh!!!  Berpeluh jugaklah nak membahagi masa...  Bab anak-anak, bab berbuka, bab sahur, bab nak siapkan tempahan...  Mudah-mudahan berjayalah projek baru saya ni... Ameen!!!


kek coklat kukus
 
 kek mentega (first time cuba, untuk besday Imran) plain tanpa deko sebab ibu tak belajar deko-deko lagi

 kek coklat kukus hasil deko en suami

In shaa allah akan bersambung dalam entri lain tentang persiapan raya saya dan keluarga tahun ni...  Teruskan membaca ya....

Jumpa lagi dalam lain perkongsian...

Jumaat, 19 Julai 2013

Persiapan Raya

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh Ramadhan 1434H.  Sekejap aje masa dan hari berlalu... 1/3 Ramadhan dah nak berlalu pergi.  Agaknya macamanalah pencapaian kita setakat ni kan???  Mudah-mudahan segala amal ibadat kita diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Para ibu, selain daripada sibuk dengan persiapan harian menjalani ibadah puasa...  persiapan hari raya juga nak di ambil kira..  Bukanlah maknanya berlebih-lebih tapi cukuplah ala kadar untuk mengembirakan hati anak-anak.  Kira lebihnya ganjaran pada mereka yang berpuasa.  Kalau yang tak berpuasa, kurang nikmat nak berhari raya ni...  Sebab rutin hariannya sama aje macam sebelum-sebelumnya.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, biasanya pakaian yang saya siapkan at least 2 pasang seoranglah.  Cukuplah, untuk beraya di kampung halaman sebelah abah dan sebelah ibu.  Hari ketiga dan seterusnya biasanya pakai aje baju-baju yang masih baru.  tetapi, ada masa-masa mereka semua murah rezeki... ada ibu-ibu saudara yang 'sponsor' so boleh bergaya sakanlah mereka.

Selain pakaian, biasanya saya cuma sediakan sepasang kasut/ sandal baru setiap sorang.  Yang perempuan dapat extra sebab pakai tudung.  Yang lelaki biasanya songkok masih muat dan kain samping pun yang sama.  Biasalah, budak-budak cepat membesar...  beli setiap tahun nanti membazir takde siapa boleh pakai selepas tu.  So, keputusannya pakai aje selagi muat, kalau dah perlu yang lain barulah dibelikan mengikut keperluan.

Anak memanglah kesayangan para ibu-bapa tapi sedari kecil ni la kita nak kena didik dan asuh cara berbelanja.  Kalau dah tersalah asuh, payah nak dibetulkan.  Memang kekadang budak-budak ni masih belum matang tak faham kenapa kehendak mereka tak semua dipenuhi.  Macam ibu-bapa tak sayang ajekan???  Itulah komen anak-anak saya, kalau apa yang diidam tak dapat dimiliki.  Masa macam nilah nak diterapkan kenapa ibu-bapa mengambil pendirian sebegitu.  Kita cuba tanamkan sifat berjimat cermat dan tak membazir pada benda-benda yang tak perlu.  Anak-anak memang tak boleh faham sangat, tapi kena di didik juga...  Give and take.  Ada yang mereka boleh dapat, ada yang belum boleh dapat dan ada yang mereka takkan dapat.  Bukan perkara mudah, tapi kenalah di usahakan memberi kefahaman kepada mereka.  Cabaran besar ni kan???  Hehehehe...  Saya pun masih belajar dan akan terus belajar untuk mendidik anak-anak ditambah dengan cabaran di zaman sekarang.

Oklah, berbalik pada persiapan raya... Sebenarnya saya baru menempah sepasang baju untuk setiap seorang.  Lagi satu set, masih belum selesai...  In shaa allah dalam masa terdekat, kenalah menjenguk pasaraya juga nampaknya bagi memenuhi keperluan raya kami.  Tak rajin betul sebenarnya di bulan-bulan puasa ni.  Kesian kat diri sendiri dan anak-anak..  Semua akan keletihan aje nanti. 

Nampak gayanya perkongsian tentang raya ni mungkin akan bersambung untuk part-part seterusnya.  So, nantikan saja cerita-cerita persiapan raya kami kali ini..  Ini baru satu bab, belum bab kuih dan biskut raya lagi.  Ok semua... sampai kita berjumpa lagi dalam perkongsian seterusnya.  Jumpa lagi...




Selasa, 8 Januari 2013

DAPURKU BERASAP


Wah!!!  Dah tahun baru 2013 ye...  Belum terlambat nak ucapkan pada semua Selamat Tahun Baru 2013...  Moga tahun ini akan dipenuhi dengan kisah2 yg lebih baik dan bermanfaat...

Tengok tajuk entri...  Pasal dapur.... berasap bukanlah sebab dapur ku terbakar pulak...  Bukan itu ye...  jangan tersalah teka tau...  Sebenarnya, kembali berasap selepas lama bercuti...  berpantang dah lama abis... cuma kesempatan nak memasak tu agak kurang...  Mood memasak macam biasa membara-bara... cuma, masa dan tenaga kekadang menjadi penghalang...

Sekarang macam sebelum-belum ni juga... kembali memasak makanan biasa-biasa walaupun dalam fikiran ada macam-macam perancangan yang nak di cuba.

Permulaan tahun ni, aku dah mula mencuba masakkan makaroni, alhamdulillah sambutan menggalakkan daripada anak-anak.  Mungkin rasanya lebih kurang macam pizza jadi mereka sukakan rasa makaroni goreng yang aku buatkan, walaupun takde banyak perencah selain karot, daging cincang dan sosej...  budak-budak suka pun dah berbunga di hati ni...

Selain tu, si teruna ku berulang kali minta belikan dia cheese burger... sebagai ganti aku belikan bahan-bahannya dan buatkan untuk dia.  Syukur dia suka dan terus lupa dengan permintaan cheese burger dia sebelum ni... Hinggakan kalau boleh tiap pagi  nak ke sekolah nak bersarapan dengan burger air tangan ibunya...  Pening jugakkan...  Mat Saleh sungguh anak teruna aku ni...  Hihihi...



Yang si Angah pulak, tak habis-habis dengan scramble eggs nya...  Yang ni, tiap hari pulak nak dibekalkan dengan scramble egg... Adoyai!!!  Tak menang tangan tiap pagi aku ni.  Harap anak dara sulungku mengerti...  Dia terima aje apa yang ibu dia siapkan...  Syukurlah...  Umur tak besar mana tapi timbang rasanya tu buatkan aku terharu juga...  Terima kasih ye anak...

Dan, untuk baby pun tak ketinggalan...  bukanlah dia request tapi memang aku dah mula kenalkan solid food pada dia.  Slowly, aku start dengan bubur yang di blend...  So far, itu aje tambahan untuk si kecil...  Belum plan untuk kenalkan makanan lain...  tengoklah, aku akan fikir-fikirkan apa yang sesuai.  Satu-satu ye...  Semua nak jalan sekali, tumbang ibu nanti...  Hihihi...



Moga-moga tahun 2013 ni membawa seribu kebahagiaan, kegembiraan buat kita semua ye...  Moga kita dapat laluinya dengan momen-momen indah selalu.. Ameen!!!

Ok...  Kita bersua lagi dalam entri lain ye... Akhir kata, selamat menjalani tahun  baru dengan agenda-agenda yang lebih baik...


Isnin, 10 Disember 2012

Main Air Musim Cuti Sekolah

Salam sejahtera semua...  

Minggu baru kembali bermula... selepas  2 hari menghabiskan masa hujung minggu bersama famili, alhamdulillah...  Moga masa yang berlalu telah digunakan dgn penuh manfaat.

Sempena cuti sekolah tahun ni, sempatlah aku dan En. Suami meluangkan masa dgn anak-anak.  Bukan apa, bila cuti sekolah En. Suami pulak bukan main busy dgn kem lah, dgn pertandinganlah...  Gitulah tuntutan kerja namanyakan...

Dalam ke'busy'an masing2 tu... sempatlah kami anak beranak main air di Gambang Water Park...  Alhamdulillah, ada water park yang dekat bolehlah masing2 berendam puas2...  hinggakan tutuplah water park tu...  Hai!!!  Anak-anak bertuah ku...  Selagi tak tutup, tak nak berhenti masing-masing main air.  Seronok sangat...  Kalau jauh, kesian jugak kejap aje berendam dah sibuk nak berkemas balikkan...  Kali ni, memang kami bagi chance diorang berendam sepuas hati...

Bolehlah tengok antara gambar2 merakamkan saat-saat kami bergembira bersama...

disebabkan semua canopy dah penuh inilah tempat menunggu utk ibu dan wafiq...  
yang lain apalagi aktiviti merekakan???


apa-apa... kita makan dulu ye... preparation utk menghabiskan segala tenaga yang ada...

masih menikmati makanan.. kena makan banyak, nanti pancit tak best la jadi penonton aje...

dah puas main area slide di atas, kita turun bahagian children pool pulak... wafiq pun nak join jugak...

main air kat sini sepuasnya, sampai habis masa operasi... hebat sungguh sebab berjaya memanfaatkan setiap saat yang ada...

Memang semua puashati rasanya...  kalau masih tak puas hati tak taulah...  tangan dan badan masing-masing dah berbelang kesan terbakar dek mentari... 

On the way keluar...  Hujan agak lebat turun membasahi bumi dan mengiringi kepulangan kami...  Masing-masing dah tidur lena dek penangan main air seharian di Gambang Water Park...  tu dia!!!!

Moga anak-anak ibu gembira menghabiskan masa di sini...  In sha Allah, ada rezeki kita habiskan masa bersama lagi...

Thank you Allah... for the great moments with them... Alhamdulillah...


Jumaat, 30 November 2012

Penyejuk Hati...

Assalamualaikum wbt...

Syukur ke hadrat Illahi... masih kita semua dpt berkongsi udara dan segala2 pemberian Illahi hingga ke tika ini...

Syukur tak terhingga juga dgn kehadiran permata hatiku yg ke-4... walaupun dah hampir 6 bulan lalu... namun tak berkesempatan utk berbicara di sini ttg penyejuk hati kami yg seorang ni...

Syukur kerana segalanya baik dan dipermudahkan Illahi... sememangnya Allah lah sebaik2 tempat utk kita bergantung, berserah nasib dan ketentuan...

Syukur atas segala nikmat dan rahmat yg dikurniakannya...





Inilah Muhammad Wafiq selepas selamat di lahirkan hampir 6 bulan lalu...  Lepas2 ni baru upload gambar budak tecit yg dah tak berapa tecit ni...


Bersama Muhammad Wafiq dan adik beradik yang lain sempena sambutan Eidul Fitri 1433 H...

Thank You Allah....


Jumaat, 8 Jun 2012

Dan bila detiknya semakin hampir....

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...

Agak lama x berkongsi cerita... Byk yg berlaku, cuma.... x sempat nak dikongsikan di sini....

Sebenarnya, saya ni membilang hari utk melahirkan permata hati yg ke-4... insya allah dlm minggu depan... moga2 dipermudahkan segala urusan saya nnt...

Dikesempatan yg ada ni, saya setulus hati ingin memohon maaf drp semua rakan2.... yg mana mengenali diri ini... Andai ada salah silap selama kita saling mengenali (secara sengaja/ tidak). Sesungguhnya kita ni manusia mmg x lepas dr melakukan kesilapan... Insya allah, ini entri yg akhir sebelum saya memulakan percutian 3 bulan saya nnt... Jika ada izin Allah, mungkin ada titipan saya semasa dlm cuti nnt... Mudah2an saya diberi kelapangan...

Bermacam dlm fikiran skrg ni.... biasalah, nak melalui saat melahirkan seorang khalifah Allah ni... mudah2an saya tabah dan kuat menghadapinya nnt. Teruja utk menantikan kehadiran org baru...namun, hati tetap risau dan gundah memikirkan segala kemungkinan... Moga2 segalanya berjalan lancar dan selamatlah kami berdua, insya allah...

Rasa2 persiapan menyambut org baru dah selesai... Walaupun biasa2 aje, tapi insya allah yg terbaiklah utk dia mudah2annya. Tanggungjawab dan cabaran nak membesarkan nnt yg lebih penting... Doa saya moga saya mampu membesar dan mendidik dia sebaik mungkin supaya menjadi hamba Allah yg baik, soleh dan beriman...

Kat sini saya masukkan gambar terkini hasil cucuk tanam kami ... Anak2 mmg excited menunggu yg satu ni... Yg lain2 mmg dah subur semuanya... Cuma, tembikai ni x berbaja pun, dibiar survive sendiri aje... So, tgklah kesudahannya ye...



Oklah, insya allah andai ada kelapangan nnt saya akan berkongsi cerita... mudah2an cerita yg mengembirakanlah... Moga bertemu lagi nnt...

Wassalam...





Isnin, 27 Februari 2012

Minggu kejutan!!!

Assalamualaikum semua...

Seminggu lepas mmg satu minggu yg penuh... dgn kejutan...

Bila kami menerima khabar yg kakak sulung dimasukkan ke ICU angkara nyamuk aedes... perasaan bercampur2.... sedih, risau dan mcm2 ada... Tak tau apa nak kata... hanya menunggu2 berita terkini...

Sebelah malam, kejutan kedua... bila perkhabaran anak rakan sekerja meninggal angkara gigitan serangga bernama 'tebuan' pula... Ya Allah.... Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 soleh...

Ahad, bonda dan kakak kedua sekeluarga akan ke Kuala Lumpur... Bonda akan tinggal di sana menengok2 cucu2nya... Jadi, aku dipertanggungjawabkan menguruskan apa yg patut utk ayah dan adik2 yg tinggal di rumah. Insya allah aku tak risau... Moga2 semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah, semua ok... terurus rasanya... Setiap pagi, makan pagi dan tengahari dah aku siapkan sebelum ke tempat kerja... Sekali-sekala bukan apa pun... Cuma, kekadang dlm keadaan aku sekarang mmglah agak letih... Awal pagi dah bangun, nak uruskan yg bersekolah dan segala mcm agenda harian...

Alhamdulillah syukur dan lega bila kakak dah discharged... Weekend nnt, baru bonda akan balik semula kerumah. Takpelah tu... Sekali-sekala pun dia spend masa dgn cucu2 di sanakan... Kasi chance lah nenek makan angin lama sikit...

Pagi rabu, kami dikhabarkan yg bapa mertua kakak sulungku pula dimasukkan ke wad... Ya Allah, macam2 dugaan ye... Moga2 kami semua tabah dan sabar dgn dugaanmu...

Itulah kejutan2 utk kami sepanjang minggu lepas. Mmg minggu yg penuh dan agak meletihkan, namun aku tetap seronok dpt mnguruskan semua keperluan mereka... Apalah sgt, kalau nak dibandingkan dgn apa yg dah mereka korbankan buat kami selama ni..

Akhir kata, aku sayang mereka semua...

Begitu juga anda semuakan???

Moga kasih-sayang kita berpanjangan dan berkekalan... Ameen!!!

Khamis, 26 Januari 2012

Ulangtahun 2012 - Part 1





25 Januari, 2012

Seperti biasa, tanggal 25 Januari adalah tarikh sambutan hari lahir anak sulungku... Dah menjengah umur 9 tahun... sekejap aje masa berlalu...

Alhamdulillah, dia budak yang baik.... biasalah perangai budak2... sedang nak membesar, sentiasa nak kena ingatkan itu ini...

Sambutan cam biasa... buat di rumah... jemputan pun keluarga terdekat aje... Alhamdulillah sempat jugak buat apa patut utk jemputan kami...

Majlis bermula selepas solat isya' dgn sedikit bacaan doa oleh ayahandaku yg tercinta... Habis doa utk kakak, adiknya Imran membaca doa makan... Selepas itu, apalagi agenda makan2 pun bermula...

Menu hari tu:

Kek vanila - request by besday gurl
Sate - En Suami sponsor
Kek Pisang - homemade by 'nenek'
Mee goreng - air tangan ibu n abah
Nasi goreng kampung - by nenek n mak ngah

Side dish:
Kentang goreng

Minuman penghilang dahaga:
Oren, sarsi dan minuman panas 'Indocafe'

Kenyanglah perut memasing, di selang seli dgn adegan bebudak berkejaran, bertempikan... dan segala macam ber lagi...

Syukur Alhamdulillah dpt kami berkumpul sempena sambutan hari lahir anakanda tersayang

Buat anakanda ibu... moga menjadi anak solehah, beriman, bertaqwa dan patuh dgn ajaran Islam... berjaya di dunia dan akhirat... Ameen!!!

Ibu sayang kamu...

Jumaat, 20 Januari 2012

Anak bertuah

Hai... Bertuah sungguh anak2 ni...

Jam 3 lebih budak berdua ni jaga dan memujuk En Suami nak minum Ribena... haus agaknya, sebab diorang tidur awal...

Aku terjaga, kasihan pulak dgn En Suami yg baru balik dari mengambil stok utk jualannya esok pagi.

Aku gagahkan diri, memujuk anak2 yg berdua ni... Adik mcm nak tidur... Tinggal menggosok2 badan si kakak yg mmg dah perangainya nak tidur mcm tu...

Baru aku baring sambil terus menggosok badan si kakak, tiba-tiba si adik bangun... mencari Iqra' katanya.

Adoyai... jam dah menunjukkan jam 4.15 pagi... Sabar jek la...
Bila aku kata Iqra' nya tinggal di rumah sebab kami bermalam di rumah nenek mereka... Dia nak pinjam si kakak punya pulak... Ish!!! Mati kutu di buatnya.

Bangun lagi sekali mencari di mana pulak letaknya Iqra' kakak. Bila dah jumpa, dia siap bersila, mintak rehal dan songkok nak mengaji katanya...

Ya Allah!!! Mimpi apalah agaknya dia tadi... sampai nak mengaji di pagi hari ni... Dah mcm org bangun Tahajjud pulak rasanya...

Apalagi, layan ajelah anak yg tengah berkobar2 tu. Bukan dia kira waktu tu jam berapa, dia mengaji mcm biasa... dgn suara kuatnya... dan seronok bila bacaannya betul. Kikiki... Lawak juga bila aku ingatkan semula...

Kakak pun sudahnya tumpang sekaki, tapi dia cuma baring pd asalnya. Dah 'syiok' dia pulak tolong ajarkan sekali. Bila ditegur rendahkan suara... dlm suara berbisik dia menyebut sambil bertanya samada kita dgr tak sebutan dia... memang anak bertuah betullah!!!

Melayan mereka sampailah ke waktu subuh... Tak tidur2 juga... mcm2 pulak aktivitinya. Yang mewarna, yang menulis...

Ya Allah!!! Memang mencabar mataku yg menahan mengantuk ni... Sabar ajelah... Itulah dugaan nak membesar dan mendidik anak2...

Mengenangkan hal ni, terfikir juga... Agaknya masa aku kecil dulu camnerlah ye... jgnlah meragam macam2 hendaknya... Malu jugak... Hehehehe...

Mudah2an Allah permudahkanlah tugas ku sepanjang nak membesar dan mendidik anak2 aku ni.

Moga dijauhkanlah dr sebarang masalah atau apa jua yg tak elok... Ameen!!!

Isnin, 19 Disember 2011

Bila IBU....

Aktiviti memasak sgt berkurangan skrg ni... sejak musim loya, mual muncul... Hurmmm... Dapur ku dah makin berkepuh (tau x perkataan ni.... comot/ berhabuk jek la tu)...

Bukan masalah x boleh nak masak.... tapi, teramat letih dan lesu sebaik pulang bekerja... Alhamdulillah, En Suamiku boleh memasak @ lebih pandai membeli.... hihihihi... Dua2 dia memang pandai sebenarnya... so, aku xlah risau bab makan minum... bisa diatur deh...

Bila aku berupaya, barulah menjengah dapur... Kira acara julung2 kali jek la... Itu pun biasanya masak yg simple dan cepat... lama2... x larat den... itulah cabaran kali ni... Mudah2an segalanya berjalan lancarlah...

Bab kemas mengemas pulak, alhamdulillah... En Suami dgn bantuan 2 anak pompuanku yg x berapa nak besar lagi tu... Oklah... Kadang2, aku membantu jgk... tapi yg paling kerapnya aku mengarah ajelah... Inilah masa nak bersenang lenang sikit... (cekunun)... padahal hati menggerutu nak buat semua tu... alhamdulillah akal dpt menenangkan perasaanku...

Dah x lama, anak2 nak kembali bersekolah... macammanalah agaknya kali ni... semua dah nak bersekolah... huhuhu... X dpt nak bayangkan anak teruna ku nak masuk sekolah... apa pulak kerenah dia nnt... biasa dok ngadap TV... nak tukar rutin nak pegi sekolah dah ni... Hrpnya oklah dia dan kakak2nya...

Doa aku semua akan berjalan lancar, ikutkan keupayaan mmg kurang tapi ada ketika kena paksa jugak buat2 keja... melepak aje... nak jadi apa... hehehe... Sendiri mau ingatlahkan...

Keluarga pulak mmg rasanya sgt memahami. Dr En Suami hingga ke anak terunaku... Mmg byk membantu dan memanjakan aku... Alhamdulillah... Sekali sekala bila ibu pulak bermanjakan... Hehehehe...

Oklah, cukup kot coretan kali ni... Lain kali, ada story kita kongsi lagi...

Wassalam..

Rabu, 7 September 2011

Riang Ria Raya

Sebelum beraya...




Syoknya RAYA.... bertemakan pink...


Ceria di hari raya... ziarah menziarahi, makan minum dan dapat duit raya... Macam-macam kerenah mereka bertiga... Itulah suasana hari raya...

Moga-moga keceriaan akan berterusan... Insya Allah...

Isnin, 25 Julai 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...

Hari gembira buah hati kesayanganku... Seronok mereka berdua meraikan dgn kek masing2...

Alhamdulillah, moga2 mereka berdua akan menjadi anak solehah dan soleh nanti... Ameen!!! Thank you Allah...

Hari Ulangtahun Athirah yang ke-5 (25/06/2011)





Ulangtahun Kelahiran Imran yang ke-4 (23/07/2011)



Rabu, 15 Jun 2011

Terindah~~

Tiada kata seindah bahasa untuk ku nyatakan betapa gembira, dapat berkumpul dan bergumbira dgn seluruh ahli keluarga...

Setelah sekian lama x dpt menghabiskan masa bersama... alhamdulillah dpt kami berkumpul sempena majlis khatam dan majlis perkahwinan...

Yang penting, nak menjenguk Hero baru kami... Muhammad Adam... welcome to our family... Love u all...





Isnin, 30 Mei 2011

~~ Kisahlah Rumah Tangga

Cuti pertengahan tahun bermula...
Sekaligus, bermulalah byk kisah baru... kisah2 rumahtangga yg baru dibina...
Moga2 semua berbahagia ke hujung nyawa... hingga ke akhirat... Ameen!!!