Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Rabu, 30 Januari 2013

Dulu lain, sekarang lain..


Salam hari Rabu semua...

Lama juga tak meninggalkan cerita di blog ni...  Banyak yang berlaku, tapi ntah la macam tak sempat nak merapu lama-lama...  



Rutin hidup memang 'bz' la cam biasa...  4 orang yang nak diuruskan tu membuatkan rasa masa 24 jam yang Allah beri tu asyik tak cukup nak buat semua benda...  Baru 4, dah rasa huru hara...  Camner lah pengalaman ibu-ibu kita membesarkan kita yang rata-rata bilangan anaknya 5 dan ke ataskan...

Mana nak urus yang sekolah dengan tidak, tengok kerja rumah, makan-minum, uruskan pakaian... ini bab yang rasanya menuntut sangat byk waktu... bermula drp mencuci, menyidai, mengangkat, melipat, menggosok... hingga dipakai..., kasut sekolah, dan segala macam lagi...  Belum tentang diri sendiri dan anak kecil...  lain pulak ceritanya...

Namun, apa yang penting dapatlah aku cuba uruskan sebaik mungkin... kerana aku pasti ada ganjaran atau hikmah atas segala yang kita lakukan...  Anak-anakkan tanggungjawab atau amanah pada kita...  Sudah tentu kita nak yang terbaik...

Ibu... pastilah sanggup berkorban apa saja...  sedangkan membawa dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari pun kita sanggup... apatah lagi membesarkan mereka... tentulah kita sanggup berkorban apa saja kan...

Bukan ibu saja, malahan ayah pun pastilah berperasaan yang sama... sanggup bekerja keras membanting tulang 4 kerat demi memastikan segala tersedia untuk anak-anak. Apa yang kita rasakan hari ini sebagai ibu-bapa telahpun dilalui oleh orang tua kita sebelum-sebelum ni...  Penat lelah, jerih payah mereka...  bagaimanalah nak kita balas...  harta, wang ringgit memang tak dapat menggantikan pengorbanan mereka...

Peluang menjadi ibu-bapa sepatutnya menyedarkan kita untuk mengenang jasa orang tua kita.  Zaman dahulu jauh berbeza drp zaman kita sekarang... namun hakikatnya apa yang dilalui oleh para ibu-bapa pasti sama... berkorban demi keluarga...  Pengorbanan yang bagaimana, mungkin itu aje yang membezakan kita dan mereka...

Bila berbicara tentang masa silam... masih aku teringat zaman kanak-kanak yang pernah aku lalui...  Ternyata berbeza...  Kerana dulu kemana pun kita ibu-bapa takkan risau... kerana anak-anak akan sentiasa dipantau dan dijaga oleh jiran tetangga serta rakan taulan...  bermainlah hingga ke lubuk mana, keluar pagi pulang petang...  tentu tak terdetik perasaan risau dihati ibu-bapa dulu-dulu.  Lain zaman sekarang, kemana nak bergerak semua dihantar ibu atau bapa...  Tiada siapa yang boleh dipercayai walaupun orang disekeliling sendiri...  itulah beza dunia sekarang...  Jika anak-anak zaman dulu boleh lepas bebas bermain, bergaul... anak-anak sekarang lebih selamat bermain di rumah masing-masing aje...  Keseronokan yang berbeza pastinya...

Apapun keadaannya, yang pasti kita harus bersyukur atas segala kurniaan Allah.  Selain berusaha menjadi yang terbaik, mudah-mudahan kita juga berjaya membekalkan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.  itulah aset yang pasti dapat membantu kita di dunia dan akhirat kelak...

Akhir kata, in shaa allah bertemu lagi dalam perkongsian lain...  Moga-moga kita dan seluruh keluarga kita sentiasa dalam Lindungan Allah... Ameen!!!!

Isnin, 14 Januari 2013

Perbaiki diri

Salam sejahtera semua...

Hari ni bermula lagi  minggu baru lagi dalam bulan Januari 2013...  Pejam celik dah pun dua minggu kita melayari kehidupan di tahun baru ni...

Sambil memandu, sempat aku mendengar sedikit perkongsian drp ustaz jemputan di konti radio...  Dah agak lewat sempatlah mendengar satu dua jawapan drp ustaz terhadap persoalan-persoalan yg dilontarkan oleh para pemanggil...  Namun, biarpun sikit tapi pesanannya yg baik boleh juga dijadikan panduan bagi kita terus melalui fasa-fasa dlm kehidupan kita ni...

Bila direnungi, kehidupan seorang manusia atau hamba Allah ni memang takkan lekang drp ujian dan dugaan...  Sudah tentulah untuk menduga sejauh mana kekuatan iman kita...  

Berdasarkan ulasan drp ustaz... pegangan yg paling baik utk kita... walau dlm apa jua keadaan atau dugaan adalah utk kita perbaiki diri atau menilai diri sendiri...  Satu cara yg  agak mudah dan senang...  Kerana utk kita mengubah pelakuan atau pegangan orang lain memang sesuatu yg sukar...  Jadi kenapa kita memeningkan kepala berusaha mengubah orang, sedangkan dgn mengubah diri atau pendekatan kita...  mudah-mudahan dpt memberi iktibar pd yang lain...  Hati kita pun senang, tak perlu nak pening-pening memikirkan ttg orang begitu orang begini...  Kita aje yang buat bagaimana yg kita kehendaki...  Tak sakit hati sesiapa punkan...  Hidup pun in shaa allah tenang dan senang...

Mungkin sesetengah akan berkata yang untuk mengubah diri sendiri juga bukanlah sesuatu yang mudah.  Hmmm....  Rasanya, bila kita berpendapat macam tu...  kita masih tetap memikirkan perkara negatif...   

Susah, malu,sukar, tak boleh, betul ke?,tak sanggup, dan macam-macam perkataan negatif 

yang terus-terusan bersarang dalam kepala kita nikan...  Inilah antara anasir-anasir yang perlu kita usir keluar drp pemikiran kita...  namun bukanlah sesuatu yang mudah...  Taulah hati kita ni, sentiasa ada syak wasangka dan suka memikir perkara-perkara yang belum tentu betul @ tidaknya...

Hailah hati... mudah-mudahan pesanan ustaz tadi dapat membantu aku ke arah kebaikan dan mudah untuk berubah serta menerima perkara-perkara yang asing pembaharuan.  Moga-moga rakan pembaca juga beroleh sesuatu drp pembacaan di blog ni...

Dalam melalui segala rutin kehidupan ni pun macam-macam yang mendatang...  moga Kau teguhkan hati dan iman ku Ya Allah...  Permudahkanlah segalanya buat kami...  Juga buat semua yang sudi membaca dan berkongsi, hendaknya kita mampu menjadi yang lebih baik drp semalam...

AMEEN!!!


Selasa, 11 Disember 2012

Kawan-kawanku

Assalamualaikum semua...

Hai...  Rajin pulak sehari dua ni nak meng'update' blogkan.  Hihihi...  Layan ajelah niat murni ni...  Sebab bila di landa badai kemalasan... uhuk uhuk uhuk... lemas dan tenggelam seketika... barulah timbul semula dengan khabar-khabar terbaru.... chewah!!! yo yo oooo ajekan...

Kali ni, rasa nak berkongsi cerita ttg kawan baru ku...  Hampir dua bulan berkenalan dan bermesra...  Alhamdulillah, moga hubungan kami ni berterusan selama mungkin...  Target pertama, in sha Allah akan tercapai dalam masa 2 hari lagi...  Tanggal 14 haribulan nanti, genap usia anak kecilku 6 bulan.. kejap ajekan...  Selama itulah, syukur pada rezeki dan izin Allah untuk aku membesarkan dia dgn susu ibu...  

Kawanku sebenarnya ada dua.  Hehehe...  Marilah ku perkenalkan dulu siapa 'mereka-mereka' ni... Yang pertama namanya 'Spectra 3'.  Yang kedua bernama Medela (Freestyle).  Mungkin ada yang kenal, dan mungkin ada yang tak kenal sapekah gerangannya mereka berdua ni kan?  Inilah 'breast pump' sepanjang aku mengamalkan gaya hidup baru, menyusukan anak kecil aku sebaik mungkin...

Aku mula diperkenalkan dgn Spectra 3...  sejak melahirkan dan sememangnya banyak sekali jasanya padaku...  Cuma, selepas 2 bulan...  dia membuat onar sedikit...  Drp double-pumping hanya satu yang berfungsi...  Mungkin disebabkan faktor usia, dia bermasalah sikit...  Tapi, aku tetap bertahan.  Bersabar dengan kerenahnya. Aku tetap menjalankan tugasanku dgn apa cara sekali pun.  Memang ada juga melalui saat-saat merudum dan membimbangkan.  Tapi, aku kuatkan semangat dan teruskan usaha murniku ini...  Alhamdulillah, sehingga ke hari ini... AKU BERJAYA...  Thank You, Allah...

Lebih kurang 2 bulan lepas, aku mendapat kawan baru...  Sebenarnya kakak-kakak ku merupakan tonggak penyokong yang paling kuat... Tanpa saranan, nasihat dan dedikasi mereka... tak taulah.  Terima kasih sangat atas dorongan dan sokongan yang mereka berdua berikan.  Namun, bukan itu semata-mata.  Sememangnya sejak mengandung, aku dah mula membuat rujukan dan banyak membaca tentang persediaan bersalin, penyusuan dan hal-hal berkaitan.  Juga dah aku tanamkan niat, untuk berusaha menyusukan bayi kecilku nanti... selagi aku berupaya...  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya 6 bulan pertama akan tercapai dalam masa 2 hari lagi.  Bila aku fikirkan, memang bukan satu usaha yang 'enteng'...  Mmg banyak dugaan, cabaran sepanjang menjayakan usaha ku ini...  Namun, ku telan jua segala yang mendatang.  Apa yang penting, aku berjaya menyusukan dia dan moga-moga dia membesar menjadi anak yang sihat, cergas, cerdas dan berguna.  Ameen!!!

 Ini dia kawan baru ku Medela, tapi takde pulak gambar Spectra 3 dalam simpananku...

Selain usaha padu aku...  memang kakak-kakak banyak mendorong dan mencadangkan agar aku mencuba set penyusuan Shaklee...  Alhamdulillah, aku mencuba dan hasilnya memang tak merugikan...  Biasalah saat-saat merudum adakal muncul disebabkan hal-hal yang diluar kawalan... namun, aku bertekad untuk buat sehabis baik demi bayi kecilku...  Dan, apa yang menjadi peganganku sejak awal lagi... ialah penyusuan memerlukan 'demand and supply'.  Jadi segala-galanya terletak dalam tangan kita...  Rajinlah berusaha, namun doa dan tawakkal juga pada Allah kerana tanpa izin dan ketentuannya...  segalanya boleh berlaku..  Syukur kerana aku adalah salah seorang yang di izinkan Allah untuk menyusukan anakku...

Set penyusuan Shaklee untuk 1 bulan


Syukur juga kerana jasa kedua-dua kawan ku telah membantu usaha murniku ini...  Pada kawan-kawan di luar sana...  Jgn lepaskan peluang untuk menyusukan anak-anak kita...  Kerana, kita adalah antara orang yang bertuah jika diberi peluang tersebut.  Ada juga, yang memang telah berniat dan berazam untuk menyusukan anak tapi tak mendapat peluang.  Jadi, janganlah sia-siakan peluang yang ada.  Air susu ibu merupakan hak seorang anak, kerana ia mampu memberi segala yang terbaik dalam proses tumbesaran anak kita.  Namun pada yang tak berpeluang jangan putus asa...  In shaAllah, mungkin ada cara lain yang boleh kita usahakan demi memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita.

Oklah, cukup dulu perkongsian kali ini...  Doakan moga-moga usaha murni ku ni akan tercapai hingga bayi ku menginjak ke usia 2 tahun...  In shaAllah.  Usaha, doa dan tawakkal....  Moga-moga urusanku dipermudahkan Allah....

Jumpa lagi semua...


Khamis, 24 November 2011

Hujan oh Hujan...

Macam2 lagu yg memperkatakan tentang hujan yg biasa kita dgrkan??? Di penghujung tahun ni.... inilah teman setia kami... Hujan... moga2 membawa rahmat yg berpanjangan... bukan sebaliknya...

Sana sini... bumi dibasahi hujan...

Kalau di sesetengah negara ditimpa salji... Inilah bumi Malaysia... dilimpahi hujan boleh kata sepanjang hari... di akhir2 tahun ni... Namun, syukurlah... Itulah rahmat Allah buat kita semua...

Kalau ditimpa musibah yg lebih teruk... macamana?? Mampukan kita...
Syukur kerana bumi Malaysia bukanlah terletak dlm Lingkaran taufan, gempa bumi (walaupun kekadang terasa juga) mahupun kejadian alam yg lainnya...

Syukur ke hadrat Illahi... Dgn limpahan rahmat dan kasih sayangnya, negara kita selamat drp semua tu... Alhamdulillah...

Lama x berbicara dlm ruangan ni... masa agak suntuk utk aktiviti menulis walaupun byk yg nak di kongsi... xpelah... insya allah, bila berkesempatan... insya allah akan ku titipkan di sini...

Moga ketemu lagi di lain ruangan... dgn cerita2 baru dan moga kisah2 yg boleh memberi manfaat dan iktibar buat kita semua...

Selamat Bercuti buat semua kanak2 sekolah... Waktu yg sungguh menyeronokkan pastinya... jauh dr kesibukan dgn buku n kerja sekolah... Berehatlah, sebelum meneruskan perjuangan di tahun hadapan... moga memulakan hari baru nnt dgn semangat n azam baru yg lebih 'padu n jitu'... insya allah...

Rabu, 10 Ogos 2011

Terakhirkah???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bertemu lagi kita pada hari ke 10 Ramadhan kali ini... Alhamdulillah, kita masih antara yg terpilih meneruskan kembara di mukabumi Allah yg banyak dugaan, cabaran, suka dan duka... tak tertinggal juga pengalaman dan ilmu pengetahuan yg berkesempatan kita kutip disepanjang perjalanan hidup ini... Insya Allah...

Entri kali ini puncanya bila aku terkenangkan jawapan seorang ustaz pabila ditanya agaknya apakah persediaannya andaikata, Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir... pada aku memang agak mencabar soalan itu... tapi mengingatkan ustaz yg disoal... mungkin jawapannya... mantops... yg patut diberi perhatian dan boleh diambil sebagai panduan..

Apa agaknya jawapan beliau? Bole kalian semua agak??? Huhuhu... Dan, rasanya setiap antara kalian ada jawapan tersendiri bukan???

Bila disoal sedemikian, ustaz menjawab dgn tenang... Sbnrnya, kita sememangnya perlu sentiasa bersedia... kerana... ajal maut adalah ketentuan Allah. Kita juga kena ingat sememangnya setiap hari yg berlalu tak mungkin sekali2 dapat kita ulangi lagi... Tengok saja pada tarikh2 yg telah berlalu... 1 Ogos, 2011 (1 Ramadhan 1432 H) contohnya... adakah kemungkinan utk kita lalui sekali lagi tarikh yg sama dalam kehidupan kita ini??? Renungkanlah...

Yang sudah berlalu, pasti berlalu pergi... yang mendatang yg perlu kita hadapi... dan insya allah dgn persediaan yg lebih rapi bukan??? Mudah2an begitulah... yang telah berlalu moga2 memberi pengajaran pada kita semua... sebagai panduan... agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan2 yg sama...

Aku sendiri byk yg perlu diperbaiki... cuma, moga2 kita sama2 bermuhasabah... setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya... terpulanglah pada akal kita utk menentukan apa yg elok utk kita...

Doaku buat diri sendiri, keluarga dan sekalian umat Islam... moga2 kita semua diberi keimanan yg teguh dan ditunjukkan jalan yg lurus... Moga Allah permudahkan segala urusan kita...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 3 Ogos 2011

Raksasa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dah masuk hari 3 di bulan Ramadhan... belum terlambat utk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua... mudah2an kita sama2 berjaya mengerjakan ibadah puasa pd tahun ini serta beroleh ganjaran drpnya... insya allah.

Teringat pd kata2 seorang penceramah tentang peluang kita dapat berpuasa pada kali ini... pendapat beliau bahawa sebenarnya kita adalah antara insan pilihan kerana masih mendapat peluang utk menjalani ibadah puasa kerana sesungguhnya Allah memberi peluang kepada kita untuk menerima hadiah yang tak ternialai di bulan Ramadhan ini... seperti yg kita tahu, bulan Ramadhan penuh dgn rahmat dan pahala berganda yg telah Allah janjikan pd siapa yg berjaya menjalaninya dgn penuh ketakwaan...

Apa kaitan dgn tajuk entri ni kan??? R A K S A S A... huhuhu... macam takde kesinambungan ajekan...

Ini bukan kisah raksasa yg berlawan dgn otomen/ masked rider yg kanak2 suka tonton di tv... Ini raksasa yg penceramah tersebut gunakan sbg perumpamaan bg apa yang berlaku pd masyarakat sekarang... Mungkin pd sesetengah org perkataan raksasa agak kasar... tapi itulah hakikat sebenar kalau kita fikirkan... Cubalah kita renung2kan apa peringatan yg hendak disampaikan oleh beliau kepada kita.

Apa yg di sebut beliau hari ini... "Banyak manusia yg sedang membela 'raksasa' di rumah"... Raksasa itu di tujukan pd anak2 kita di rumah... Nak dinafikan mmg dah jelas dan nyata dlm keadaan dunia skrg... Gelaran raksasa kerana kebanyakan anak2 yg dibesarkan sekarang... menjadi anak2 yang mungkar dan derhaka... Takutkan bila mendengar pernyataan ni...

Inilah cabaran membesar dan mendidik anak2 generasi sekarang. Sebelum terlambat, eloklah kita sedar dan cuba mengambil langkah sesuai menangani atau mengelak drp berlakunya keadaan sedemikian di rumah kita...

Pesanan beliau, pd umur 0 hingga 6 tahunlah umur yg sangat2 perlu kita beri perhatian... kerana pd usia inilah apa yg diterima kanak2 akan membentuk keperibadian mereka... Pd usia ini, kanak2 tak banyak soalan... lbh pd penerimaan... apa sahaja yg sering kita berikan atau mereka lihat... secara terus mereka terima tanpa sebarang tapisan atau saringan... Hebatkan ciptaan Allah... Tapi, ada juga cabarannya kerana adalah menjadi peranan kita untuk menentukan apa yg patut menjadi sajian harian mereka kan???

Moga2 sedikit perkongsian kali ini, dpt membuka mata kita semua agar beringat demi kebaikan kita dan anak2 di masa hadapan. Sama2lah kita mengambil iktibar daripada nasihat yg baik demi memperkukuhkan keimanan umat Islam dalam mendepani cabaran harian... Ameen!!!