Pejam celik, kejap aje kita dah pun tiba pada 23 Ramadhan tahun ni.. Lebih kurang seminggu aje lagi nak berpuasa. Pantasnya masa berlalu ye...
Melalui proses berpuasa kali ni, macam selalu... tapi kali ni sungguh2 mencuba salah satu produk Shaklee iaitu minuman bertenaga 'Performance Drink' atau PD. Alhamdulillah, dah abis satu canister setakat harini dan dapat hasil yang cukup baik terutama untuk anak2. Letih, dahaga dan lapar tu memanglah adat, cuma dapatlah membantu mereka melalui proses berpuasa dengan agak lancar. Kuranglah rengekan2 manja tahun ni...
Untuk diri sendiri dan suami pula, saya tambah pengambilan Vita-Lea dan SR Vita-C Plus. Bukan apa, biasalah orang dewasa ni biasanya aktiviti bulan puasa atau tidak lebih kurang sama aje, siap lebih sikit rasanya. So, memang nak kena maintain bab tenaga untuk urusan seharian tu extra sikit.
Kalau saya mungkin tugasan macam biasa kerja pejabat, balik dan uruskan keluarga. Kena ada tenaga extra sebab, nak juga lakukan ibadah dan uruskan waktu sahur pulak. Rasanya, kali ni taklah mengah sangat.
Untuk suami pula, kebetulan bulan Ramadhan kali ni dah musim ketam. So, memang aktiviti musim ketam dia akan ke laut. Pasang bubu, kutip ketam dan letak semula semua bubu2nya. Ish! Bayangkanlah berada di lautan tu... walaupun bukanlah di tengah2, tapi kepanasannya... tak dapat nak saya cerita. Itu yang saya pastikan dia minum PD, amik Vita-Lea dan SR Vita-C tu... Alhamdulillah, nampaknya ok... cuma biasalah berbuka tu... macam2 jenis airlah yang disedia dan dibeli. Nak ganti balik yang dah kering sepanjang dia beraktiviti waktu siangnya.
Itulah pengalaman bulan Ramadhan kami tahun ni. So, memang gembira kerana produk2 Shaklee ni menunjukkan kesan yang baik buat kami sekeluarga sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Yang sangat saya pentingkan tentulah kesihatan, so bila dapat membantu kami berpuasa lagilah seronoknya.
Ketiga2nya Performance, Vita-Lea dan SR Vita-C... sangat sesuai untuk orang2 yang bekerja di bawah terik matahari, waktu kerja yang panjang spt pengawal keselamatan, kerja sebagai tukang masak, pekerja bahagian pembinaan, dan macam2 lagi.
Jadi, pada yang rasa2 mereka perlukan mana2 produk Shaklee, boleh aje
hubungi saya. Inshaallah readystock dah ada. Banyak lagi produk
kesihatan yang ada. Yang kami gunakan sepanjang Ramadhan ni pun tetap
boleh diambil di luar drp bulan Ramadhan pun.
Yang penting, kita kena titik beratkan tentang kesihatan kita dan keluarga.
Cukup dulu sharing kali ni.
~ Eiyda
~ 010 5708080
~ Shaklee Distributor
Nota : Produk ini tidak bertujuan mendiagnos penyakit tetapi disarankan untuk kesihatan jika diamalkan secara betul.
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Selasa, 28 Jun 2016
Jumaat, 3 Julai 2015
RAMADHAN INI
Salaam Ramadhan semua...
Dah 16 Ramadhan harini...
Sekejap aje masa berlalu... begitulah putaran hidup kita ni...
Dah sebulan juga, kali terakhir saya update blog ni... ish3x...
Rutin tetap seperti biasa, keluarga... anak2... sekolah... pengasuh... kerja... shaklee...
Oklah, hari ni takde perkongsian hangat.
Moga kita semua berkesempatan meningkatkan ibadah dalam bulan mulia ni...
#dahbolehpasanglaguraya...seronok!!!
Dah 16 Ramadhan harini...
Sekejap aje masa berlalu... begitulah putaran hidup kita ni...
Dah sebulan juga, kali terakhir saya update blog ni... ish3x...
Rutin tetap seperti biasa, keluarga... anak2... sekolah... pengasuh... kerja... shaklee...
Oklah, hari ni takde perkongsian hangat.
Moga kita semua berkesempatan meningkatkan ibadah dalam bulan mulia ni...
#dahbolehpasanglaguraya...seronok!!!
Khamis, 18 Julai 2013
Menu makanan bayi
Kali ni, saya nak berkongsi tentang makanan bayi. Bayi saya kini dah berumur setahun sebulan... Jadi, saya selalu tercari-cari menu/ resepi yang nak saya bekalkan kepada pengasuhnya. Biarlah saya bekalkan si kecil dengan makanan yang cukup khasiat di samping bekalan susu hariannya.
Sebelum-sebelum ni, saya cuma bekalkan bubur kosong. Kadang-kadang saya campurkan dengan kurma, lobak dan ada masa saya masukkan buah tin. Stok memang banyak sebab ayah dan mak baru balik daripada menunaikan ibadah umrah. Kadang-kadang ada juga saya letakkan madu dalam buburnya.
Itu dulu-dulu masa masih umurnya belum setahun. Dah setahun ni tambah pula giginya dah ada 7 batang, rasanya saya dah boleh hidangkan dia menu-menu baru. Apa agaknya yang sesuai untuk bayi seusia dia ni ye??? Alhamdulillah, selalunya saya memang masakkan bekalan dia hampir setiap pagi. Ada time aje, saya masakkan untuk dua hari terus. Saya suka kalau bekalan dia fresh-fresh... Tentu lebih berselera dan boleh rasa kelainan tiap-tiap hari... Cuma, letihlah sikit. Sebab keperluan anak-anak lain pun nak kena fikir juga kan???
Semalam alang-alang ke kedai membeli keperluan rumah, saya belikan sekali macaroni. Terdetik di hati nak buatkan sup macaroni untuk si kecil. Harapnya dia sukakan menu baru ni. Saya tumiskan bawang, masukkan sedikit lobak dan dah mendidih baru saya masukkan macaroni yang dah direbus dulu. Kakak-kakak tengok sup tu pun teringin, tapi si kecil ni tak taulah macamana penerimaannya. Janganlah dia tak berselera, kesian pulak pengasuh nak kena masak bagai pulak untuk dia nanti.
Esok, terfikir nak buatkan si kecil telur hancur di campur lobak atau apa ek. Kesian jugak asyik ditambah lobak aje. Takpelah, in shaa allah, nanti-nanti datanglah idea untuk si kecil ni. Sambil-sambil meneroka apa yang ada di dalam peti hikmat di rumah nanti.
Satu lagi idea atau menu yang dah saya terfikir nak buatkan ialah bergedil simple... Cuma, campurkan daun bawang, lobak dan salut dengan telur. Lepas tu bolehlah digoreng. Atau mungkin tak salut telur... So far, si kecil saya ni tak meragam perutnya. Harapnya, menu-menu baru ibu nak cuba ni tak memudaratkan diri si kecil.
Oklah, bulan Ramadhan ni menu berbuka pun nak difikir juga. Tapi, kami takdelah complicated sangat. As long as ada something untuk dimakan, in shaa allah layan aje. Simple pun dah ok. Bulan Ramadhan ni kami cuba mengikut saranan daripada ceramah-ceramah agama yang menekankan bulan ni merupakan bulan/ pesta ibadah, bukannya bulan/ pesta juadah.
In shaa allah, bila ada kesempatan dan perkongsian... kita jumpa lagi ye.
Selamat berbuka puasa..
Selasa, 16 Julai 2013
Ramadhan 1434H
Alhamdulillah... syukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Memang banyak agenda yang saya dah rancang... mudah2an semuanya dipermudahkan Allah... Cuma sebulan dalam setahun Ramadhan tiba... mudah2an kunjungannya kali ni memberi erti berbeza berbanding dengan tahun2 yang lain..Ameen!!!
Di bulan Ramadhan rutin biasa para ibu tentulah menyediakan juadah berbuka yang dikategorikan menyelerakan... walaupun sebenarnya juadah apa pun tetap menyelerakan saat nak berbuka puasa nanti.
Sebagai ibu yang bekerja, saya takdelah pening memikir juadah harian... sebab bonda di rumah yang akan rancang menu berbuka dan sahur... bonda sendirilah yang uruskan semuanya, tinggal saya membantu apa yang perlu... kadang-kadang aje saya yang menguruskan semuanya, biasanya masa hujung minggulah. Biasalah, dengan anak kecil setahun... susah nak jangka... jadi bila mood ok bolehlah bersibuk2 di dapur... kalau tidak, pandai2lah curi masa...
Alhamdulillah, anak2 yang besar boleh menolong jagakan adik2... dan kadang2 saya sediakan bahan untuk anak2 buatkan makanan... yang simple mcm popia atau puding... seronoklah mereka sama-sama menyediakan juadah puasa. Hilanglah letih, lapar dan dahaga mereka...
Setakat ni, menu kami pun biasa2 aje... kadang-kadang berlaukkan ketam, bawal atau apa saja hasil laut yang en suami bawa pulang untuk kami. Yang 'special' semuanya fresh... sebab sebaik dia mengutip hasil tangkapannya... terus bawa balik... seronokkan... syukur sebab dapat merasa makanan yang segar. Bagus untuk kesihatan juga, sebab kita makan makanan yang berkualiti, tapi ada masa kami beli juga di pasar atau bazaar Ramadhan...
Hari ni dah masuk hari ketujuh, cabaran Ramadhan kali ni nak mengajar anak2 berpuasa... payah juga rupanya, macam-macam alasan yang diorang beri... Tapi, alhamdulillah yang 10 dan 7 tahun mampu berpuasa.. Yang 6 tahun tu... separuh hari @ yang yok bolehlah... Takpelah, nak di ajar perlahan2... Ikut hati memang nak diorg berpuasa, tapi kenalah bertimbang rasa... Yang penting didikan tentang solat... itu pun macam-macam alasan, tapi kenalah bersabar walau kadang-kadang 'naik angin' juga dengan segala macam kerenah budak2 ni... Kenalah ingat2 masa kita kecil dulu... rasanya sama aje perangainya... cuma, ada masa kenalah bertegas sikit... kalau tak, lemak berkrimlah semuanyakan...
Oklah, catatan Ramadhan kali ni bertitik noktah di sini dulu. In shaa allah, ada kelapangan dan cerita akan dikongsikan lagi.
Sekian, salam Ramadhan semua... moga kita semua beroleh pahala yang berganda2 atas usaha gigih sepanjang pesta ibadah kali ini... Ameen!!!
Langgan:
Ulasan (Atom)

