Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2015

Aku dan Shaklee

Salam sejahtera para pembaca semua.

Kali ni saya nak berkongsi sikit tentang saya dan Shaklee.

Saya memang bukan sesiapa dalam Shaklee, cuma seorang pengedar biasa.  Yang memang biasa-biasa saja.

Namun, walaupun biasa.. setelah hampir 6 bulan agak serius dengan bisnes Shaklee... banyak juga yang sudah saya kecapi. Banyak yang tak banyak mana pun sebenarnya.

Berkenalan dengan Shaklee agak lama... setahun lebih sudah.  Cuma, untuk berbisnes tu, memang mengambil masa yang lama... sebab pada asalnya, makan memang sekadar untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga.  Takde sedikit pun terdetik untuk berbisnes dengan Shaklee.

Bila terkenang semula, memang kadang-kadang tak percaya pun ada... Hihihi.  Mana mungkin, saya seorang yang pemalu, tak mahir dalam bidang komunikasi ni nak berbisnes.  Memang rasa tak masuk akal.  Tentu-tentulah bisnes separuh jalan jawabnya.  Siapalah yang nak membeli jawabnyakan.

Memang saya terus-terusan berfikir begitu sehingga tiba bulan Mei 2015... mungkin banyak tawaran-tawaran hebat daripada pihak Shaklee, membuka hati dan minda saya untuk berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee ni.  Ditambah kuatnya kerana dua orang kakak juga adalah pengguna tegar dan peniaga-peniaga berjaya Shaklee.  So, takde masalah untuk mereka berdua memberi tunjuk ajar.  Syukur Ya Allah.

Selepas itu mula berjinak untuk share kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan.  Especially, selepas saya mula turut serta dalam kelas-kelas nutrisi dan perkongsian lain bersama Master Shaklee yang dah berjaya.  Lebih selesa, yakin dan faham tentang Shaklee.  Yang susah selepas tu, dah jadi macam ketagih pulak nak attend kelas atau gathering.  Hahaha.  Dahsyatkan. Aura-aura positif yg Master sering share membuatkan kita tertarik dan berminat untuk selalu attend kelas-kelas yg dianjurkan oleh pihak Shaklee. Hebat!!!

Mungkin juga, Allah yang berikan kita rasa itu... rasa gembira kerana bila hadir ke kelas-kelas Shaklee ni... terlalu banyak ilmu baru yang saya dapat dan boleh guna untuk kehidupan seharian.  Ilmu pemakanan untuk kanak-kanak, orang tua maupun orang yg mempunyai masalah kesihatan.  Alhamdulillah kerana Allah buka laluan saya bersama Shaklee.

Sepanjang tempoh 6 bulan ni... dapatlah saya merasa beberapa insentif Shaklee.  Antaranya double bonus kerana dapat  6 keahlian dengan 100uv dalam tempoh sebulan,  Hadiah Bonanza yang memang best dan awesome dan beberapa insentif lain lagi.  Walaupun bonus masih kategori kecil, namun dah terasa bahagianya... kerana sedikit sebanyak... dapat menambahbaik pendapatan bulanan kami sekeluarga.  Thank You Allah!!!

Inshaallah, jika Allah beri kesempatan... saya akan terus berusaha untuk mencapai target yang dah saya tanamkan untuk digapai bersama Shaklee.  Moga Allah makbulkan segalanya nanti...  Keluarga, kesihatan dan kekayaan adalah antara faktor utama yang menjadi kunci untuk saya terus gigih berusaha.

Doa saya, moga-moga rakan pembaca juga akan berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.  Kita masing-masing ada matlamat sendiri...  Moga Allah permudahkan segala urusan dan usaha kita untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki suatu hari nanti.  Teruskan berusaha dan berdoa...  Inshaallah... suatu masa, suatu ketika akan tiba saat kita mengecapi manisnya dan bahagianya kejayaan itu.  Aamiin...

S.I.D Shaklee
Kuantan, Pahang Darul Makmur






Jumaat, 7 Mac 2014

Sinar 2014

Salam Jumaat semua...

Sekejap aje masa berlalu, dah masuk bulan Mac tahun 2014...  
Tapi, tahun ni nampaknya tak berapa produktiflah...  Penyakit M dah melekat...  Susah betul nak update blog ni...

Hihihi...  Takde cerita best pun yang nak di kongsi sangat, so penyakit M pon makin menjadi2lah nampaknya..  Mujurlah melanda aktiviti update blog aje, di buatnya M merata tempat, haru jadinya...

So far semuanya berjalan baik...  cuma ada perancangan yang agak besar yang belum dapat dijalankan.  Inshaallah, kalau semuanya lancar...  Mungkin  baru banyaklah cerita2 di blog ni nanti..

Harapan aku, moga2 harapan nan satu ni tercapai...  Moga Allah permudahkan segalanya buat aku dan suami...  Dan, moga usaha kami yang satu ni, membawa perubahan positif pada kami sekeluarga nanti.  Ameen..

Nanti sampai masanya, inshaallah aku kongsi ceritanya...


Selasa, 21 Januari 2014

Kisah Penyusuan Susu Ibu


 Hai rakan-rakan pembaca semua...


Apa khabar hari ni ye?  Mulakan hari kita dengan ceria...  Inshaallah semuanya akan ceria dan bahagia..

Nampaknya ini post pertama di tahun baru...  dah 21 hari rupanya...

Bukan nak menyepikan diri... cuma macam takde apa yang nak di share di sini... so, faham-fahamlah ye...  Diam lebih baik, tapi tetap mengikuti cerita-cerita di sekeliling...

Kali ni, cuma nak berkongsi rasa gembira kerana hingga ke hari ni... masih berjaya menyusukan anak kecil yang dah tak berapa nak kecil... dah berumur setahun 7 bulan...

Memang niat di pasang sedari awal mengandungkan dia...  Yelah, rezeki dia...  Yang lain dulu... dunia IT masih kurang meluas... ilmu penyusuan, penjagaan bayi masih kurang... jadi rezeki yang lain dulu taklah semewah si kecil ni...

Syukur sangat kerana masih berjaya, walaupun dalam hati dah tertanya-tanya bilalah si kecik ni nak kurangkan menyusu ni... Hahaha... teruk jugak ibu sorang ni kan...

Orang lain, berkobar-kobar nak menyusukan anak tapi tak berapa berjaya... yang kita pulak terfikir-fikir nak berhenti menyusukan bayi... tak baik betulkan...

Itulah dilema ibu bekerja...  Selagi menyusukan bayi... agak payah nak berenggang... maksud lain... nak bekursus di luar atau kerja-kerja luar memang kena lupakan atau memang kena plan betul-betul dulu. Kalau tak sendiri yang susahkan...  Hehehe...

Apa-apapun memang bersyukur sangat-sangat sebab at least ada juga impian yang terlaksana.  Rasa gembira dan syukur tu memang sukar nak digambarkan.  Hanya yang berjaya melaksanakan misi yang memahaminya... Kan???

Oklah, cukuplah celoteh kali ni.  Bukan ada perkongsian sangat, cuma berkongsi rasa kali ni..  Menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi dengan anugerah yang tak semua orang dapat ni...

Sekecil-kecil anugerah pun tetap kena hargai.  Nilainya tentu berbeza buat setiap individu...  So, syukurilah apa yang kita ada... selagi kita diberi peluang menikmatinya...

Sikit atau banyak... semuanya terpulang pada kita...  Sikit pada kita mungkin banyak kebaikan pada orang lain...

So, kesimpulannya... syukurlah selalu dengan segala yang kita ada...

Ok semua... jumpa lagi di lain kali...  Moga titipan kali ni dapat memberi inspirasi buat ibu-ibu lain dan juga bakal-bakal ibu yang sedang merencana kehidupan terdekat ini.



 

 

Khamis, 26 Disember 2013

Tahun Baru 2014

Tanggal 26 Disember, 2013.. maknanya tinggal 5 hari lagi, diari 2014 akan dibuka...
Meninggal pergi impian 2013 dan bermulalah azam 2014 kita...

Peh!! Kejap aje masa berlalu...

Umur semakin bertambah, anak-anak juga makin membesar...

Life must go on... 

2014 ni, tak taulah apa pulak yang menanti kita...  Moga-moga semuanya yang baik-baiklah hendaknya..

Bila dikenang-kenang... 2013 walaupun bukan yang terbaik... namun tetap ada pencapaian... (ayat nak sedapkan hati)...

Takpelah... apa yang masih belum baik, perlulah diperbaiki...  Yang dah separuh jalan perlu diteruskan ke tahap yang dikehendaki...  Yang mana dah capai target, kenalah diteruskan momentumnya...  Jangan sampai merudum pulak tahun 2014 ni.

Istiqamah... itulah kata kunci yang perlu diingat selalu...  Biar kecil perubahan yang dibuat, namun kena istiqamah...  mudah-mudahan daripada yang kecil... akan berubah menjadi besar perlahan-lahan nanti...  Ameen!!

Namun, walau apapun pencapaian tahun 2013 ni... syukur aku ke hadrat Illahi dengan apa jua yang telah dikurniakan pada aku dan keluarga..  Insha allah, itulah yang terbaik untuk kami...

Moga kami terus tabah dan redha meneruskan kembara di bumi Allah ni...  Mudah-mudahan usia yang dipinjamkan pada kami digunakan dengan sebaik mungkin..  

Cukuplah Allah buatku... mudah-mudahan kami sentiasa dalam redha dan lindungan Illahi...

Sempena 2014 yang dah nak tiba... maka bercuti lama sikitlah aku... macam biasalah, meraikan anak-anak yang akan kembali ke sekolah... tambahan anak teruna akan memulakan sessi persekolahan buat pertama kali...  Moga Allah permudahkan segala urusan kami...

SELAMAT TINGGAL 2013, DAN SELAMAT BERTEMU 2014...

" Ya Allah, tambahlah bagiku REZEKI yang BANYAK lagi HALAL...  IMAN yang BENAR, KESIHATAN yang ELOK, HATI yang BERSIH dan KEJAYAAN yang BESAR...". Ameen!!!

Jumpa lagi di tahun baru nanti ye....


Khamis, 6 Disember 2012

HIJRAHKU

Assalamualaikum semua...

Kembali berblog...  Kembali utk berkongsi...  cerita, pengalaman, rahsia, nasihat dan apa saja ...  Apalagi yg boleh dikongsi apa yg baik dan berfaedah... moga membawa kebaikan kepada semua...  Ish... berbelit2, berputar2 pulak rasanya...

Takpe... takpe... teruskan tulisan kali ni...  Chewah!!!  Bersemangat kunun...  Bukan apa, smlm dpt menghadiri sessi temu bual dgn seorang novelis dan chef terkenal...  Hasilnya, semangat dan motivasi beliau membangkitkan rasa utk memperbaiki pencapaian diri dan kalau boleh nak mengubah agar berganjak daripada takuk lama... Dalam hal kehidupan, kerjaya, pencapaian, keluarga, agama, pendidikan... senang kata segala2nyalah...  Tamak aje bunyinyakan???  Huhuhu... Takpelah...  Yg elok kita ikut yg tak elok tu... tolak tepi ajelah...

Macamana aku boleh terjebak dlm menghadiri sessi tu....  Tentulah dpt jemputan drp rakan2...  tapi sebenarnya bila difikirkan... tentu Allah yg mendorong kita ke arah sesuatu yg nak atau tak nak kita buatkan???  Sebab, nak kata aku minat sangat bab penulisan... jawapannya memang KURANG...  kalau sebab masakan.... YA... cuma, kekadang dalam dilema sebab...  kurang ilmu, kurang kepakaran, kurang semangat pun ye jugak dan macam2 yg kurang lagilah... Pendek kata semua yang nak membantutkan usaha dan semangat...  Hihihihi...  Sebab2 tu semuanya alasankan... kalau tengokkan orang2 yang berjaya... susah, payah, keluh, kesah tak wujud dalam kamus hidup mereka...  Kalau tidak tentu tak kemana2 lah jawapannya...  Apakan pula mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke angkasa nun...  Memang mustahil jawapannya...  Hai... Indah bila difikir untuk menjadi HEBAT...  tapi disebabkan dok memikirkan alasan2...  itu lah tak dapat2 menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam...  Ish3.... (sambil menggeleng kepala... apa nak jadi ni...)

Dah ada motivasi... tapi dok pikir nak mula daripada mana pulak dah...  Adoyai!!!  Cer kawan2 bagi satu dua nasihat atau cadangan sikit...  Pi mai, pi mai tang tu jek...  Apara nak jadi kalau cenggini...

Ok, ok...  Takpe... Tenang kan diri, tenangkan fikiran...  kena buat perancangan betui2...  Rasanya kena fikir apa kelebihan yang ada dalam diri ni...  Payah jugak bila asyik merendah diri ni... sampai takleh nampak apa bakat yang ada...  Hahahaha... Kesian betul kat makhluk Allah nan seorang ni...  

Sebenarnya perancangan ke arah kebaikan memang dah tersemat di sanubari sempena kedatangan tahun Hijrah 1434 ni...  nampaknya penambahbaikan perlu ada... dan bolehlah ambil bersempena kedatangan tahun Masihi yang dah tak lama akan muncul...   Hai!!!  Doakanlah kawan2 ye...  Tercapailah hendaknya azam dan perancangan baikku ini... In shaallah!!!

Oklah, berhenti dulu untuk catatan perkongsian kali ini.  Rutin kehidupan perlu diteruskan...  Rutin pekerjaan juga perlu ku lunaskan...  Moga jumpa lagi...