Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Rabu, 21 Oktober 2015

ILMU BARU

Ilmu kalau dihitung... tak terkata banyaknya. Sebab tu, ada pepatah berkata tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

Tengoklah... betapa ilmu tu berharga... sehingga ke akhir hayat pun kita masih dituntut untuk mempelajarinya...

So, walaupun umur dah semakin banyak... tapi keperluan untuk menambah ilmu tak boleh terhenti...  kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk anak-anak... atau sesiapa saja yg mungkin memerlukannya.  Kalau dapat berkongsi, bukankah free-free aje boleh dapat pahala.  Tak rugi wo!

Ilmu apalah yg sibuk sangat aku nak cerita ni ye?  Sebenarnya ada kawan-kawan yg berilmu ttg hartanah ni  sudi nak share ilmu dan experience diorang... memang tak boleh  nak lepaskan peluanglah. ... Bila berkongsi cerita... punyalah rasa diri ku yg kerdil ini... semakin-makin kerdilnya... sungguh banyak yang masih perlu dipelajari.  Yang memang aku tak tau selama ni...  Umur aje banyak, ilmu apa la sangat yang aku ni ada rupanya...  Malu betul...

Aku doakan moga kawan-kawan yg baik hati ni... beroleh pahala yg banyak dan hanya Allah yang mampu membalasnya.  Sedikit sebanyak, aku yang takde background business ni terbuka mata dan minda...  Walaupun aku memang rajin bisnes, tapi bisnes hartanah ni...  memang tak pernah berani, sebabnya aku sedar aku takde ilmu yang mantap tentang ni...  tak berani nak cari pasal weh!

Oklah, sebenarnya masih diperingkat awal nak belajar-belajar ni...  Harapnya, dengan rajin menelan lecithin dan omega guard shaklee tu...  Allah lapangkan dada dan minda aku agar senang nak terima ilmu baru... Hahaha, itulah... umur dah banyak baru ada kesedaran nak menambah ilmu di dada... Eloklah tu kan???

Orait, cukup dulu cerita kali ni.  Rehat sebentar... nanti bila-bila free... aku singgah bercerita lagi...

usaha ku sekarang... untuk sihat dan kewangan, inshaallah



Jumaat, 22 November 2013

Didik anak cara Rasulullah s.a.w


Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu

i) Sebelum usia 7 tahun,
ii) antara 7 – 14 tahun dan
iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun

1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat. Tidak boleh tidur di  
    bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun

1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di 
      tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terima kasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk 
      bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan 
      beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar 
      dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T


Cara Didikan Anak Oleh Saidina Ali r.a

7 tahun pertama kelahiran anak. (awal kelahiran sampai umur 7 tahun)

- Bermainlah dengannya.
- Bermain dgn anak ketika usianya dalam lingkungan ini dapat menjalinkan hubungan anak dengan ibu bapa. 
  selain itu ketika ini minda anak2 sedang berkembang dan sedang belajar..
- sebab itu kita boleh lihat apa yg dilakukan oleh ibu dan bapanya akan perhatikan dan ditiru oleh anak2.

7 tahun kedua selepas kelahiran ( 7 hingga 13 tahun)

- disiplinkan Anak2
- Sbb itu Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan 
   pukullah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".
- Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik..berkembang dan perlu dipimpin.
- Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila 
   menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya..
- Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
- bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya".

7 tahun ketiga selepas kelahiran ( 13 hingga 19 tahun)

- Berkawanlah dengan mereka.
- Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
- pendekatan psykologi harus digunakan oleh ibubapa.
- ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. dikala ini mereka sedang 
   tercari-cari identiti mereka.
- Emosi mereka juga mudah terusik.. ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
- jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
- Bersedialah degan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. 
   Supaya senang mengendalikan masalah anak.
- klu kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan org lain kalau anak-anak ini 
  mencari jawapannya sendiri. mungkin dia mencarinya dari kawan2 atau membuat rumusannya sendiri.


7 tahun empat sehingga dia berumahtangga (19 tahun hingga dia berkahwin)

Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
- pada ketika ini mereka sudah tahu apa yg mereka inginkan dalam hidup.
- elakkan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
- pada ketika ini tegurlah mereka dgn cara dewasa.
- ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.

sumber: http://www.carigold.com/portal


Khamis, 3 Oktober 2013

Perkongsian ilmu dan peringatan buat kita


Salam sejahtera...

Ada sedikit perkongsian untuk hari ini sumber bacaan di FB..  
Moga-moga mampu memperkukuhkan iman dan takwa kita bersama.
---------------------------------

Untuk renungan kita bersama: Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada

Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman

Rabu, 9 Januari 2013

Perbuatan yang mewarisi kepapaan


Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim  dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani

1)Mengerjakan dosa
2)Melebihkan tidur
3)Tidur bertelanjang
4) Tidur selepas solat subuh
5)Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
6)Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
7)Membakar kulit bawang(merah@putih)
8)Menyapu rumah pada malam hari
9)Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
10)Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
11)Membasuh tangan dengan tanah
12)Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
13)Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
14)Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
15)Bersegera keluar dari masjid
16)Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
17)Tidak membasuh bekas makanan
18)Memadam pelita dengan mulut
19)Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
20)Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
21)Memakai serban ketika duduk
22)Memakai seluar ketika berdiri
23)Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
24)Membuang kahak ketika qada hajat
25)Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
26)Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
27)Duduk dibendul rumah
28)Duduk diantara belahan pintu
29)Berwudhu ditempat tidur
30)Makan sesuatu ketika berjunub

Sumber : http://perihalagamaislam.blogspot.com

Buat rakan pembaca...

Moga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberikan ilmu kepada kita semua...  Yang baik kita ikuti yang tak elok marilah sama-sama kita hindari...

Jumaat, 10 Februari 2012

Kesan istighfar

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Sumber : JAKIM and Teratak Wihdah

Khamis, 28 Julai 2011

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianyabagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Sumber : http://www.muip.gov.my

Khamis, 14 April 2011

Skim Perlindungan Perkeso Bhgn 2

Sumber dipetik drp : http://www.perkeso.gov.my

FAEDAH PERUBATAN

*
Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
* Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih.
* Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja.
*
Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

Cara Tuntutan

Untuk memohon dan seterusnya mendapat rawatan perubatan buat pertama kali, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada klinik panel PERKESO:-
• Borang 21 (Laporan Kemalangan)
• Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan Penyakit Khidmat) atau
• Surat Pengenalan daripada majikan


Bayaran Ganti Belanja (BGB)

Bagi rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan Bayaran Ganti Belanja kepada pejabat PERKESO berkenaan dan untuk mendapat kelulusan tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO.


Cara Tuntutan

Untuk memohon dan seterusnya mendapat tuntutan Bayaran Ganti Belanja, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada pejabat PERKESO:-

• Borang PKS (P) 24 (Borang Tuntutan Perjalanan Bayaran Balik)
• Borang PKS (P) 26 (Laporan Tuntutan BGB Am)
• Resit asal
• Salinan Kad Rawatan (Appointment Card)
• Salinan Laporan Perubatan (jika ada)


FAEDAH HILANGUPAYA SEMENTARA

Pembayaran Faedah

* Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk mendapat pembayaran,jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
* Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:

* Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
* Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan)


Cara Tuntutan

Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

• Borang 21 (Laporan Kemalangan)
• Borang 10 (Borang Tuntutan)
• Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
• Salinan Kad Pengenalan
• Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)

Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:-

• Laporan Polis
• Peta lakar tempat kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:-

• Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
• Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
• Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
• Borang 10 (jika ada cuti sakit)

Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan. Tempoh Lapor Kemalangan Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.


FAEDAH HILANGUPAYA KEKAL

Hilangupaya kekal ertinya hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu. Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.


Tempoh Tuntutan

Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.


Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan Orang Berinsurans dan tertakluk kepada kadar minimum RM10.00 sehari manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.

Cara Tuntutan

Orang Berinsurans harus membuat permohonan bertulis kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan dan untuk dirujuk kepada Jemaah Doktor sila lampirkan sekali dokumen-dokumen berikut:-

* Borang Permohonan
* Salinan Kad Pengenalan
* Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
* Borang 10 (Borang Tuntutan)
* Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
* Nombor dan salinan buku akaun bank untuk pembayaran terus ke akaun simpanan.


Cara Pembayaran Faedah

Kes akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilangupaya. Orang Berinsurans akan diberitahu taksiran tersebut. Sekiranya hilangupaya kekal itu ditaksirkan tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara berkala walaubagaimanapun, pekerja boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal atau sekaligus. Sekiranya taksiran hilangupaya kekal itu melebihi 20%, bayaran dibuat secara berkala walaubagaimanapun pekerja boleh memohon supaya bayaran 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan baki kadar harian faedah tersebut dibayar secara berkala dan secara pencen bulanan sepanjang hayat. Orang Berinsurans yang sedang menerima faedah hilangupaya kekal masih boleh meneruskan pekerjaannya. Sekiranya Orang Berinsurans atau PERKESO tidak berpuas hati ke atas taksiran tersebut, permohonan rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan Jemaah Doktor disampaikan kepada Orang Berinsurans.


ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)

Orang Berinsurans yang menerima taksiran Hilangupaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.

.... bersambung....

Selasa, 12 April 2011

Skim Perlindungan Perkeso Bhgn 1

Sumber dipetik drp : http://www.perkeso.gov.my

Moga2 artikel drp PERKESO ini, dpt memberi panduan sekiranya berlaku sbrg kemalangan kepada diri anda masing2..

SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.


PERLINDUNGAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

1) Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya.

* Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

2) Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

* Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.
* Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
* Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya (dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu).

3) Kemalangan Semasa Kecemasan

* Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana. Contohnya kebakaran.

4) Penyakit Khidmat

* Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Contoh:

• Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.
• Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.

• Faedah Perubatan
• Faedah Hilangupaya Sementara
• Faedah Hilangupaya Kekal
• Elaun Layanan Sentiasa
• Faedah Pemulihan
• Faedah Orang Tanggungan
• Faedah Pengurusan Mayat
• Faedah Pendidikan

Khamis, 17 Mac 2011

Ayatul kursi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

Pengertiannya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Sama2lah kita cuba amalkan... Insya Allah banyak fadhilatnya...

Jumaat, 18 Februari 2011

~~ Planning.... for hereafter....

Are u prepared for this???? 

Ya Allah, terasa kerdil dan byk sungguh dosa... bila soalan tu di lontarkan oleh penceramah dlm majlis ilmu dengan tajuk di atas.

Bagaimana ye???  Apalah bekalan yg kita ada... jika panggilan Allah tiba, pada bila2 masa dan ketika yg kita semua x tau??? Ya Allah, Ya Rabbi....  Bykkah amalan kebaikan yg nak kami buat bekalan???

Seperti yg diterangkan oleh ustadz penceramah... sebenarnya Hari Kiamat.... tentulah utk org2 yg sentiasa bersedia utk menghadapinya... pd yg tiada bekalan dan persediaan... tersangatlah rugi...

Kita mungkin mengimani tentang Hari Kiamat, namun utk merasainya... mungkin kurang kerana ia sesuatu yg ghaib... tambahan pula hidup kita yg sentiasa di buai dgn kesenangan... sedikit sebanyak... melalaikan kita tentang perkara nan satu ini... dan rasanya byk lagi perkara...  

Ya Allah.... Ampunkanlah aku...  Byk yg sudah aku lalaikan rupanya... berilah aku petunjuk ke jalan yg benar...

Antara persediaan yg boleh kita buat demi menghadapi hari pembalasan seperti yg dianjurkan ustadz...
1.  Amalan baik dan banyakkanlah kebajikan - secara berterusan beri perhatian pd perkara2 fardhu seperti solat, zakat, puasa dan haji... ditambah dgn perkara2 yg sunat utk pengukuhan spt. membaca al-quran, bersedekah dan menyayangi anak2 yatim

2.  Langsaikan segala hutang piutang dgn Allah dan manusia

3.  Jagalah urusan silaturrahim kena sesungguhnya sesiapa yg tidak menjaga hubungan silaturrahim berada jauh drp rahmat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga pun... kerana itulah Islam menganjurkan kemaafan di antara sesama kita atas sebarang salah dan silap...

Akhir kata...
Rancanglah hidup kita agar menjadi sebuah kehidupan yg lebih baik agar tiada sesalan dikemudian hari... Insha Allah.

Sama2lah kita rebut 5 perkara sebelum 5 perkara...  Mudah2an perkongsian ini memberi manfaat pd semua termasuk diri ku sendiri.... Ameen!!!

Khamis, 17 Februari 2011

..:: D.O.A ::..

 Untuk kita sama2 cuba amalkan
Doa sebelum memulakan pekerjaan
Ya Allah. Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini & segala kebaikan yg ada di dlmnya, & aku berlindung padaMU drpd keburukan pekerjaan ini & segala keburukan yg ada di dlmnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yg maha berkuasa menentukannya. Ameen
 Doa selepas bekerja seharian
Ya Allah. Aku serahkan padaMu pekerjaanku & jiwa ragaku & aku bertawakal kpd Engkau Ya Allah. Ameen
Mudah2an segala yg kita kerjakan membuahkan hasil yg baik dan diberkati Allah selalu hendaknya... Ameen!!!
 
Sumber : Kiriman rakan di FB.... wallahualam...

Selasa, 25 Januari 2011

I.L.m.U

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.


TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.


TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.


TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

 


SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH.....


Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam...

Bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia mel ain kan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'



* Kalau rajin....Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu
Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Sumber : Kiriman e-mail... wallahua'lam 

Selasa, 11 Januari 2011

Buat kita semua....

10 Januari, 2011

Tugasan menyampaikan tazkirah, actually 2nd time dah masuk kali ni.  During our Monday Discussion, we will start with some sharing knowledge session.  Appointment dah almost 3 weeks, tapi asyik tertunda pasal akhir n awal tahun... mmmggg ramai ahli yg bercuti....  Till yesterday...  Dah mmg pilih utk sampaikan satu kisah yg ringkas dgn tajuk... lbh kurang bunyinya.... " Bahagian terbaik dan terburuk"... sesedap rasa ku memberi tajuk tazkirah tu... hehehehe...

So, sama2lah kita berkongsi di ruangan ini pulak ye... Salah satu drp himpunan kisah Luqman Al-Hakim.  Teruskan membaca, moga2 perkongsian ilmu ini memberi kita motivasi dan sedikit peringatan.

Seorang ibu yg dermawan telah mendermakan seekor kambing utk disembelih dan diuruskan oleh Luqman Al-Hakim.  Beliau berpesan agar diberikan bahagian yg terburuk dr kambing tersebut kepadanya.  Selesai diuruskan penyembelihan, diberikan oleh Luqman Al-Hakim bahagian hati dan lidah kepada ibu dermawan tersebut.

Beberapa hari kemudian, ibu tersebut sekali lagi mendermakan seekor kambing kepada Luqman Al-Hakim untuk disembelih dan kali ini pesanannya agar di berikan bahagian yang terbaik daripada kambing tersebut kepadanya.  Sama seperti yg lepas, setelah selesai disembelih Luqman Al-Hakim memberikan bahagian hati dan lidah juga kepada ibu yg menderma kambing tadi. 

Oleh yg demikian, terasa hairanlah ibu tadi.  Kenapa bahagian hati dan lidah yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim walaupun berlainan permintaan yang dibuatnya.

Maka, Luqman Al-Hakim pun menerangkan bahawa ' hati dan lidah amat baik ketika ianya baik, namun boleh menjadi buruk apabila buruk kedua-dua bahagian tadi'.

Fahamlah si ibu dermawan itu, bahawa sesungguhnya hati dan lidah sangat besar fungsinya kerana ia merupakan tunjang segala kebaikan namun jika buruk hati dan lidah itu ia boleh menjadi ibu segala kejahatan dan keburukan.

*  Drp sini, dapat kita lihat peranan hati dan lidah pada kita kerana walaupun saiz organ ini kecil tapi kesan daripadanya sangatlah besar.  Mudah2an kita menggunakan hati dan lidah kita ke arah kebaikan dan sekali2 kita tidak menyalahgunakannya.  Ameen!!!!

Selasa, 21 Disember 2010

Iman Semut Vs Iman Manusia

Buat renungan bersama..........

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang
kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya kepada semut:
"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun
menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di
atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan
hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di
atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil
gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi
tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila
cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek

kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali
dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris
sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali
ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa
mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur,
3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi
kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi
sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:
" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di
tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan pelbagai SOGOKAN yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat
dari iman manusia.

Wallahua'lam.


Jumaat, 26 November 2010

Untuk perkongsian...


Kiriman seorang ahli jemaah masjid al-munawwarah untuk makluman
anda.



Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.


Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.


Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.


Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.


Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.


20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.


Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.


Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...


Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?


kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?


Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik
dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.


Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.


Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?


Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.


Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar!


dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.


Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.


P/s : sebagai Tauladan..

==========================================================================

Jumaat, 8 Oktober 2010

Tenanglah duhai hati...

Sambil mencari2 bahan bacaan berguna... terjumpa dgn blog Himpunan Tazkirah ni... Tertarik rasa hati dgn tajuk artikel yg satu ni... rasa elok kalau dpt dikongsi dgn rakan2... mohon agar pemilik blog tersebut sudi membenarkan artikel ini dikongsi dgn rakan pembaca yg lain ye... Mohon kebenaran ye...

Marilah kita sama2 hayati artikel ini ye...

TENANGLAH DUHAI HATI

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

* Mudah2an artikel ini dpt membantu kita menilai diri kita sendiri... insan yg kerdil dan serba kekurangan... marilah kita berusaha mencari kedamaian hati kita semua, insyaallah...

Rabu, 6 Oktober 2010

Indahnya bila berbaik sangka

"Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka


Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "


Sumber : Kiriman e-mail sahabat