Memaparkan catatan dengan label Kes Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2015

Kisah Nutriferon

Alhamdulillah.

Hujung minggu ku, walaupun suram aje... sesuram cuaca yang berjerebu dan mendung tapi tak berapa nak hujan tu...  terselit sinar kegembiraan...

Kisahnya...

Di petang hari Sabtu, sambil-sambil skroll FB... aku ternampak status yang bertanya tentang Nutriferon Shaklee untuk kegunaan segera...

Dalam hati terasa yang ibu ni mencari penawar untuk anak yang demamkah???  Rasanya boleh dibantu ni...

Aku memberi respon di FB.  Disahut semula oleh ibu itu.  Tapi entah kenapalah agaknya... harinilah applikasi telefon ku membuat onar...  Hati dah cuak...geram... eiiiii....

Tapi, cepat-cepat mencari penyelesaian...  disebabkan arini WhatsApp dah expired belum sempat install, FB messenger pun nak di download baru jugak... aku minta dia hubungi aku menerusi sistem pesanan ringkas akhirnya...

Ya Allah... kenapa agaknya masa ni semua menduga akukan...  Takpelah, aku redha aje...  Kalau rezeki, memang tak ke mana... kan???

Alang-alang dah masuk waktu Asar... aku pun bersolat... siap bersolat baru menyambung proses jual-beli kami...

Selepas semua dah sedia, kami pun menuju ke alamat destinasi yang telah diberi...  membuat fast delivery nutriferon di petang hari...

Selesai bercerita bagaimana penggunaannya... kami beransur pulang.  Mudah-mudahan ibu itu dipermudahkan urusannya.  Segeralah anaknya kembali sihat.  Biasalah, bila demam... bukan anak aje yang tak lena tidur... ibu ayah pun tentu sama.  Sebab nak sentiasa memantau suhu badan anak.

Sama juga dengan aku sendiri.  Cuma, sejak Shaklee bersama kami... alhamdulillah... taklah risau melampau... semua kami dah standby untuk kecemasan.  Nutriferon sebagai immune booster... Basic H untuk kami buat air rendaman tuala untuk basahkan badan mereka.  Performance Drink pulak untuk minuman mereka paling utama untuk mengelakkan dehidrasi...  Syukur sangat, at least untuk melalui malam mereka diserang demam dan sebelum boleh berjumpa doktor... taklah scary sangatkan...

Supplemen yang boleh membantu kami menghadapi serangan demam.  Alhamdulillah.

Pada yang memerlukan stok ,boleh aje hubungi saya:

Tel./ WA: 010-5708080
FB : Rosnida eiyda
Insta : eiyda_rosnida


Isnin, 13 April 2015

Vitamin cantikkan kulit

Hai kawan-kawan...  Selamat menyinggah di blog saya ni. 

Rutin menulis di teruskan lagi kali ni.  Setakat ni masih akan terus menulis, untuk berkongsi tentang kebaikan produk-produk Shaklee. Kebaikan-kebaikan yang saya sendiri dah rasai... dan mahu saya kongsikan dengan yang lain-lain juga.


Kali pertama berkenalan dengan produk Shaklee semasa berpantang.  Memang ketara perbezaannya dengan masa-masa berpantang sebelum ni.  Nak kata jatuh cinta... mungkin belum lagi.  Tapi yang pasti... masa berpantang memang berlalu dengan keadaan yang sangat baik dan selesa.  Habis berpantang, saya tak teruskan dengan mana-mana supplemen pun.  Tak kenal, maka tak cintakan... 

Namun, nak dijadikan cerita...  saya kembali kepada Shaklee dengan mengambil supplemen pertama saya lebih kurang selepas setahun berpisah.  Prestasi baik semasa mengambil supplemen dalam masa berpantang menjadi tonggak pada kepercayaan saya terhadap produk Shaklee.

Bila diperkenalkan dengan Vitamin C... memang tiada keraguaan.  Saya sangat yakin untuk mencubanya.  Sekadar untuk mula menjaga kesihatan tambahan umur juga dah semakin meningkat.  Tak salah rasanya memulakan sesuatu yang baik.  Biarlah lambat, tetapi kena mulakan juga...

Alang-alang dah mengambil Vitamin C... saya topup pulak dengan Vitamin E untuk kulit.  Sebab dua-dua vitamin ni... berperanan baik untuk kulit...  cuma, kesannya bukanlah sehari dua... kenalah sabar dan istiqamah...

Jom kawan-kawan... jom cantikkan kulit kita sama-sama.

Inshaallah, mudah-mudahan bukan saja cantik, tapi cantik dan sihat...

Jumpa lagi...

Jumaat, 18 Januari 2013

Perihal Ekzema

Ekzema...  satu nama yang tak pernah aku dengar sebelum-sebelum ni...

Tapi, sejak melahirkan anak ketiga dulu...  Aku mula diperkenalkan sedikit sebanyak dgn penyakit ini... kalau boleh diklasifikasikan sbg penyakit.  Ia lebih kepada masalah alahan sebenarnya.

Mula-mula dulu, risau bila melihat keadaan Imran... habis muka dan badannya dinaiki ruam (kelihatan spt ruam buat orang-orang yg pertama kali jumpa)...  Awalnya kami usahakan cara tradisional aje, tapi nampaknya masih berterusan...  Barulah aku merujuk pada doktor kanak-kanak...

Dan seperti yang biasa kita tau...  Imran selalu juga mengalami asma namun syukurlah bukan pada tahap kritikal setakat ni...  Kerap tidaklah dia diserang asma, namun ada beberapa kali jugalah...  Nebulizer pun pernah lah dia gunakan.  Menginjak ke umur 2 tahun lebih nampaknya keadaan dia semakin baik...  Tak lama selepas tu, memang tak nampaklah kewujudan ekzema lagi pada dia...  Cuma, sesekali adalah asma menyerang tapi pada tahap biasa ajelah.  Bila dia kurang sihat, memang awal-awal lagi kami ke klinik agar selsemanya tak berterusan...  Lagipun, dia dah agak besar dan pandai menghembus hingus dan buangkan kahak sendiri.  Mungkin itu adalah antara faktor yang membantu memperbaiki keadaan dirinya...  Syukur alhamdulillah..

Sekarang, dengan kelahiran anak ke-empat ni nampaknya kes sama dah berulang semula...  Wafiq kini berusia 7 bulan, dan gejala ekzema memang jelas dan nyata pada dia...  Sedang berusaha untuk mengawal jangkitan dulu, kerana agak sukar lagi mengawal ekzema dia sekarang.  Kesian, kerap mengaru-garu hinggakan berdarah ditelinganya.  Kawasan yang banyak pada pipi, kepala dan telinga...  Masih mencari-cari kaedah terbaik nak menangani masalah ni...

Sebolehnya taknak gunakan ubatan yang mengandungi steroid... itulah harapnya dapat bertemu dengan penawarnya...  Ameen!!!

Cuma pada wafiq, tak pula nampak simptom-simptom asma... sehingga setakat ni lah...  ke depan ni, tak taulah pulak macamana...

Disebabkan kehadiran semula ekzema dalam hidup kami... rajinlah aku mencari-cari maklumat...  Harapnya ketemulah cara terbaik nak menanganinya...  

Doakanlah ye kawan-kawan...  Moga Allah permudahkan urusan aku...